Di ruangan ini, pengunjung boleh meninggalkan sebarang komen, bertanya khabar, memberikan cadangan, soalan dan sebagainya.

175 thoughts on “Buku Tetamu

  1. kalau boleh saya ingin dapat nama senarai murid pelajar lelaki bagi tahun sesi 1980-1990. saya salah seorang bekas pelajar di sana.

    sekian terima kasih…

    1. Jika Abdul Mutalib inginkan senarai nama yang berkenaan, silalah hubungi sekolah di no. telefon yang dinyatakan di dalam website ini.

  2. boleh hubungi saya di talian 03-55442115 atau 0192822820 terutama pelajar yang bernama mohd khuzaifah bin ??????. harap dapat bantu saya cari nama penuh beliau.

    terima kasih

    1. terima kasih buat dan syabas buat mereka yang terlibat membina laman ni.. untuk rakan-rakan ex student 89-93 selamat berinteraksi kembali…..

  3. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    Dalam kekalutan diri dalam melaksanakan amanah yang ditaklifkan, tiba – tiba nostalgia lalu menyapa mesra.Teringat anak – anak murid yang lama tidak ditemui.Anak – anak murid yang mula menginjak ke umur dewasa dan saya yang mula mengintai usia tua.Sebenarnya banyak cerita yang hendak dikongsi bersama, namun cukuplah satu cerita sahaja buat kali ini

    Baru – baru ini saya disapa oleh bekas anak murid saya ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak .Terperanjat seketika.Namun mungkin kerana lama mengajarnya iaitu selama 3 tahun berturut- turut, maka namanya begitu mudah terpacul dari mulut saya.Dalam perasaan terharu kerana disapa , saya berasa gembira dan bangga kerana dia sedang menjalani latihan untuk menjadi seorang juru terbang MAS.Gembira kerana dia bakal mengenggam cita – citanya dan bangga kerana dia masih mengingati cikgunya dan tidak teragak- agak untuk menyapa walaupun sudah lama tidak bertemu.Semoga dirinya sentiasa dirahmati Allah Taala hendaknya.

  4. assalamualaikum…saya rasa bersyukur sangat coz ada peluang masuk samhsb.masa mula2 masuk dulu rasa macam malu n takut.rasa takut xboleh bawak subject b.arab…saya pun bkannya pandai sgt.alhamdulillah kt samhsb ckgu2 banyak bantu.kawan2 dalam kelas pun baik2 semuanya.sekian.wassalam.

  5. Salam…
    rndunye same skola ku ini…
    sy doakan agar SAM Hisamuddin Sg.bert tros sukses n sentiasa cemerlang dr segi akademik, sahsiah, n kokurikulum…

  6. nantikan sambutan bulan kemerdekan yg dirancang akan dijalankan pada 20 -8-2009.oleh yg demikian ,kelas tingkatan 2 amanah tlah dipilih untuk merancang majlis perasmian tersebut selain itu tedapat juga bantuan rakan -rakan dari kelas tingkatan 2 yang lain. ribuan terima kasih kami ucapkan

  7. wabak jangkitan penyakit influenza A (H1N1) sudah semakin berleluasa di negara kita .saya ingin mengingatkan kpd semua warga SAMHSB untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kurangkan aktiviti “outdoor “.saya juga mendapat tahu yg terdpt seorg guru kita yg hampir semua ahli keluarganya kurang sihat ttp disahkan oleh doktor bebas dripada H1N1.

  8. cikgu shah atau cikgu sesiapa shj,bleh saye tanyer boleh x tlg editkan gambar2 and video mase sambutan ari kemerdekaan.sye nak tengok lah klu ade tlg editkan yeeeeeerrrrrr………………….TQ 🙂

  9. Zulhafiz & Erni,
    InsyaALLAH saya akan masukkan sedikit berita berkenaan pelancaran Bulan Patriotik tu. Malangnya, saya tak mempunyai foto2 pada hari tersebut.

    Buat pelajar2 yg terlibat, saya ucapkan tahniah atas penglibatan kalian. Ia suatu pendedahan yang bagus utk meningkatkan kualiti diri… 🙂

  10. Assalamualaikum warahmatullah….
    Alhamdulillah 1 lagi kemajuan dapat d lihat dgn wujudnya blog utk sekolah ini, seiring dengan perkembangan zaman & teknologi.
    Semoga akan lebih sukses lagi dan berdaya maju lagi di masa akan datang… INSYA ALLAH…..
    Terima kasih kepada tenaga pengajar yang masih berkhidmat d sini. JASAMU TETAP KU KENANG….

    -EX Student…..1992-1996..
    NOR AZHER…..

  11. kepada abang2 dan kakak2 (ex-student) sekolah ini ,apa kata abang2 dan kakak2 datang ke sekolah (kira reunion lah) dan membuat satu ceramah khas kpd semua plajar SAMHSB,boleh juga berkumpul dan bercerita ttg pengalaman yg ditempuh selepas keluar dr SAMHSB.
    selain itu dapat juga berjumpa dengan guru2 yang lama dan juga guru2 yang baru

    1. kalaw ikut akak kan dik kan..nak lah dtg tp bukan senang….masing2 dh duk jauh…adik cadangkan pada cikgu yg terlibat lah tntg program ny…nnty cikgu tu bolehlah contack2 pelajar lama….baru boleh berkumpul…kalaw nk berkumpul semua pun ssh jgk sbb msg2 dh terpisah….

  12. kepada unit PSS,apakah cara yang boleh kita lakukan untuk menarik lebih ramai lagi pelajar untuk kita tanamkan sifat suka untuk membaca selain hanya dengan mengisi buku nilam sahaja????
    mungkin unit PSS perlu mengambil serius tentang hal ini…

  13. bersempena bula ramadhan yg mulia ini ,pihak sekolah x buat majlis berbuka puasa dan terawih berjemaah ke tahun nie??

  14. congratulation untuk cikgu shah sebab berjaya memberikan tazkirah dengan baik sekali,,,

    keep up your good work!!!!

  15. salam..
    tahniah kpd sekolah tercinta….
    semoga terus maju.dan terus cemerlang…:)
    Terima kasih kpd semua guru2 yg masih berkhidmat disini..jasamu tidak ternilai….Amin..semoga Allah memberkati..

  16. Salam, saya merupakan bekas pelajar tahun 2003-200, bolehkah hantar kepada saya gambar kelas 1 taat tahun 2003 atau kelas 2 taat pada tahun 2004

  17. salam..
    sy arap guru2 disana sihat2..
    selamat menyambut bulan ramadhan n salam aidilfitri y akan menjelma nanti..
    nak tye sijil LCCI to budak akaun f5 2008 dah kuar ke??

  18. salam…
    even dah sedekad lbh sy tggl kan sek ni tp kngn di sg berth msh sgr bugar lg d igtn..pd guru2 yg msih berjuang mencurahkan ilmu syabas dan tahniah krnmu jua kini sy bergelar “CIKGU”, 1 title yg x pnh sy mimpikan dl…
    adik2 kt sg berth, blajo btl2 ek coz 1hr nnt korang akn tau nikmat kejayaan…

  19. salam semua….
    banyak kenangan sewaktu berada di sekolah ini…
    1987-1992…harap kawan2 atau sesiapa yg kenal saya caling2 lah…017-3767237…sms pun tk pe…

    kalau boleh buat lah re-union….dn lg satu….padang bola 5 segi dpn sekolah tu ada lg ke???….he he he

    1. hairul,, tgk thn tu rasanye kita ni satu batch laa tapi saya tak ingat laa… kalau awak ingat saya bole tlg recall balik

  20. Salam sejahtera buat smua warga SAMHSB.
    Di kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf zahir batin kepada smua guru,ustaz dan ustazah jika selama menjadi murid ada kesalahan yg tlh dilakukan.
    Smoga SAMHSB akan terus cemerlang dlm melahirkan insan yg komited dgn kehidupan di dunia dan akhirat.
    Walaupun byk perubahan yg tlh dilakukan di SAMHSB tetapi kenangan akan terus tersemat di hati.

  21. Pelajar junior, cadangan yg diutarakan tu mmg baik. Buat perbincangan terlebih dulu dgn guru-guru minta pendapat dan pandangan dr smua pihak. Tak jemput ramai pun pun takper asalkan dapat memenuhi acara yg dijalankan.
    Smoga ianya tercapai hendaknya.

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Nadira, pada Majlis Apresiasi tempoh hari saya tak dapat dtg sebab bawa anak ke hospital. Jadi, saya tak dpt nak melaporkannya di sini.
      Harap2 ada guru yang terlibat sudi untuk berkongsi dengan kita di website ini 🙂

  22. salam….
    cikgu shah best……..cikgu laen pn best gak…..kpd fom4 n fom5,gud luck….dont lazy2 ye…

  23. Salam Hormat Utk Semua Warga SAMHSB..

    Terutama utk semua guru-guru…terima kasih atas segala tunjuk ajar….jasamu tidak dpt ku balas…

    Utk teman2 semoga brjaya di dunia & di akhirat…nostalgia bersama teman2 masih segar diingatan…

    Saya juga seorang guru & bertugas di Maahad Kota Bharu

  24. Assalamualaikum kepada semua warga SAMHSB..saye dh jdik Ex pun hehe….dah lama x dtg sekolah tp saya dh belajar jauh di utara..cikgu2 semua sihat??rindu dekat cikgu suria..nnty cikgu shah kim salam eyk..kate nabilah kecik tahun leps kim salam…

  25. salam…lame x mlawat blog ni..
    bz..hehehe..
    mcm2 skang ek.. InsyaAllah early next year sy n da geng akn dtg wat pgrm.. tp xsure lagi pgrm ape.. paperwork on da way~~~ hehehe

  26. Kami, dr batch ’89-93′ akan mengadakan re-union pada 5th December ’09 @ 5.30pm…..kpd tenaga pengajar yg berkhidmat n juga pelajar yg berada di tahun ini adalah dijemput hadir…

    1. korang buat gath ni kat ner??sori la tak dpt hadir..majlis akad nikah aku 5/12 tu…per2 pun hepi2 lar nanti..kim salam kat kwn2 smua

  27. Assalamualaikum,

    Saya sangat-sangat kagum, setelah 16 tahun tinggalkan SG BERT, saya amat kagum dengan kemajuan yang telah dicapai esp. dari segi akademik.

    Sampaikan salam pada Cikgu Aizan (kalau tak silap dia mengajar disitu).

    Nak buat pengumuman. Batch 89-93 sila hubungi saya azimah@prasarana.com.my ataupun 0123160358, kerana kami dalam proses nak mengadakan Reunion untuk batch tersebut.

    Ataupun bleh add di facebook azi_mah@yahoo.com.

    Terima kasih.

  28. Muliani: maafla…date 5/12 tu hari aku bernikah kat Batang Kali…aduuaiii…nape tak anjak ke tarikh len jer..heee..apa kata kalo korang buat gath masa majlis resepsi aku 12/12/09 kat S.Alam..jimat skit dan meriah sbb ada function..cuma korang kena bw adiah jer la..hehehe..per2 pun aku ada gtau kat Masrurah hal ni..tp kalo korang tetap nk wat 5/12 gak aku mmg tak dpt hadir lar..majlis bersejarah dlm idop aku tu..

    1. hehhe..x per la…nnt InsyaAllah kalu muka tebal kami attend la resepsi ko kat shah Alam tu lak..ekeke..
      by d way..ko kwen dgn org btg kali…dekat dgn umah parent aku….kg aku kat Serendah tu ajerk..

      1. ooo yerke?umh parents ko kat serendah..patot tak pasan ko masa skolah..sbb rendah heee (jgn mrh)..kalo takde per2 dtgla..leh bw adiah skali heee..
        dah lama tak jumpa kwn2 skolah..kalo jumpa pun scara tak sngaja..
        gtaula kot sape2 yg sudi nk dtg..yer

  29. salam …
    semoga Sg Bert terus cemerlang n maju..
    kepada semua guru2 terima kasih tk terhingga kerana telah mendidik bekas2 pelajar Sg Bert yg kebykkannya kini telah mampu berbangga dgn pencapaian masing2… hasil usaha gigih guru2 semua..
    terima kasih sekali lagi

  30. best nyer dpt wat reunion,tapi mungkin ia akan lebih best dan meriah jika diraikan bersame pelajar yang lame and pelajar yang baru dan masih menuntut di SAMHSB.
    lagipun periksa pun dah abis tinggal SPM jeerr……

  31. kepada ex-student SAMHSB,nama sekolah kita sudah ade perubahan sedikit iaitu dgn penambahan perkataan
    “SULTAN”. dan jika dipendekkan menjadi SAMSHSB.

  32. zul hafiz: fuh nak kumpul ex-student dgn present student??tu kena bincang same2 lar..kena tny urusetia yg mengelolakan hal2 berkaitan reunion nih..heee..byk nk kena bincang..lokasi,pengisian yg perlu ada & hal2 yg perlu ada.per pun cadangan yg diutarakan mmg bagus..dpt kita kenal dan masa depan gak nih..ner la tau pas skolah,masing2 da keja ada kluarga sendiri..bila jumpa masih lg kenal..per2 pun kemukakan pd mereka yg berkenaan..smoga dgn nama baru skolah kita nih..akan lebih bermakna di hati masing2..sek agama men sultan hishamuddin sg bertih..all de best 2 u all!!!

  33. perancangan utk berjumpa dengan bekas pelajar dan pelajar di SG BERTH…sangat bernas….mungkin pihak sekolah sendiri boleh anjurkan…..

    dulu2 nama glemer sekolah ni SG BERT. dok carik jugak kolumn alumni kat web nie…tak jumpa…. kat mana yer?

    1. mah..ko jd broker reunion ker skrg??hahaha..jgn lupa dtg majlis kawen aku nanti tau..tlg gtau kwn2 yg datang gath nanti yer

      1. Insya’allah..nanti aku war-warkan.. ko jangan terkejut lak kalau ramai serbu majlis ko nanti…. takut tak cukup makan..eheheheh..

  34. hahaha..kalo tak ckup mkn korang mkn la kat gerai2 dkt area situ..piza hut pun da..mamak pun da..hee

  35. walaupun susah nak jumpa ex ’88 – ’92 batch tapi saya selalu teringat sekolah SMAHSB. Kalau ada sesiapa dari batch saya email lah rindu rasanya dgn sekolah ni, teringat pulak dgn Sir Dollah. Rasa bangga dengan peningkatan sekolah, 17 tahun dulu terasa perit untuk adakan aktiviti sekolah tanpa ada kemudahan dan sokongan yg padu dr pihak yg sepatutnya. Bangga dgn guru2 yang ada skrg. lizayahaya@yahoo.com

  36. Assalamualaikum..
    Cheiss.. Zaiham, Muliani dan Azimah. Buat website ni cam laman chatting plak ye… huhuhuh. Sekolah ini yang terbaik. Hamba rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang best. Generasi baru SAMHSB… AYUH!!! Harumkan nama sekolah… Hidup orang yang berjaya adalah hidup di mana hatinya sentiasa tenang, taat kepada Allah dan tidak terikat dengan dunia. Dengar kata guru. Hormat pada mereka. Insya Allah akan mendapat rahmat Allah dan keberkatan ilmu untuk digunakan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Cikgu Dollah, Cikgu Ishak ROCKS!!! Ustaz Hamzah, Cikgu Nasir, Cikgu Wahab, Cikgu Aminuddin. Cikgu Habibah (AL Fatihah), jasamu akan ku kenang. Kepada cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah yang tidak disebut namanya, bukanlah hamba lupa, namun sebab terlalu sayanglah, hamba terlupa (byk sgt dosa). Kepada ahli SAMHSB yang masih waras, mari habiskan nasi minyak di majlis Zaiham. Hafiz, Zahadi, Azizi, Khairul Nizam, Nasrul Hadi, Najah, Najib, Ali, Saizan, Ibrahim, Gojem. Assalamualaikum semua.

    1. Alaikumussalam..sahabatku Fuad..
      Tempat chating??heee mana yg sempat tu leh la balas..agak2 malas baca jer lar. Aku pun tak sangka dpt jumpa ko dgn kawan2 yg laen. Jgn lupa datang majlis perkahwinan aku 12/12 nanti. Skrg aku bz utk jd PENGEDAR…heeee..edar kad kawen. Ada masa contact2 lar..ada masa aku join lepak kat CC kat KRU tuh..lama gak kita tak borak cam zmn skolah dl..kenangan yg terindah mmg tak leh lupa..weh nanti ko tlg emailkan aku gmbr2 yg ada dlm simpanan ngko..aku nk scan takde scan..heee..
      Moga kesejahteraan dan kebahgiaan akan bersama dgnmu sahabat2 ku sekalian..TAKBIIIRRR!!!

  37. Syabas warga SAMHSB. Trimas Cikgu Shah dan warga terbabit yang menjayakan laman blog ini. Terharu sehhh…

  38. Nampaknya masing2 rindu dengan tempat yang kalian pernah timba ilmu. InsyaALLAH, SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih masih seperti dulu, mencurah ilmu kepada anak2 didiknya. Dari dulu hingga sekarang masih di sini setia menyambut anak2 bangsa yang ingin belajar mengenali hidup.

    Sekali-sekala singgahlah menjenguk… jangan rasa segan dan asing. Jika ada program perjumpaan yang ingin diaturkan bersempena ALUMNI, nah silakan. Hubungilah pihak sekolah. InsyaALLAH, hasrat dan cita kalian yang murni itu dapat dilaksanakan…

    🙂

      1. ALUMNI = Bekas-bekas Pelajar.

        Lepas Zul Hafiz dah keluar dari sekolah ni nanti, Zul Hafiz merupakan alumnus SAMSHSB.

        Kumpulan bekas pelajar SAMSHSB akan dipanggil alumni SAMSHSB.

        Faham kan? 🙂

  39. Wah!! dah ada website..bagusla.rindu dgn suasana sekolah dulu2..hehe.Rase mcm nak sekolah lagi jer.. hehehe. klu boleh letak la gambar2 ex2 student dlm ni..bru best..Kepada murid2 yg masih menuntut tu blajar ler rajin2!! Kepada ustz zawawi & guru2 yang dirahmati, Selamat Hari raya aidil adha.

    1. Ex-Student96-00,
      Kalau rindu, mailah sekolah ni… 😉

      Ustadz Zawawi sudah tidak mengajar di sini. Banyak nama2 yang bekas pelajar sebut dah takde di sekolah. Namun, ada juga yang masih ada. So, jemputlah datang sekolah. Mungkin kalian masih berkesempatan berjumpa dengan guru2 yang pernah mengajar kalian dulu di sekolah ini.

      Yang sudah tidak mengajar lagi, eloklah dibuat JEJAK KASIH. Cari guru2 tu semua, tanya khabar mereka. Saya percaya mereka sentiasa sangat gembira tatkala melihat anda semua 🙂

  40. salam , saya cuma nak mencadangkan agar website sekolah kite nih dicantikkan dengan perincian yang lebih teliti.maksudnye kite letak lah koleksi gambar2 atau gambar sebarang aktiviti yang ada yang boleh mengindahkan lagi website sekolah kita yang ade kat bahagian kiri and kanan (yang warna kelabu) yang agak kosong

    lagi satu ,gambar yang kat atas tuh (yang tulis nama sekolah)kalau boleh tolong tukar dengan gambar sekolah yang baru coz itu gambar dengan warne bangunan sekolah yang lame, kan sekolah kita dah di catkankan dengan warna yang baru iaitu warna kuning dan oren-merah bata tu!!!

  41. Alhamdulillah, dengan website ini, dapatlah alumni bertanya khabar dengan warga SAMHSB..
    SAMHSB…JASAMU AKAN KU KENANG SAMPAI BILA-BILA..

  42. salam..
    kpd ustz shah arap2 web nie akn trus idup…
    dAn lbh maju..
    nnt mse first skul..
    ustz tlg la mskkn gmbr..
    klau x mnyushkn..

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      InsyaALLAH, laman web ini akan terus hidup. Ziarahilah dan berilah komen, supaya wujud interaksi sihat di laman web ini.

      InsyaALLAH, jika saya dah takde di sekolah ni pun, akan ada orang lain yang saya akan amanahkan utk sambung. Supaya usaha yg kecil ini sentiasa memberi manfaat kepada pengunjungnya 🙂

  43. ASSALAMUALAIKUM.

    apa khabar sahabat2 sekalian…
    ni nak tanya, just nak reconfirm balik,,,,
    ni zaiham hashim & fuad yusof kan????
    hai en. zaiham….. tau la lama x nmpak kat bilik gerakan.
    suhaidi surani, biasa la jumpa dia,
    ham, bukan dia ke yg nikahkan ngko?
    kitorang ada wat gathering kat sekolah sabtu malam ahad ni.
    reservation leh call Samsul Rizal @ Ucin at 019 3415809.
    kalu lupa, ni nak bagi tau…..
    kami yg batch same dgn FAISAL AZIZ (abuya) tu dulu,
    dgn KARIM, FAIZAL SAIRI, AHMAD NAZREE, FARIQ ISKANDAR (buyot) & the geng lenlain.
    1 kepala rm 15. cpat pasal dia nak confirm makanan.
    sori la lmbt bagitau….

    -EX Student…..1992-1996..
    NOR AZHER…..

    (rerasa macam sdr nasrul hadi je hr tu yg bagi ceramah kursus kahwin kat pej. agama klang hjg bln 10 hari tu)tul ker dia??? pas ceramah try carik dia tp dia dah hilang laa….

  44. ASSALAMUALAIKUM.

    kpd semua ex student,
    anda semua d jemput singgah d fb sekolah kita yg d hasilkan utk semua ex-student kita di:-
    ALUMNI S.A.M HISAMUDDIN

    wassalam.

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Nurul Syafiqah boleh terus hubungi sekolah untuk mengetahui proses secara terperinci.

      No tel sekolah: 03 – 3372 4120

  45. salam. boleh saya tahu syarat kelayakan ke ting 4 sekolah ini? Apakah kelulusan PMR yang diperlukan? (syarat minima) Terima kasih.

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Rozita boleh terus hubungi sekolah untuk mengetahui proses secara terperinci.

      No tel sekolah: 03 – 3372 4120

  46. Assalamualaikum, saya salah seorang ex student sekolah tahun 90-95. kini berkhidmat dalam angkatan tentera. saya nak ucapkan syabas kpd yang membangunkan website ni.lama juga saya cari baru sekarang jumpa. kepada sahabat lama yang mengenali kita rapatkan kembali silaturrahim.wassalam

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Alhamdulillah, terima kasih atas kunjungan Mejar ke laman web ini. Kalau Mejar nak datang sekolah make sure pakai uniform lengkap tau. Biar pelajar2 SAMSHSB terpegun dan rasa bermotivasi untuk mengejar cita2 masing2.

      Tahun lepas kami ada buat Forum Kerjaya. InsyaALLAH, kalau kami nak jemput Mejar bagi taklimat ringkas tentang kerjaya dalam tentera boleh ye? 😉

      1. Insya Allah cikgushah, tak de masalah kalau kena pada tarikh dan waktunya.saya sedia membantu.

  47. jikalau ada kesempatan,ingin saya mencurahkan bakti kepada sekolah,teringin rasanya mngajar adik2 semua di samping dapat mengeratkan silaturahim ssma warga samshsb.kalau boleh,pertalian yg erat ini,saya tidak mahu putuskan kcuali dgn takdir allah.saya juga sayangkan cikgu2 smua.TERIMA KASIH CIKGU…..

    1. Izwan, silakan…silakan. Pihak sekolah, terutama guru2 sangat mengalu2kan sumbangan dalam apa jua bentuk pun. Datang dan jenguklah ke sekolah selalu. Pengalaman Izwan dan kawan2 yg lain mungkin dapat dimanfaatkan bagi menerapkan nilai tarbiyyah ke dalam jiwa adik2 kalian di SAMSHSB.

      Moga2 niat & usaha yang baik diganjari ALLAH dengan hasanah, amin…

  48. Assalamualaikum…
    Saya salah seorang bekas pelajar sekolah, sama batch dgn Mejar Azrul. Rasa terpanggil utk menyumbang sesuatu setelah dimaklumkan oleh Mejar Azrul. Pada 5/12/09 yg lepas saya ada menghadiri satu majlis “reunion” bekas2 pelajar setelah dimaklumkan oleh Irwan Ma’ana dan saya menghargai apa yg telah dilakukan oleh urusetia. Dalam masa yg sama, dikalangan sahabat lain di luar sana sering bertanyakan program seperti ini dan mungkin cara hebahan tidak begitu meluas atas sbb tiada ruang atau no telefon utk dihubungi. Program seperti ini amat bagus jika dapat dilaksanakan dengan teliti kerana ramai dikalangan sahabat2 diluar sudah menjadi antara orang penting/besar di organisasi masing2 dan mereka ini boleh menyumbang sesuatu kembali kpd sekolah. Justeru saya merayu agar pihak sekolah dengan kerjasama beberapa bekas pelajar dpt menganjurkan/menghidupkan kembali program ini utk kebaikan semua pihak. Dalam perancangan utk menganjurkan program ini hendaklah dinyatakan secara jelas apakah halatuju program ini, tidaklah nanti hanya sekadar hendak mengumpulkan rakan2/sahabat2 yg lama terputus hubungan. Dalam melaksanakan program seperti ini janganlah dilupakan sahabat2 lain yg kurang berjaya dalam akademik. Mereka juga pernah belajar bersama di sekolah ini, cuma mereka tiada rezeki utk melanjutkan pelajaran. Tidak mustahil ada di kalangan mereka ini telah berjaya dlm kehidupan mereka. Sekiranya program seperti ini dapat dilaksanakan, banyak manfaat yg bakal diperolehi, terutamanya di kalangan adik2 yg masih di alam persekolahan dan mungkin juga di kalangan rakan2/sahabat2 sendiri. Sekian. Wassalam.

    1. wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Alhamdulillah, seronok mendengar berita2 dari bekas2 pelajar sekolah ini.

      Mudah2an ALLAH mempermudahkan kalian semua dalam usaha ingin berbakti kepada sekolah. Semoga niat yang baik dan usaha yang baik diganjjari ALLAH dengan hasanah, amin…

      Saya dulu buat begini. Saya dan beberapa pelajar berkumpul sesama kami setelah lama tak berjumpa. Bertanya khabar dan berbincang. Kemudian kami pergi ke sekolah sekadar berziarah. Bertanya itu dan ini. Apabila kami dah tahu apa ruang yang kami boleh bantu, then barulah mulakan perancangan.
      -Ada program yang kami buat penganjuran bersama, contohnya program2 ceramah & motivasi.
      -Ada program yang kami buat khas utk bekas2 pelajar, tetapi tempatnya di sekolah dlm usaha mengajak semua bekas pelajar datang semula ke sekolah.

      Itulah yg kami buat utk sekolah kami. Mudah2an kalian bekas2 pelajar SAMSHSB dapat juga perbuat perkara yang sama, malah lebih lagi.

      Kalau ada platform ALUMNI lagi bagus. Lebih terancang.

      Buat pengetahuan semua, bukan tiada langsung sumbangan dari bekas2 pelajar SAMSHSB. SubhanALLAH, banyak sekali. Saya yang merupakan guru yang baru setahun jagung di sini berasa sangat teruja apabila diberitahu sesetengah program di sekolah dikelolakan oleh bekas2 pelajar.

      Semoga ALLAH membalas jasa dan bakti kalian semua, amin…

      1. Assalamu’alaikum…
        Bila agaknya akan ada perbincangan lanjut berkenaan reunion/alumni tersebut?

    2. buat adik-adik yag masih menuntut si SAMHSB jadikan peluang yang ada ini sebagai satu kunci untuk membuka banyak lagi pintu kejayaan dalam hidup kalian…jangan jadikan alasan bersekolah disekolah agama hanya layak untuk jadi ustaz..jadikan senior-senior yang berjaya dalam hidup sebagai idola…mereka bukan sahaja menjadi ustaz tapi lebih dari itu….ulama, doktor, pegawai awam, pemimpin masyarakat dan berbagai lagi, disinilah kebanyakan kisah hidup pendidikan peringkat menengah mereka bermula..ayuh

  49. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Warga SAMHSB,

    Saya salah seorg bekas pelajar batch 1991 – 1995 mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru dan pelajar yang berusaha mewujudkan blog ini. Nampaknya dah banyak kemajuan yang di capai yee… Lagu sekolah pun dah ada…. sedap lagunya… teringat saya kepada Shahrul Nizam Johari yang merupakan penyanyi solo kumpulan nasyid/bilal di SAMHSB…. apa dah jadi dia sekarang erk… hmmm…

    Semoga ANNUR SAMHSB terus bersinar…….sekian wassalam.

  50. kami memohon maaf kpd guru2 yg telah bnyk memaahi kami…kami sedar kmi adaah bash paling terok taon ini..
    guru2 y telah bnyak membatu kami di dlm plajaran..
    sebelom kami berpindah,,kai memohon ampon kpd guru2 terutamanya pn azlina,ustd ltfi dan guru2 lain…
    halalkn lah makan minm kami..
    doakn kejayaan kami disana..mgkin ini kali terakhir ite berjumpa…assalamualaikum…..

    ~form3 yg akan berpindah~

    im sory….

  51. salam sahabat kalian,
    sy salah seorang pelajar batch 88-93 ye kot…. lupe la
    walau ape pun sy menyokong penuh segala perancangan yg baik…HIDUP ALUMNI S.A.M.H.S.B……yg x baik tu lupekan lah!!!!! hihihihihi
    sy mencadangkan klu nk wt alumni ni biar lah satu perancangan jangkamasa yg panjang ,jgn wt alumni ni sebagai padang utk kepentingan diri sendiri,,,,nnti alumni entah kemana kepentingan entah kemana!!!!!!! jd kpd yg ade kepentingan tu klu bleh angkat kaki ,,,,dgn segala hormatnye….
    bukan ape pd pandangan sy ini adalah satu perhimpunan yg dianggap murni..segala kebaikan yg pasti kita akan mulakan dari pertemuan ini…jd fhm2 je la….kita ni dh pandai fikir mn yg baik n buruk..(dh besar panjang)
    jd perangai kt sekolah yg dipanggil GP(gila pangkat) tu lupakan lah…biarlah tujuan kita ni dgn niat yg baik dan bersih..barulah pertemuan kita ni harmoni dan sejahtera..
    diakhir kata sy mohon ampon dan maaf dari dunia hingga akhirat..diatas kekilafan sy ini…yg baik dtg dri allah swt ,sgla kekurangan dari diri sy sndri….w salam

  52. saya mohon pada cikgu shah umumkn ttg ppindahn pengetua dan adanya pengetua baru…rsanya ramai yg ingin mmberi ucapan dan kata2 khsnya utk pn siti zubaidah…terima kasih

  53. banyak btol perubahan sekolah ni….mcm2 kenangan sekolah kt sini dulu..rindu sgt2..cume xde mase nk melawat cikgu2,ustaz,ustazah batch 1996-2000…ntah ade lagi ke x dioeg kt sekolah ni…hurm…hahaha..bestla.. dulu kene sebat kt asrama…hahaha..best2..wat demo silat kt court hijau sampai kaki pecah…tp kenapela kt area rumput court hijau tu di simen…kan susah nk trsining silat kt situ…dulu sy pengerusi PSSGM thn 2000..rindu sgt2…insyallah ade mase bley melawat pg sane….SYG SG BERT

  54. salam….sorry ye ana just nak refresh ana punya ingatan

    jangan heran ana punya nick name, nick name ana sempena nama bilik asrama masa ana punya time

    5(1) ana punya last kelas masa tingkatan lima
    AC-1 – bilik ana masa tingkatan 1(tingkat 3, sebelah kiri)
    AC-2 – bilik masa tingkatan 2 & 3 (tingkat 3, tengah2)
    AB-2 – bilik masa tingkatan 3 jugak dan 4 (tingkat 2, tepi jalan)
    AA-1 – bilik masa tingkatan 5 (bawah sekali, sebelah bilik warden)

    saje je nak ingat balik…lepas tu, nama bilik tu ditukar kepada nama jannatul ma’wa, jannatul naim, jannatul firdaus..banyak lagilah….tapi kitorang tetap sedap panggil AA1, AB2, AA2…mcm tulah ceritanyer…

    sekarang ana nak try test ingatkan nama para pencurah ilmu pada ana pulak…

    Pengetua ana dulu
    1) Abbon (maaf, nama kalau tak silap ana Haji Muzir)..ana pernah kena rotan sampai pecah cermin jam tangan, sebab kelas bising. Semua satu kelas kena rotan, lepas tu Abbon suruh cari 5 perkataan asal bahasa Melayu…hehehe..ingat balik kelakar pulak..sebab kitorang tanya cikgu bahasa melayu pun tak dapat jawab.

    2) Pemangku pengetua merangkap penyelia petang (ni pun ana tak ingat nama, tapi ustaz ni garang sebab dia guru disiplin, kalau tak silap dia dari sekolah agama sungai manggis)

    3) Puan Hajjah Siti Muriseh (ana takde apa pengalaman pahit dgn Hajjah, sebab biasalah org ppuan lembut sikit)

    Ustaz-ustaz & cikgu lelaki ana:
    1) Ustaz Hamzah – handsome ustaz hamzah ni, tapi
    garang. Walaupun garang ana suka dekat dia sebab dia
    garang bertempat. Tapi dia punya garang memang
    menjangkaui akal fikiran lah…tapi ana tetap sayang dan
    respect sama ustaz hamzah…
    2) Cikgu@Ustaz Ishak – ana nak sangat jumpa ustaz ishak
    ni, mana dia sekarang. Banyak kali ana kena rotan
    tapak kaki sama dia, sebab lambat punch card masa
    nak sembahyang….haaa, dulu ada punch card tau,
    kalau orang azan sampai HAIYA ALOS SOLAH…terus
    AJK surau simpan box punch card….tunggu je lah
    malam, kalau tak kena rotan kena pumping exercise
    3) Ustaz nahrawi – ana tak boleh cerita banyaklah pasal
    ustaz ni, sebab kalau teringat dia ana rasa
    sedih…bukan apa, ana teringat zaman duduk asrama
    dulu…dia lah warden paling bertanggungjawab yg ana
    pernah jumpa..takde org lain yg boleh buat mcm ustaz
    nahrawi,.dia jaga kita mcm jaga anak dia, walaupun
    masa tu dia bujang lagi….ana pernah kena rotan dgn
    dia 9 kali dekat betis, sebab 3 subject tak lulus…tapi ana
    tetap sayang dia…i love u ustaz…mmuaahh…
    4)Cikgu wahab – cikgu wahab best, walaupun dia tak
    segarang cikgu yg lain tapi dia tetap tegas….bekalan
    makanan dia lah yg banyak mengenyangkan budak
    asrama., yg paling laku dia jual keropok dengan apollo,
    siap ada tong besar lagi….

    ustaz yg 4 ni je ana nak cerita pengalam ana, yg lain ana sebut nama je ye

    -ustaz baharuddin che pa
    -ustaz haji anuar- pernah rotan kawan ana sampai
    terduduk dekat lantai (setiap org ada tahap kesabarannya)
    -ustaz rozi – isteri dia ustazah ajar agama islam
    -cikgu latip-cikgu math yg cool
    -cikgu nasir merangkap tokei koperasi – stail dia cakap
    macam ni..”jam pukul dua enam puluh”- maksudnya pukul
    3…”dua puluh ratus bahagi lima”-maksudnya 200 bahagi 5
    -ustaz hafiz merangkap guru silat
    -cikgu amin merangkap guru komputer

    minta maaf, ini je yang ana ingat ……
    walaupun ada 3 orang lagi yg ana ingat, tapi kalau boleh ana tak nak tulis nama diorang….tapi ana bagi clue je lah
    ustaz hairozi, ustaz morshidi,ustaz roslan….

    ustazah ana:
    1) Cikgu habibah – guru warden yg best dan penuh
    tanggungjawab.AL-FATIHAH
    2) Cikgu fauziah – ajar bahasa inggeris, cantik cikgu ni
    macam ramona rahman.
    3) banyak yg ana masih ingat wajah, tapi nama ana dah lupa ingatan lah…

    3) cikgu yg ajar sains – sharifah apa yer…
    4) ustazah rogayah, cikgu aminah, cikgu aisyah merangkap kaunselor (sorry kalau ana salah)….ana tak ingat..ana tak ingat….

    ok lah….rasanya ana nak kena jumpa kawan kawan lama baru boleh ingat balik nama nama ustaz dgn ustazah ni….
    sebelum ana close ini topik…ana nak tulis beberapa nama lagi yang tiba tiba ana teringat…

    1) wak ipin dan wak hassan….jaga paling best terutama
    wak ipin sebab selalu join main sepaktakraw dgn bola
    2) abang saad – penyelia dewan makan asrama
    3) abang epen – rasanya ofis boy @ mat despatch

    ok…tq semua sebab buangkan masa baca ana punya total recall ni…….maas salaamah…

    1. Bagus tuan ceritakan kenangan tuan di sini. Nampaknya, guru2 dulu garang2 orangnya. Kita biasa kena rotan kan…

      Dan sebab itulah kita terbentuk menjadi MANUSIA kini 🙂

  55. Kawan2 mengubat hati
    Walaupun jauh tak nampak lagi
    Kenangan lama dalam memori
    Kalau diingat menangis sendiri

    Zaman sekolah sukar diganti
    Pergi manapun sukar dicari
    Memori silam tetap dihati
    Akan dikenang sampai mati

    Sg Bertih ceria sekali
    Dah tak macam dulu lagi
    Kalau rindukan SAMSHSB ini
    Sudi-sudi datanglah ke mari

  56. assalamualaikum…

    sye nk cerita tntg pngalaman sye ^^…
    masa mula2 masuk sekolah ni, sye rase benci sgt sbb mak dan ayah yg paksa. akhirnya stlh mngenali rmai org, barulah sye yahu hidup ini perlukan satu pengorbanan dan sye mula syg sekolah ini ^^ terima kasih, sams hisamuddin sg.bertih.

  57. salam pada suma warga sg berth…first time msuk laman web nie…nie pn pengetua korang yang baru pindah kat tmpt aku……satu kemajuan…dulu nak pegang pc pn ssh…internet lg la…semoga kemajuan ini di teruskan…

  58. assalammualaikum

    walaupon hanye 3tahun menuntut ilmu d sams hisamuddin sg bertih,sye amt bgge krne dpt mnjd sbhgian dari warga sg berth…pengalaman susah,senang ketika berade d sana amat bermakne bg diri sya..guru2 yang sgt2 prihatin dan mngajar pelajar2 mereka dgn penuh tanggungjawab,semata2 untuk melihat pelajar2 mereka berjaya dgn segulung ijazah dan mereka tdk pernh mengeluh bila mnympikn ilmu…terutme ustzh Rafizah hamzah,smpi skrg suare beliau msih terngiang2 d telinge,walaupon nmpk grg secre luarnnye tp hatinya ckup lembot&baik hati..sye bgge dpt mnjd salah seorg dripd ank murid beliau….
    akhir kate..terima kasih kpd semua guru2 yg mengajar sye dari form1-form3..jasamu akn d kng smpi bile2..sekolahku yg tercinta SAMS HISAMUDDIN SG BERTIH memori ketika menuntut ilmu d sini tdk akn luput dri ingatan…insyaallah
    assalammualaikum:)

  59. Assalamualaikum,,,saya ingin ucapkn banyak2 trima ksih kat semua guru2 di SAMHSB ,,alhamdulillah kini saya dpt memperbaiki b.arab sya atas semua bantuan guru2 & rakan2 saya di 3 Amanah(2010)…

  60. Salam w.r.t.h

    Saya merupakan pelajar sekolah ini tahun 1983 – 1985 sebelum berpindah ke SMATH jalan kota raja pada 1986 hingga 1989. Banyak pengalaman menarik berada di sekolah ni. Baru2 ini melalui kaw sekolah ini dan terus terkenang zaman sekolah. Semoga sekolah ini akan terus mendidik anak bangsa yang benar2 beriman dan menjadi manusia terbaik. Insya Allah.

  61. salam..
    saya alumni tahun 2001-2005, alhamdulillah…
    saya mellihat pelbagai perkembangan yang intensif berlaku dalam program sekolah….
    teringat kmbali zmn ‘anak2 sg bert’ dahulu.
    saya doakan guru2 di sekolah ini x jemu mendidik anak2 bangsa….insya allah.
    syukran kpd guru2 yang telah banyak mendidik saya..

  62. salam..
    sy IFTIQAL k.u sg.bert thn ni. kat ruangan ni ramai alumni yg pernah menjawat jawatan tertinggi di sekolah dulu kn? ada hajat sebenarya nak mintak sedikit pandangan dan ilmu kepmpinan abg n kakak yg boleh kte share. comment kat ruangan ni.harap ada yg sudi kongsi@ ilmu..iftiqal__0129036196/email :jawaranger_if@yahoo.com.

  63. Assamualaikum !
    Tahniah kepada admin yang mewujudkan laman ni…
    Boleh kami guru-guru dari SAM Muhammadiah Pekan Sabak mengikuti berita dari rakan-rakan sekolah ini.

    Kirim salam kepada Us Ali b. Suparman.

    Ikhlas dari,
    Ustaz Abas b. Tambah
    http://sammps.worpress.com

  64. Assalammualaikum wbt

    Terlalu banyak kenangan pahit & manis di sekolah dan asrama sekolah ini dahulu. Alhamdulillah syukur dan terima kasih kepada semua tenaga pengajar. Pengalaman yg ingin saya ceritakan hampir sama dengan nickname ‘5(1)/AC-1/AC-2/AB-2/AA-2/AA-1’. Kalau tak salah namanya Yazid 🙂 . Semoga kita semua di rahmati Allah di sini dan di Sana. Saya berdoa SAMHSB dapat lahirkan lagi insan-insan bertaqwa. terima kasih cikgu shah dan semua.

    wasalam.

  65. rindu nyer kat skool ni..my old skool..mcm knangan ade..pahit manis payau masam sume ade..rnidu kt sume cegu..esspecially cegu murni,suria hani,rohaya dll..terutama cegu yang ajar 1(1) ’05, 2(3) ’06, 3(4) ’07..

  66. Salam buat semua…warga SAMSH…

    Papehal apa khabar buat kwn2 yg kenal di sini spt Wan Musnida(ex-classmate 1(3)1987), mohd fauzi abu yamin(kebun aku kt sg. serdang ok lg tak), abdul mutalib,hairul botak,hamidon dll..(maybe some of u kenal sy..)

    Tahniah buat nick 5(1)/AC1…. coretan kamu buat sy tersenyum dan teringat akan cikgu2, ustaz2 dan ustazah2, kelas kandang kuda, padang bola 5 segi (tpt hanjing berak tp ramai gak budak2 dok berkubang bila main bola kt situ), wak ipin(pun main takraw dgn aku..)& wak hassan(kdg2 dia pun join tp badan dia besar so susah ckit),abg saad(dia jaga dobi gak kan),kantin yg susah buat aku kenyang, dewan mkn(menu mlm jumaat dgn ari isnin paling best,juga kak bib yg cun..hehee) serta tank air yg selalu takde air,so berduyun2 mandi kt sekolah,kdg2 tak sempat nk mandi.. siswi2 lak taktau le camana diorg mandi..hehehe.. kalau recall blk mesti aku akan senyum sendiri..

    Juga ada tak sapa2 yg masih teringat dan lihat (tak silap yg tgl asrama thn 1990 or 1991) kalimah Allah Muhammad di langit waktu mlm(prep time)…kecoh 1 mesia itu jam. dlm seminggu 2 tu bebudak ramai la yg insaf, tp lps tu…hanyut blk. dan jg kisah ayat Qur’an naik kelangit. so sesapa yg ingat, bole kita semua share sama2 utk dijadikan ikhtibar.

    Semua sudah berlalu, skg sekolah ni dah cantik dan pelajarnya juga hebat2 belaka. sesapa yg still belajar di sana jgn sesiakan peluang anda. rebutlah peluang ini utk berjaya spt abg2 dan kakak2 kamu disini..

    Terima kasih SAMSH Sg. Bertih…

    1 4 all, all 4 1

    Wassalam..

    1. hehehe…”kelas kandang kuda”….sayangkan blok tu dah dirobohkan…dkt kelas tu lahbudak kelas aku kena “seksa”…maklumlah masa tu kelas sebelah kitorang kelas tingkatan 5 yg otai-otai…

      ni razman yg batch dgn zaidi, azmi sabah, salman tu ke
      mukrim, acis,..sory kalau silap

      mmg ingat lagi pasal kalimah Allah Muhammad di langit waktu mlm(prep time)…siap baring baring lagi kat tempat assembly..masa tu cikgu wahab pun ada….

      tapi rasanya yg masuk paper tu dari sekolah hishamuddin kg jawa….sana byk lagi,….menakutkan je…tapi time tu je lah….

      nak cerita sikit, teringat brother azmi dari sabah tu, seluar jean dia kena rampas dgn cikgu ishak, siap kena gunting lagi seluar tu dalam musolla…tiba-tiba brother azmi ni bangun, ingatkan nak mengamuk, rupanya dia pergi turun bilik dia..ambik lagi satu seluar jean bagi cikgu ishak….punyalah bagus kan….

      oklah…bye…saje je nak teringat ringat cerita lama

    2. razman…kite ni pernah satu kelas ye…nape ye saya x ingat la …cuba recall balik….kenangan bersama kelas 1(3) tu mmg banyak….tapi biasalah dah tua ni byk nama2 yg lupa…..
      saya ni mmg kagum sungguh dgn daya ingatan 5(1)/AC-1 …. tapi saya pun masih ingat lagi bila peristiwa ayat2 dalam Al-Quran hilang ..mmg masa tu saat yg amat menakutkan & terasa insaf & ajaib dgn kekuasaan Allah s.w.t. Bayangkan Al-Quran yang ada di rak di musolla semua hilang ayat2 nya kecuali perkataan ” walyathalatthaf”…

      razman..bertugas dimana & menetap di mana?

  67. yes, sy satu batch dgn zaidi, azmi, salman dan sahidi (geng sabahan) tp mukrim dan acis junior setahun dr sy..camna kenal? u sapa yek, which batch?
    kes azmi tu dia perli je kot, wallahualam…

    kes ayat dilangit, wan musnida u lebih arif coz lps form 3 u dh tranfer ke kg jawa, kan? u nampak tak?
    ”walyathalatthaf…” apa maksudnya tu..? sila jelaskan..
    soalan last u tu dh sy jwb di facebook by nick: dje manz.

    wasalam… smpai ketemu lg..

    1 4 all, all 4 1

  68. Assalamualaikum wrm wbt,

    Dulu saya bersekolah di Hisamudin Sg Bertik, kemudian dipindahkan ke Hisamudin Kg Jawa.. selepas bergraduan kursus kejuruteraan, kembali ke Hisamudin ( sekejap ) jadi guru , tak lama kemudian bertugas di Johor.

    Apa yang saya perhatikan semasa jadi guru di sekolah hisamudin kg Jawa, pelajar perempuan dah tak jaga aurat sangat,

    batch saya pun setelah masuk universiti, ak ramai yang mengekalkan pakai tudung labuh

    pada hemat saya, wajar pelajar sekolah agama mempunyai kecintaan kepada islam, ( bukan kata mesti join PAS) tapi biarlah rasa bangga menjadi orang islam dikekalkan…

    Cadangan saya, mungkin blog ini bleh ditingkatkan dengan menambah bahan yang bagus terutama tulisan imam-iman terdahulu mahupun ilmu-ilmu asas yang penting

    masa masuk u, ada rakan dari pelbagai sekolah agama, tapi ramai tak pakai tudung labuh , berpak we pun ada..

    saya sendiri pun banyak mendalami islam semasa di universiti, alhamdulillah masih berkesempatan..

    harapan saya amat jelas, semoga sekolah agama kembali mendidik jiwa manusia, biarlah pelajar in menjadi orang yang paling berjaya dengan kerjaya yang hebat, namun akhlak dan budaya hidup orang islam dikekalkan…

    cukup-cukuplah kita melahirkan orang yang cemerlang akademiknya tapi rapuh keimanannyan..

    lebih malang, ramai ustazah sekarang ini yang pakai tudung pendek

  69. seronok ble tgk sume ex -student bercerita kisah2 lame…
    tibe2 rase rndu plak kat skola ni…
    kpd guru2, ustz, ustzh,…terima kasih krn byk mmberi tunjuk ajar…jasa kalian akan ku kenang sampai ble2…
    doakan kjayaan sy….
    TQ…:D

  70. Salam semua warga dan ex warga SMA Sg Bertik.

    Teringat kembali alam zaman persekolahan, saya hanya berkesempatan untuk belajar selama 3 tahun (Form 1 – Form 3). selepas itu saya berpindah ke SAMTTAJ – 91-92.

    Ucapan terima kasih tidak terhingga dan jasa yg tidak terbalas buat cikgu2, ustaz2 dan ustazah2 mendidik kami agar menjadi manusia berguna.

    Cuma harapan agar bekas2 pelajar agama khususnya tidak terpengaruh dengan budaya yg tidak selari dengan ajaran agama memandangkan kita ini mendapat pendidikan khusus dan sama2 lah kita saling ingat mengingati.

    wassalam’
    Norizam
    0163920356

  71. saya sedang mencari sek men agama utk adik saya..
    tpi kebanyakan nyer bermula dri ting 1.. adik saya akn memasuki ting 4 , 2011 nih.. dan adik saya asal dri sek men keb biasa tidak mempunyai asas dlm bhasa arab yg kuat.. blh saya tau syarat2 kemasukan ke sek ini.
    tolonggg sgt2

  72. kpd nurul:
    Hanya plajar yg ada asas agama dan bhasa arab dari sekolah agama sahaja boleh memohon masuk ke t.4 di sam negeri selangor.dan berurusan dgan jais.skiranya tiada asas tidak boleh memasuki sekolah ini.walau apapun t.kash kerna berhasrat ingn memakmurkan sek agama

  73. lame ta menjenguk laman web skola.sg.berth yg mmbri kami sejuta kenangan yg ta kan dpt dilupakan,disini la kami memulakan ukhuwh yg ta kan ptus smpai bile2.dengar cite rmai ckgu2 lame da ta de kat sana,ustaz syah,ustaz mahmudin yg terbaru ni dgr cikgu azlina nak pindah kg.jawa,sedihnya,nak pegi skola pon da segan skrg.

    1. fara,,tambahan:
      cikgu lela juga da berpindah..
      cikgu nasir sudah bersara..
      & xlame lg,,beberapa org cikgu lg akan bersara

  74. bismillahirrahmanirrahim..
    salam buat sume warga sekolah SAMHSB..
    bangga sgt tgk pncapaian adik2 dlm SPM 2010
    tahniah diucapkan buat yg berjaya..
    dh lama sgt rasenye xjenguk skolah sejak kluar thn 2004.. tapi website n facebook sntiasa sy follow up.. teruskan kecemerlangan dan tingkatkan lagi mutu skolah sg bert… kadet bomba n pasukan kompang skolah, ganbate! luv u much!

    ex-sg.bert 2000-2004

  75. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA CIKGU-CIKGU DAN USTAZAH-USTAZAH,,,,TERIMA KASIH ATAS SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN,,,TERIMA KASIH ATAS SEMUANYA,,,,

  76. salam…sye ingn mngcp an slmat trima ksih kpd gru2 yg trlbat dlm mnjyekan prgrm prkmpngn ilmu sma d kem bumi jti…..d0an kjayaan t0k kmi cal0n2 pd taun nie…MUMTAZ…!!!!aminnn

  77. sy msh menanti gmbar dan coretan mengenai hari guru sekolah 2011.nape tak masukkan?masukkan yer nak tengok.tq

  78. salam.apa syarat untuk kemasukan untuk ting2 bagi tahun 2012?:
    keputusan Upsr saya hanya 1a 2b 2c dan PSRA 78.6% serta UPKK 3A4B1C
    Adakah saya layak untuk memohon sekolah ini..jika tidak adakah saya boleh membuat rayuan

  79. assalamualaikum…saya nk gmbr2 majlis graduasi 2010 boleh x??teringin nk tengok gmbr yg pkai bju konvo 2….:)

  80. Kenapa sekolah kita takde aliran sains? Pleaselahhhh, tlg adakan. Klau boleh saya tknak pindah sekolah 😥 *Tanyaje

  81. assalamualaikum………….. saya nak tanya? apakah kelayakan unmtuk memasuki sekolah ini?.. ada dim sediakan asrama atau
    tidak?

  82. as salam ,, sy nak tnye bagaimana cara untuk mendaftar ke sekolah ini ,, adakah melalui internet pun bule ataupun mengambil borang di sekolah? adakah sy layak msuk ke sekolah ini kerane sy pelajar ting 4 pada thun hadapan ,

  83. saya bekas pelajar sekolah ini…. teringin sangat nak masukkan anak lelaki saya tahun 2014 kat sini, doalan semoga anak saya mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya layak memasuki sekolah ini….

  84. Assalamualaikum. . Mntak js baik ustaz ustazah. Sy nk tau sama ada di sam hishamuddin ada tak memerlukn ustazah br? Krn sy sdg mncr krja untuk mnjd ustazah di sekolh mngh. Sy lpsn degree usuluddin dr KUIS. Sekian. Sy dahului dengn ucpn Terimer kaseh

  85. Assalamualaikum.

    Cikgu saya pelajar SAMHSB batch 95-99. Agak2 cikgu ada tak lagi senarai nama beserta no contact tenaga pengajar antara tahun 95-99?

    terima kasih cikgu.

  86. Assalamualaikum..
    Bagaimana nk memohon utk ke tingk 1 seisi 2015?
    borng perlu di ambil di JAIS @ pihak sekolah? Anak sy belajar di SRAI sek. 19. Sy tinggal di Tmn Sri Muda Sek. 25, Sy juga nk memohon utk anak sy duduk di asrama. Terima Kasih.

  87. Assalamualaikum..untuk makluman sahabat2 semua…bekas pelajar bernama Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha di Majlis Perbandaran Klang mulai 4 Januari 2016…

  88. Assalamualaikum, Mohon laluan Semoga bermanfaat Tontonlah di youtube Segmen Belajar Bahasa Arab di Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 yang telah ke udara, pada hari Isnin antara pukul 9.05 pagi hingga 9:15 pagi, 2 Mei 2016. Segmen Bahasa Arab ini dikendalikan oleh Encik Nik Muhammad Rozi Bin Nik Yusoff, Guru Bahasa Kanan, Jabatan Bahasa Arab Dan Bahasa-Bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Silibus yang disediakan adalah sangat bersesuaian bagi pelajar sekolah menengah rendah yang baru mula mempelajari dan bercakap dalam Bahasa Arab. Ia juga boleh digunapakai sebagai bahan stimulasi untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Berikut adalah link segmen bahasa Arab pada 2 Mei 2016: https://www.youtube.com/watch?v=FaUTRanzzr8 Sila tonton like dan comment Sekian terima kasih.

Leave a reply to zulaini Cancel reply