Hari Keluarga di Teluk Rubiah, Perak

Alhamdulillah, pada 26-27 Oktober 2008 seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan sekolah serta ahli keluarga telah menyertai program HARI KELUARGA.  Program tersebut telah diadakan di Teluk Rubiah, Perak Darul Ridzuan.
 Pamplet Program

Pamplet Program

Pelbagai acara menarik telah diadakan bagi memeriahkan program tersebut.  Keakraban dan kemesraan di kalangan guru-guru, kakitangan dan ahli keluarga begitu terserlah melalui pelbagai acara yang telah diadakan.  Bukan sahaja telatah anak-anak, malah yang dewasa juga turut meriuhkan suasana tenang pantai Teluk Rubiah.
Pamplet Program

Pamplet Program

Mudah-mudahan dengan adanya program seumpama ini, dapat mengeratkan tali persahabatan dan silaturrahmi di kalangan peserta.  Selain mengeratkan ukhuwwah, program seumpama ini juga dapat meredakan ketegangan akibat tekanan pekerjaan, malah dapat membibitkan rasa kesyukuran kepada TUHAN Yang Maha Pencipta tatkala merenung keindahan ciptaan ALLAH subhanahu wata’ala sepanjang berprogram di sana.
Advertisements

Lagu Sekolah

GEMILANG NAMAMU GEMILANG

MENJUNJUNG CITA-CITA

AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

SAM HISAMUDDIN TERCINTA.

 

 

USAHA TERUS BERUSAHA

SEMAI IMAN DI HATI

AMAL SOLEH ILTIZAM KITA

ITULAH IKRAR KAMI.

 

 ILMU ADALAH CAHAYA

MENERANGI KEHIDUPAN

SEMARAKKAN DI JIWA

UNTUK PEDOMAN SEPANJANG ZAMAN.

 

USAHA TERUS BERUSAHA

SEMAIKAN AKHLAK MURNI

JASA GURU TIDAK DILUPA

ITULAH IKRAR KAMI.

Sila klik berikut untuk lagu sekolah dalam bentuk video:

https://samhisamuddin.wordpress.com/2009/03/29/lagu-sekolah-video/

Peperiksaan Akhir Tahun 2008

Bermula 28 Oktober 2008, kesemua pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 akan menghadapi peperiksaan akhir semester.  Peperiksaan ini akan berlangsung selama 2 minggu.  Antara mata pelajaran yang terlibat adalah seperti berikut:

TINGKATAN 1 & 2:

  • Bahasa Melayu 1
  • Bahasa Melayu 2
  • Bahasa Inggeris 1
  • Bahasa Inggeris 2
  • Matematik 1
  • Matematik 2
  • Sains 1
  • Sains 2
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Tafsir / Hadith
  • Al-Quran
  • Feqah / Tauhid
  • Geografi
  • Sejarah
  • Sivik

TINGKATAN 4:

  • Bahasa Melayu 1
  • Bahasa Melayu 2
  • Bahasa Inggeris 1
  • Bahasa Inggeris 2
  • Bahasa Arab Tinggi 1
  • Bahasa Arab Tinggi 2
  • Matematik 1
  • Matematik 2
  • Matematik Tambahan 1
  • Matematik Tambahan 2
  • Sains 1
  • Sains 2
  • Sejarah 1
  • Sejarah 2
  • Pengajian Syariah Islamiah 1
  • Pengajian Syariah Islamiah 2
  • Pengajian Quran & Sunnah
  • Ekonomi Asas 1
  • Ekonomi Asas 2
  • Prinsip Akaun 1
  • Prinsip Akaun 2
  • Perdagangan 1
  • Perdagangan 2
  • Sivik
  • Sains

Kesemua warga pendidik dan kakitangan SAM Hisamuddin Sg Bertih mengucapkan SELAMAT BERJAYA!  Semoga dipermudahkan ALLAH subhanahu wata’ala hendaknya, amin.

PMR: Selamat Berjuang!

Hari ini, sudah masuk hari ketiga Penilaian Menengah Rendah (PMR) berlangsung di seluruh negara melibatkan ribuan pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 3.

Di SAM Hisamuddin Sg Bertih, seramai 182 pelajar tingkatan 3 sedang berjuang menghadapinya.  Setelah penat lelah berusaha dan menimba ilmu, pentas PMR bakal menilai pencapaian mereka semua.  Harapan ibu, bapa, keluarga, guru-guru malah masyarakat yang tergalas di bahu-bahu mereka perlu mereka realisasikan dengan memperolehi keputusan yang cemerlang. 

Seluruh warga SAM Hisamuddin mendoakan agar mereka dapat membuat yang terbaik dan dipermudahkan mereka oleh ALLAH subhanahu wata’ala, amin…

Guru2 dan pelajar2 berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan

Guru2 dan pelajar2 berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan

Ya ALLAH, permudahkanlah kami, janganlah sukarkan kami, amin...

Ya ALLAH, permudahkanlah kami, janganlah sukarkan kami, amin...

Memohon restu guru-guru.

Memohon restu guru-guru.

 

SELAMAT BERJUANG!

MOTO dan SLOGAN

MOTO

ILMU ITU CAHAYA

JAHIL ITU KEGELAPAN

 

SLOGAN

BARANGSIAPA YANG BERUSAHA,

MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI HASILNYA

VISI DAN MISI

VISI

SAMHSB MENJADI
SEKOLAH AGAMA BANTUAN
KERAJAAN CEMERLANG
DI NEGERI SELANGOR

MISI

SAMHSB
BERUSAHA MELAHIRKAN
INSAN RABBANI
MELALUI
PENDIDIKAN BERSEPADU