Laporan Masyuarat Agung PIBG Kali Ke 18

Tarikh                   :               6 Mac 2010

Masa                     :               8.00 – 2.00petang

Tempat                :               Dewan Angsana, SAM Sultan Hisamuddin

Perasmi               :               Tuan Sulaiman Bin Wak ( Pengarah JPN )

Kehadiran           :               317 orang

Laporan :

Alahamdulillah….. Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 18 dapat berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kelemahan di sana sini. Cuaca pada awal pagi yang hujan tidak mematahkan semangat para ibu bapa untuk menghadirkan diri ke mesyuarat untuk sama-sama menyumbang idea demi kemajuan pelajar-pelajar di sini. Keadaan menjadi semakin hangat dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu En Mohd Sidek Bin Mohd Dollah yang memberikan pidatonya yang menyentuh tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak di samping menyuburkan perasaan kasih sayang di antara keluarga.

Majlis diteruskan dengan upacara perasmian yang dilaksanakan oleh Tuan Sulaiman Bin Wak selaku Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Beliau julung kali menghadiri SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih ini. Rasa bertuah ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata, malah ia digambarkan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar sekolah ini yang merdu sekali.

Acara yang ditunggu pun tiba iaitu Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 18.  Semua hadirin memainkan peranan dengan memberi cadangan, saranan dan sumbangan yang bermanfaat kepada persatuan ini. Bagi pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas titik peluh ibu bapa yang memberikan sokongan dan komitmen dalam setiap agenda yang dijalankan. Tidak lupa jg kepada guru-guru, para dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa dan ketika. Sekian, terima kasih

Nukilan rasa

Nor Aishah

Setiausaha Kehormat

PIBG 2010/11

About these ads

2 Responses

  1. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kita telah berjaya melaksanakan Meyuarat Agung PIBG kali ke-18.

    Saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga SAM Sultan Hisamuddin dengan komitmen yang ditunjukkan.

    Saya juga amat berbesar hati diatas kesudian Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor merasmikan Meyuarat Agung SAMSH PIBG kali ke-18 ini. Sesungguhnya kami warga SAMSH amat berbangga dengan kehadiran Tuan Pengarah. Terima kasih juga buat tetamu kehormat, En. Mohammad Jaluli b Naim, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Klang dan Pn. Hjh Jamaliah binti Jauhari Ketua Sektor Akademik, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor.

    Kepada ibu bapa yang hadir, terima kasih dan tahniah diatas komitmen dan tanggungjawab yang ditunjukkan demi kebaikan anak-anak.

    Kepada barisan AJK PIBG 2009/2010 sekalung terima kasih dihulurkan diatas komitmen yang telah ditaburkan, sementara kepada barisan AJK PIBG baru (2010/2011) tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas. Bersama-samalah kita berbincang dan menggembleng idea demi kebaikan sekolah seterusnya menjamin kemenjadian anak-anak didik SAMHS yang merupakan modal insan dan pemimpin generasi akan datang.

    Akhir kata buat penghayatan bersama
    “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”

    Sekian, Terima Kasih
    Pengetua
    SAMSH

  2. assalamualaikum buat semua yang membaca coretan ini….

    Alhamdulillah syukur pada yang Esa diatas kejayaan pihak sekolah mengadakan mesyuarat PIBG kali ini.Sy selaku ketua umum di SAMSH ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat warga kerja pengawas yang komitmen laksanakan tugas sepanjang majlis berlangsung..dari segi persiapan, perjalanan program.kawalan parking,DM,jamuan VIP & ibu bapa,pendaftaran,dan semua yang terlibat hingga ke akhir sesi pengemasan pd jam 2 ptg.Tahniah buat kalian dan jutaan terima kasih atas kerjasama yg baek…akan datang tingkatkan lagi integriti waktu bertugas…jangan malas…kalaw rajin nanti kita bawa aemua pengawas pegi MELANCONG..mintak dana PIBG sket..boleh kan YDP?pengetua?
    kerjasama akan datang
    bila hati rasa sayang
    baru kerja jadi senang
    semua orang hati girang……

    salam sayang:

    ketua umum SAMSH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: