MAKLUMAN PADA LEPASAN SPM 2011

Assalamualaikum kepada semua warga SgBerth. Di sini cikgu ada dua makluman untuk para pelajar lepasan SPM 2011(ehem!result dan nak keluar 22Mac ni kan?)

1. Borang permohonan ke tingkatan 6 bawah di sekolah menengah berasrama penuh KISAS dan SMAP Labu ada pada cikgu. Minta ‘alert’ pada yang berminat supaya mendapatkan borang ni pada cikgu semasa result keluar nanti.Lengkapkan borang dan hantar SENDIRI ke BPI Cyberjaya dalam tempoh 4 minggu selepas keputusan diumumkan. Kelewatan menyebabkan awak terlepas peluang nnti.

2. Darul Quran dah keluarkan iklan untuk pengambilan pelajar baru untuk Program Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2012/2013. Borang permohonan adalah secara atas talian (online) di laman sesawang

a. www.islam.gov.my

b.www.darulquran.gov.my

Program ini ada temuduga ya. Jadi isi borang ni dalam jangka masa 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan dan tunggu keputusannya.Tarikh semakan temuduga adalah secara atas talian pada 9 April 2012.

Tarikh temuduga adalah di antara 11-14 April 2012 dan keputusan temuduga dan surat tawaran juga boleh disemak secara atas talian mulai 4 Mei 2012. Tarikh daftar masuk pada calon yang berjaya adalah pada 7 Mei 2012… :D

Calon yang tidak dapat apa-apa makluman selepas 7 Mei 2012 dianggap tidak berjaya.

Syarat-syarat lain boleh didapati dengan mengunjungi bilik kaunseling.

Jadi, minta kawan-kawan sebarkan pada lepasan SPM 2011 ni kalau berminat ya. Selamat menempuh alam universiti dan selamat berjaya untuk keputusan SPM 22 Mac ni :)

About these ads

5 Responses

  1. Tumpang lalu….tumpang lalu..

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3301622895912&set=a.2242183650593.2136078.1128146283&type=1&ref=nf

    ‎:.: Iklan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ambilan Jun 2012 :.:

    Dapatkan no pin di BSN.
    Tarikh tutup permohonan: 5 April 2012.
    Rujuk Mingguan Malaysia 18 Mac 2012.

    • http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/syarat-kelayakan-asas.cfm

      nie laman web utk apply

  2. tq aqilah..cepat2..siapa nak mohon ni..

    • sama-sama cikgu Aimi =)

  3. yang kurang b’jaya…..jangan putus asa…..ambil borang ke tingkatan enam di kisas atau smap labu…..mungkin,kejayaan itu akan hadir di tingkatan enam….hanya Allah sahaja yang tahu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: