Meniru semasa peperiksaan / ujian

Dari sudut hukum, asasnya adalah :-

1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Ertinya : “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)” (Riwayat Muslim, 1/99)

2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba’, 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )

3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-

قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ

Ertinya : “Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya” ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )

Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.

Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.

Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung haram tanpa mereka sedari.

Dosa ini ibarat ‘time bomb’ yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat ‘time bomb’ yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.

Tindakan

Tindakan ‘ u turn’ bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai ‘PTK tipu’ yang diperolehinya.

Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.

Ke Kubur Juga Akhirnya

Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : “Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT” ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)

Peperiksaan merupakan amanah kepada kita..amanah kita dengan diri sendiri, amanah kita dgn ibubapa, amanah kita dgn guru, dan yg plg utama amanah kita dgn Allah..

Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam peperiksaan dahulu..kita bg anak isteri kita makan.kita bg mak ayah kita..sedangkan hasil yg kita dapat di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yg sepatutnya mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sbnr..adakah rezeki yg kita dapat adalah HALAL??

Ingatlah sabda Nabi SAW ” La imana liman la amanata lahu” “Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya”

Dan tidak amanah atau khianat ini merupakan satu ciri dari 3 ciri org yg munafik yg diterangkan di dalam hadis yg diriwayat dr Abi Hurairah R.A ;
“Ayatul munafiqi thlasah, iza haddasa kazaba waiza wa’ada akhlafa waiza’tumina khaana”
“Tanda2 atau ciri2 org yg munafik ada tiga : 1) bila bercakap dia berdusta 2)bila berjanji dia mungkiri 3)bila diberi amanah dia khianati..

Biarlah result kita rendah asalkan BERKAT.. brp ramai yg mndapat result cemerlang tetapi masih menganggur dan berapa ramai yg hanya berkelulusan SPM tetapi mendapat pekerjaan yg setimpal dgn kelulusannya??fikir2kan dan renung2kan..
Kata org tua2 “Kalau sedikit tetapi berkat ia akan mengcukupi tapi walaupun byk kalau tidak berkat tdk akan cukup selama2nya”

Wallahu A’laam..

Dipetik dari sini dan sini.

About these ads

3 Responses

  1. Saya ingin cadangkan agar tulisan yang bagus ini dikongsi di perhimpunan, dan dihuraikan kepada pelajar2 tentang hukum MENIRU / MENIPU di sisi agama.

    Semoga kita semua menjadi muslim yang baik akhlaqnya, amin…

  2. Dah lama tak ke mari rupanya
    Kerja banyak sampai tak de masa
    Amalan meniru semasa periksa
    Jangan diikut jangan terperdaya

    Kejayaan impian semua
    Pasti diri menjadi bangga
    Meniru semasa periksa bukan caranya
    Rajin belajar tekun berusaha

    Mak dan ayah berdoa sentiasa
    Guru-guru pun tak lupa juga
    Meniru kalau tetap diamalkan juga
    Hidup tak tenang sepanjang masa

    Belajar sepanjang masa
    Kalau tak faham jangan malu bertanya
    Kejujuran dan keberkatan yang paling utama
    Semoga menjadi pelajar yang berjaya

    Mamamimimumu hanya nak beri nasihat aja
    Jangan diikut nafsu yang membara
    Pelajar Islam patut pelihara akhlaknya
    Kepada Allah berdoalah sentiasa

  3. Saya telah t’tarik dgn hadis dan petikan ini.saya harap ini boleh d’jadikan isian tazkirah pada hari jumaat agar boleh dikongsi dgn rkn-rkn lain.harapnya hadis ini bley d’jadikan teladan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: