Sejarah Sekolah-sekolah Agama di Selangor

Sejarah institusi pendidikan Islam di Selangor bermula pada akhir abad yang ke-19. Menurut Frank W.Haines , Inspektor Sekolah Selangor (1894) melaporkan bahawa terdapat tujuh belas (17) buah kelas al-Quran diwujudkan pada tahun berkenaan. Ketika itu, kelas-kelas ini di bawah kelolaan kerajaan negeri Selangor. Matapelajaran seperti Ibadah, Tauhid dan Akhlak telah ditambah semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah, sultan Negeri Selangor ke-5 (1898-1938). Di zaman baginda Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah, sekolah-sekolah agama mendapat restu yang tidak berbelah bahagi daripada baginda sultan.

Baginda Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah telah menubuhkan sebuah sekolah agama perempuan di Kampong Bandar di daerah Kuala Langat ketika era pemerintahan almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah (1857-1898). Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa merupakan Raja Muda ketika itu sebelum menaiki takhta selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad yang merupakan sultan pertama di Selangor yang diiktiraf oleh Ruler in Council pada 5 September 1879.

Semasa pemerintahan Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah, Madrasah Awamiah (1930) telah ditubuhkan di Kampung Sepintas, Sabak Bernam yang merupakan sekolah terulung di daerah Sabak Bernam. rentetan daripada perisiwa penubuhan sekolah agama rakyat berkenaan, ditubuhkan pula Sekolah Agama Parit Baru pada tahun 1933. Dalam tahun berkenaan juga, sebuah sekolah yang dinamakan Madrasah Marta il Ulum al Diniah telah ditubuhkan di Bandar Diraja Klang. Madrasah Parit Lima Sungai Besar (1937) telah ditubuhkan dan penubuhan madrasah itu merupakan titik tolak pendidikan arab sepenuhnya apabila almarhum al-Sayyid Abdul Azizi al-Syaimi al-Misri telah membuat pembaharuan dengan menggalakkan pelajar-pelajar berbahasa arab.

Ketika pengunduran tentera Jepun (1946), bilangan sekolah agama semakin bertambah antaranya penubuhan Madrasah Unwan al Saadah di Kanchong Darat , Banting Kuala Langat. Pada tahun 1946, apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, secara tidak lansung pengurusan sekolah-sekolah agama telah ditingkatkan demi memartabatkan pendidikan Islam dan sekolah-sekolah agama di negeri Selangor. Bermula daripada tahun 1946, pihak Jabatan Hal Ehwal Islam telah mula melantik guru-guru agama rendah yang ditugaskan di sekolah agama dari darjah satu hingga darjah lima. Pada tahun yang sama juga, Madrasah Ahliah Othmaniah untuk kaum wanita telah ditubuhkan di Klang yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Othman. Madrasah tersebut merupakan sebuah sekolah arab bagi kaum wanita. Tahun 1948 – 1953 menyaksikan penubuhan sekolah-sekolah rendah agama di daerah Kuala Langat antaranya;

a) Sekolah Agama Kanchong Darat 
b) Sekolah Agama Sungai Lang
c) Sekolah Agama Labohan dagang
d) Sekolah Agama Bukit Changgang

Pada tahun 1952, setelah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor ditubuhkan, secara tidak lansung pengurusan sekolah-sekolah agama cuba ditingkatkan demi memartabatkan pendidikan Islam dan sekolah-sekolah agama di negeri Selangor. Tahun 1954 menyaksikan tertubuhnya beberapa buah sekolah agama dan arab antaranya;

a) Sekolah Arab di Sabak Bernam (asas penubuhan SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah)
b) Sekolah Arab Kajang (dikenali kini sebagai SMKA Maahad Hamidiah Kajang)
c) Sekolah Arab Putera Puteri Jeram (dikenali kini sebagai SAM Jeram Batu 20)
d) Sekolah Arab Batang Kali

Pada tahun 1960, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan dua bentuk aliran persekolahan iaitu:

a) Sekolah Arab hingga Rabic Thanawi
Kesemua mata pelajaran/pengantar bahasa dalam bahasa arab  

b) Sekolah Agama darjah Khas.
Pengantar bahasa menggunakan bahasa Melayu manakala sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan menggunakan kitab-kitab agama tulisan jawi karangan ulama’ nusantara beserta mata pelajaran bahasa arab.

Sistem pelajaran agama aliran arab telah dihapuskan pada tahun 1976 manakala sistem pelajaran agama darjah khusus dihapuskan pada tahun 1977 yang menyebabkan terhapusnya sijil “Rabic Thanawi” dan Sijil Darjah Khas Sekolah-sekolah Agama. Ekoran daripada peristiwa berkenaan, pada tarikh 1 Jan 1977, sistem pengajian agama di negeri Selangor telah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

1) Darjah satu hingga enam (peringkat rendah)
2) Tingkatan satu hingga enam atas (peringkat menengah).

Sistem dua peringkat dilaksanakan hingga kini dengan sedikit perubahan dari segi peperiksaan. Di peringkat rendah , Peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDE) yang diperkenalkan pada tahun 1978, telah digantikan dengan Sijil Penilaian Rendah Agama (1994) dan kemudiannnya digantikan dengan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun 2000. Peringkat menengah juga mengalami sedikit perubahan apabila peperiksaan Sijil Pelajaran Agama yang dilaksanakan ketika tingkatan enam bawah dimansuhkan dengan adanya Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000. Ketika ini, sistem sedia ada dilaksanakan adalah berdasarkan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama (KPISRA) di peringkat rendah dan Kurikulum Al-Azhar serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di peringkat menengah.

Sumber : Dokumentasi Arkib BPI

(Sumber)

About these ads

7 Responses

  1. Seorang ustazah saya yang berasal dari Terengganu dan mengajar saya pernah menyatakan bahawa sekolah agama negeri selangor pada masa itu tidak dapat menandingi sekolah di Terengganu. Kini rakyat Selangor tidak perlu menghantar anak mereka ke negeri luar Selangor kerana segalanya telah ada di sini. Wassalam.

  2. [...] Sejarah institusi pendidikan Islam di Selangor bermula pada akhir abad yang ke-19. Menurut Frank W.Haines , Inspektor Sekolah [...]

  3. assalamualikum, tahun hadapan 2011 saya akan memasuki ke tingkatan tiga sekolah menengah biasa dan terdetik dihati saya ingin memasuki sekolah agama ini dan tinggal di asrama, Soalan saya bolehkah saya mendaftar. sekian Wassalam.

  4. [...] Sejarah Sekolah-sekolah Agama di Selangor October 2008 3 comments [...]

  5. Assalamualakum, anak saya kini bersekolah tingkatan tiga di Maaha Tahfiz Waltarbiyah di Kuala Terengganu dimana disana dari peringkat tingkatan satu telah diajar matapelajaran pra STAM. Pada tingkatan empat saya berniat untuk menukar sekolahnya di Selangor. Adakah peluang untuk saya menempatkan anak saya sekolah menengah agama bantuan kerajaan yang ada menyediakan pepeririksaan STAM kerana apa yg saya lihat rata
    ratanya sekolah yg ada menyediakan peperiksaan STAM kesemuanya aliran sains.

  6. Assalamualaikum..

    Kami daripada pelajar Universiti Brunei Darussalam, ingin mengetahui perkembangan dan sukatan kurikulum sekolah-sekolah ugama di Selangor. Mohon kerjasama ustaz untuk menghubungi kepada (msfhs_labi@yahoo.com) untuk makluman lanjut.

    Sekian Terima kasih.

    Salam Satu Malaysia.

  7. Asssalamualaikum wbt..terima kasih kerana menerbitkan maklumat ini dan bagi pihak Bahgn. Pendidikan Islam JAIS mengucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian maklumat ini serta menyimpan maklumat ini kerana web pendidikan JAIS telah diceroboh dan segala maklumat sejarah telah hilang. terima kasih kerana ‘menyimpankan’ untuk kami. Sekian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: