Sejarah dan Kronologi Penubuhan SAM di Selangor

Sekolah-sekolah menengah agama di negeri Selangor wujud kebanyakan berasal dari penubuhan sekolah pondok. Menurut catatan rekod, Sekolah Agama Menengah Rendah Parit Baru (1944) adalah antara sekolah terawal yang dibangunkan secara moden hasil perjuangan guru-guru pondok ketika itu. Di samping itu juga, kesungguhan almarhum tuanku Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah dan almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah dalam membangunkan institusi pendidikan telah menyebabkan banyak sekolah-sekolah menengah telah di bangunkan pada tahun 50an sehingga 70an.  (Sumber)
KRONOLOGI PENUBUHAN SAM DI SELANGOR

Tahun Penubuhan 

Nama Sekolah  Pengasas 
 1944 Sekolah Agama Menengah Rendah Parit Baru  Mohd Som @ Marsom Bin Mohd Omar 
 1945 Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin, Jln. Tepi Sungai  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor 
 1946 Madrasah Unwan al Saadah Kanchong Darat (kemudian dikenali sebagai SAM Unwannus Saadah Kanchong Darat bermula 1989)  MAIS (1989)
 1952 Sekolah Agama Menengah Sungai Besar (kini dikenali sebagai SAM Tengku Ampuan Jemaah Sg. Besar )   Hj. Abu Samah bin Nordin
 1954 Sekolah Agama Menengah Sg. Hj. Dorani  Tiada maklumat
 1956 Taman Asuhan Putera Puteri Jeram (kini dikenali sebagai SAM Jeram Batu 20)  Ahmad Muhit bin Hj. Yusof
 1960 Sekolah Agama Menengah Seri Desa Tanjong Karang  Hj. Ismail bin Hj Tahir
 1966 Sekolah Agama Menengah Rendah Bagan Terap  Tajudin bin Chik
 1970 Sekolah Agama Menengah Rendah Pekan Pasir Panjang  Hj. Omar bin Hj. Said
 1974 Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Selisik  Tiada maklumat
 1974 Sekolah (Arab) Menengah Batu 38 Sabak Bernam (Dikenali Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 Sabak Bernam setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor ketika itu.  MAIS
 1976 Sekolah Agama Menengah Tinggi Sungai Manggis, Kuala Langat (dikenali sebagai SAMT Tengku Ampuan Rahimah Sg. Manggis)  MAIS
 1974 Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Kg Jawa (Ditukar nama kepada SAMT Hisamudin Kg Jawa setalah disatukan pentadbiran dengan SAMR Sg. bertik)  MAIS
 1983 Sekolah Agama Menengah Tinggi  Shah Alam (dikenali kini sebagai SAMT Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam)  MAIS
 1983 Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (kini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Batu 10, Cheras)  MAIS
 1984 Sekolah Agama Menengah Ibnu Khaldun (dikenali kini sebagai Sekolah Agama Menengah Rawang)  AJK Kampong Kenanga,Rawang
 1985 Sekolah Agama Menengah Paya Jaras  Tiada maklumat
 1986 Sekolah Agama Menengah Kuala Kubu Bharu  Tiada maklumat
 1988 Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Merab  MAIS
 1999 Sekolah Agama Menengah BESTARI  MAIS

Sumber : Unit Pendaftaran BPI.JAIS

(Sumber)

About these ads

5 Responses

  1. alhamdulillah…
    ade maklumat sebegini….
    sblum ni xtau pun..

  2. Assalamualaikum w.b.t kpd semua yg m’buka laman web ni.saya ex-student sekolah ni sekarang kt kg.jawa f5.rasa bangga bila dah tahu sejarah sekolah agama ni.moga SAM HISAMUDDIN SG BERTIH terus cemerlang dan unggul.amin..

    • Saya pernah bersekolah di SAM Hisamuddin sungai bertik dr thn 93~94. Bila org tua saya pindah dari terengganu ke PJ, saya berulang-alik setiap hari. Dlm thn 94, saya tinggal di asrama. Kalau ada kawan2 saya yg masih mengenali saya lagi dan masuk forum ni, sila contact saya @ oahmadalwi@molex.com atau call saya terus @ 013-9397815. Mintak tolong perkenalkan diri sbb dah lama sangat, mungkin saya tak ingat.. t.kasih.

  3. wow…banyak sejarah rupanya..

  4. Assalamualaikum, terima ksih di atas maklumat di atas. Untuk makluman Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, sebenarnya telah wujud sejak tahun 1943 lagi. Sila rujuk sejarah sekolah ini di lawan http://sabksamttar.bpi.edu.my/ untuk rujukan lanjut.
    Semoga kitta dapat manfaatnya bersama.
    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: