Sejarah Penubuhan SAM Hisamuddin Sg. Bertih, Klang

 

TAHUN PERKARA / PERISTIWA
 

Awal Sejarah Sekolah Bermula Tahun 1940an hingga  Tahun 1972

 

Sejarah Maahad Hisamuddin ini bermula apabila Pengetuanya yang pertama, Syeikh Mahmud al – Bukhari yang merupakn seorang tokoh agama yang tidak asing di negeri Selangor, datang ke Malaysia pada tahun 1940an atas jemputan al- Marhum  Sultan Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Syeikh Mahmud berketurunan Bukhara dan berasal dari Mekah. Beliau pernah tinggal di Teluk Pulai Klang dan kemudian menetap di Kampung Kuantan Klang.

Pengajian secara tidak formal selama 2 tahun iaitu pada tahun 1946 dan 1947 telah bermula di kediaman beliau di Kampung Kuantan, Klang

Sekitar tahun 1948 hingga 1951, beberapa perubahan telah berlaku, pengajian pelajar Muslimin berhijrah pula ke dua tempat yang berlainan. Seramai 60 orang pelajar dipindahkan  ke bangunan Faizin yang masih kekal hingga sekrang (berhampiran Yayasan Selangor sekarang) dan seramai 60 orang pelajar lagi ditempatkan di Surau al- Falah Teluk Pulai, Klang, manakala pelajar Muslimat di hijrahkan ke surau Kampung Jawa (sebelah kubur).  Pada waktu ini, bangunan lama Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dan bangunan lama  Jama’atul Islamiah  di Kampung Jawa sedang dalam proses pembinaan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sementara bangunan lama Maahad siap, pelajar pernah di tempatkan di Surau Sungai Bertih untuk tempoh beberapa bulan.  Pengajian Formal di Sungai Bertih bertukar wajah dengan nama al-Maahad ad-Dinil  Islami Hisamuddin (sempena nama al-Marhum Sultan Hisamuddin) pada tahun 1950 menampung pelajar-pelajar Muslimin sahaja, manakala pelajar Muslimat di bangunan lama al-Maahad Hisamuddin Kampung Jawa dengan mengekalkan nama asalnya iaitu Jama’atul Islamiyyah.         . Maahad ini menawarkan  kepada pelajarnya pengajian di Peringkat Ibtidaiyyah dan Peringkat Thanawi.  Pada tahun 1956 seramai 8 orang pelajar telah menamatkan pengajian di peringkat 4 Thanawi tetapi hanya 3 orang sahaja yang  menduduki peperiksaan Sijil Empat Thanawi dan telah lulus dengan jayanya, antaranya ialah Tuan Haji Ghazali bin Haji Siraj (Tuan Nazir Mesjid Sungai Udang sekarang), Dato’ Haji Hasan Azhari (ulamak al-Quran, pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah ) dan Tuan Haji Ahmad Muhid (imam Mesjid Negeri Selangor). Ustaz Jamek Duriat, Ustaz Said Husin, Ustaz Mohd. Amin Abdul Karim dan Ustaz Hambali Abdul Salam tetapi hanya 3 orang yang pertama sahaja telah  menduduki peperiksaan Sijil Empat Thanawi dan telah lulus dengan jayanya. Selepas memperoleh Sijil Thanawi, ada di antara mereka yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam dan Mesir. Mereka adalah antara jenerasi Maahad Hisamuddin yang pertama di bawah mudir Syeikh Mahmud al-Bukhari.

Pada akhir tahun 1960an hingga awal tahun 1970an sebanyak 10 kelas telah dibuka, 2 kelas di bahagian hadapan bangunan menempatkan Pejabat Bahagian Pendidikan Agama Islam Negeri Selangor, pengarahnya ketika itu ialah Tengku Ibrahim Shah dan Bahagian Pentadbiran ditempatkan di Maahad Jama’atul Islamiah Kampung Jawa, Tengku Nong sebagai pengarahnya.  Sementara 8 kelas digunakan untuk pengajian.  Salah seorang bekas pelajar tahun 1962 hingga 1969 iaitu Tuan Haji Mohd Noh bin Haji Ismail  (sekarang bertugas sebagai Penolong Pendaftar Nikah Cerai) telah mengesahkan maklumat ini.

Pakaian seragam Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dari tahun 1950 hingga 1972 ialah baju melayu putih, sampan biru dan songkok hitam.  Mata pelajaran yang ditawarkan pula ialah :

Peringkat Ibtidaiyyah          : Tauhid, Feqah, Nahu, Sorof, Imlak, Insyak, Khot,

                                                  Mahfuzot(Syair) dan Muhawaroh.

Peringkat Empat Thanawi  : Tauhid, Feqah, Nahu, Sorof, Imlak, Insyak, Khot dan

                                                  Balaghah.

 

Tahun 1973 – 1979

Zaman pendidikan di Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dan Maahad Jama’atul Islamiyyah di Kampung Jawa mengalami satu lagi perubahan di mana Jabatan Agama Islam Negeri Selangor telah membentuk satu sistem pendidikan  menggabungkan mata pelajaran Arab dan Akedemik  yang mula beroperasi pada tahun 1973 dengan jumlah pelajar seramai 40 orang, 20 orang pelajar lelaki dari Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dan 20 orang pelajar (lelaki dan perempuan) dari Sekolah Rendah Agama daerah Klang tanpa mengira peringkat umur. Antara pelajar yang bertuah sebagai  generasi pertama ini ialah Ustazah Siti Salmah binti Khalil, dan Ustazah Siti Rugaiyah binti Ismail sebagai pelajar tingkatan 1 tahun 1994. kedua-duanya sedang bertugas di Maahad ini.

Pada peringkat awal,  pelajar-pelajar tingkatan 1 pada tahun 1973 dan 1974 ditempatkan sementara di Maahad Jama’atul Islamiyyah di Kampung Jawa.  Pada pertengahan tahun 1974, pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 dipindahkankan ke Maahad Hisamuddin Sungai Bertih. Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran  (SRP) bermula pada tahun 1974,  sebagai pusat.

Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1. Bahasa Melayu

2. Bahasa Arab

3. Bahasa Inggeris

4. Agama Islam

5. Matematik

6. Sains Rampaian

7. Tawarikh (Sejarah)

8. Ilmu Alam (Geografi)

Pelajar menyambung pelajaran ke tingkatan 4 hingga tingkatan 6 di Kampung Jawa.   Apabila terbentuk sistem pendidikan JAIS yang baru, Maahad Hisamuddin di Sungai Bertih kekal dengan nama asalnya sebagai Sekolah Ugama Menengah Rendah (SUMR) dan Maahad Jama’atul Islamiyyah di Kampung Jawa telah ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin mulai 1977 dan peperiksaan SPM yang pertama pada tahun 1977 di Kolej Islam Klang. Sebanyak 2 kelas tingkatan 6  Rendah dibuka pada tahun 1979, 1 kelas adalah baki dari sekolah menengah daerah Klang dan 1 kelas dari Sungai Bertih.  JAIS telah memberi peluang kepada calon-calon  SPM 1978 untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Agama (SPA) pada tahun 1979 jika lulus SPM walau pun tiada memiliki SMA atau Thanawi. Peperiksaan STP yang pertama pada 1980.

Perubahan dan perkembangan ini memberi banyak faedah kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor amnya dan khusus kepada pelajar SAMH Sg. Bertih dan SAMHT Kg. Jawa. Pelajar SMK berpeluang menyambung pelajaran di tingkatan 6 untuk menduduki peperiksaan STP dan pelajar aliran 4 Thanawi dan SMA berpeluang mengambil SPM di Kg. Jawa.

Maahad Hisamuddin Sungai Bertih dalam Era 1980an

Mulai tahun 1986, pelajar Maahad Hisamuddin Sungai Bertih tidak perlu berpindah ke Hisamuddin Kg. Jawa untuk meneruskan pengajian di tingkatan 4 dan 5.  Mereka menduduki peperiksaan SPM yang pertama pada 1987.  Pada masa yang sama generasi aliran Arab telah menamatkan pengajian masing-masing.  Oleh itu JAIS telah menyusun semula pakej  mata pelajaran  baru dengan mewajibkan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA). 4 mata pelajaran Arab mula diwajibkan kepada pelajar tingkatan 1 pada tahun 1983, iaitu Ayat  / Hadith, Feqah / Tauhid dan Tarikh Islam.

11 MAC 2007

Pembinaan blok baru 4 tingkat

25 MAC 2008

Majlis penyerahan blok baru. Ia menempatkan 6 bengkel KHB, 8 buah kelas & sebuah surau.

 

Semoga catatan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan untuk generasi akan datang.

 

Ditulis oleh

Siti Rugaiyah binti Ismail

 

15 Disember 2007 bersamaan 05 Zulhijjah 1427H

 

 

 

 

Sumber Rujukan :

1.  Bekas Pelajar tahun 1946-1956   :  Tuan Haji Ghazali bin Haji Siraj.

(Nazir Mesjid Darul Muttaqin Sungai Udang, Klang)

 

2.  Bekas Pelajar Tahun 1962-1969  :   Tuan Haji Mohd. Noh bin Haji Ismail

(Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai, Qariah Sg. Udang)

 

3.  Bekas Pelajar Maahad Jama’atul Islamiyyah Kg. Jawa Tahun 1951-1958 :  Puan Hajjah Joryah

binti Haji Maulan

 

4.  Bekas Pelajar Tahun 1973-1975  :  Ustazah Siti Salmah binti Khalil

(Tenaga Pengajar di SAMHSB)

 

5.  Bekas Pelajar Tahun 1974-1976  :  Ustazah Siti Rugaiyah binti Haji Ismail

(Tenaga Pengajar di SAMHSB)

 

6.  Bekas Pelajar Tahun 1983-1987  :   Puan Azlina binti Emam Bohari

(GPK HEM SAMHSB)

 

7.  Buku “ Masjid Nurul Ehsan Dulu dan Kini”, tulisan Tuan Haji Ghazali bin Haji Siraj dan Haji

Mohd. Zaki bin Haji Ghazali.  Diterbitkan sempena perasmian Mesjid Nurul Ehsan Sg. Udang

oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 02 November 2007 bersamaan 21 Syawal

1427 H  dengan nama baru “Mesjid Darul Muttaqin”.


About these ads

24 Responses

  1. sejarah ini mru[akn sejrah yg amt bermakna bagi warga samhsb
    maka dsini sya mengycapkan ribuan kesyukuran krn terpilh di sek ini
    tima ksh

  2. kpd plaja ting 5 jwb btl2 wlupown nak dkt las paper

  3. saya arap sume bangunan kt skul tue dcat spye skul nmpk cntk n ceria…

  4. btol tu areemaad95..sek mesti cat bio nampak cantik..hehe kowg jge r sek tu..sek skg dah byak ubah..

  5. salam….nape x der gamba plajar dlm blog nie… gamba lpas aktiviti yg dh djalankan kt skola pun x der…

  6. betul,betul,betul(upin&ipin)…
    brite pasal debat kene ade jugak…hahaha…
    ~no offence~

  7. Salam Rafee :)
    Are you RAFE the famous SGBERTH ex-debater…??? ;) Nice to hear news from u…

    Tmrw (18/02/2009) our BM debater will compete at Klang district level . Let us pray to ALLAH SWT, to seek the bless and His Guidance for our school victory in the competition.. Insya’allah…

    With the help of our dear Cikgu Shah, we try to announce any of the latest news regarding SGBERTH debate team… Insya’allah.. All the best to our BM Debaters… SGBERTH BOLEH!!!

  8. Pada semua bekas-bekas pelajar SGBERTH ex-debaters, bekas pemidato, atau sesiapa yang pernah menyertai acara-acara Ikhtifal / Amal Islami/ Peringkat PPD atau sbgnya…

    Kami mengalu-alukan kedatangan saudara/saudari untuk membantu aktiviti KO-Akademik & KOKurikulum bagi peringkat PPD atau AMAL ISLAMI JAIS.

    Sumbangan latihan, tunjuk-ajar serta sokongan moral amat dialu-alukan. Guru-guru SGBERTH menanti kedatangan anda untuk meletakkan nama SGBERTH cemerlang dalam niche-area untuk aktiviti DEBAT/SYARAHAN Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris & Bahasa Arab.

  9. Dear aiEsYah DzHAFiErA :)

    Terima kasih diatas perhatian aiEsYah. Laman web kita nie masih baru.. Might be we need to give it a chance for our school website to grow and blossom beautifully.
    Seingat bonda… ianya baru berusia 5 bulan… Kalau baby bonda 5 bulan…. kecil sangat lagi…. ;)

  10. mm..
    so how about the result (18/2/09)?
    sy mmg plan nk dtg, tp klu de ms lah…
    is it iftiqal (debat bm) still there??
    last year, i tend to trained their batch team..
    huhuhuhu~~

    *bondanani, what is ur real name??

  11. to:rafee2005 yes iftiqal still here.he wins the debate yesterday(round4) & for to day i don’t know.Rafee2005,i think i known who u are…

  12. owh…
    best of luck on him..
    who r u then grandmaster??
    huhuhuhu~

  13. owHh..likE tHat haa..my grAnd..grAnd..grAnd fatHer alsO scHooL at hEre lOng…lOng..timE agO..hihi..
    i rEally2 gLad tHat I’m cHoosen as oNe of tHe stUdent hEre..timE fOm1,i rEally mAd witH my pArents,wHy tHey sEnt mE to tHis scHooL??vEry bAd lookiNg scHooL i hAve evEr sAw….[sOry..!!],aftEr aBout 5 yEars I stUdyiNg at hEre,nOw I reALize..tHat wAs mAny swEet mEmories in hEre..freNs, tEachers, wArdens..haha..I dOn’t knOw wHat cAn I dO wHen I oUt fRom tHis scHooL..laStLy..
    I LOVE U SG BERT..!!

  14. sg bertih…not bad!

  15. assalamualaikum
    ]
    apa khabar semua macam dengan laman web ini best ke x .

  16. smhsb boleh ……. merdeka

  17. datang samhsb nampak pucat jew blok2..tgk gelagat pelajar2nya mcm2..xpnh nampak kat skolah sy..sdih skit pown ade..time 2 dtg sbgai peserta tafsir amal islami..sy yang bukan pelajar sekolah 2 pown naik malu….

    • Ifah,
      Antara adab seorang muslim apabila berziarah ke rumah saudaranya adalah tidak memberikan komen tentang keburukan itu dan ini secara terbuka. Seorang muslim sangat menjaga hati dan air muka muslim yang lain.

      Bangunan2 SAMHSB sudah pun dicat baru, malah kini berwajah baru. Ziarahlah lagi ye :) . Kami di sini amat mengalu2kan kehadiran semua.

      Walaupun SAMHSB tidak gah seperti sekolah lain dari segi kemudahan, namun alhamdulillah sekolah ini telah banyak melahirkan pelajar2 yang soleh. Jangan kita nilai sesuatu/seseorang berdasarkan rupanya.

      Saya harapkan komen Ifah dapat dijadikan sebagai maklumat berguna buat para pelajar dan warga SAMHSB. Komen2 sebegini walau kadang2 pahit untuk diterima, namun jika positif terhadapnya, insyaALLAH kita dapat memperbaiki diri kita.

      Kerana muslim dengan muslim yang lain ibarat cermin, iaitu saling tegur dan memberitahu akan kesilapan dan kelemahan saudara muslimnya yang lain.

      Terima kasih :)

  18. minta tlg pd admin tidak membenarkan sebarang penggunaan huruf besar dan kecil bercampur2 di blog ni…menyakitkan mata & hati je…yg sy tau klu ikut etika internet pun ianya tidak dibenarkan sama sekali & pihak admin berhak tidak melepaskannya di web atau ‘block’ je pengguna tersebut…tq

    • Komen2 di laman web ini perlu terlebih dahulu diluluskan oleh Admin. Beberapa komen bersifat negatif telah tidak diizin keluar di sini bagi menjaga suasana sejahtera di laman web ini.

      Sebahagian pelajar dan ex-pelajar mungkin belum kenal dengan etika tatkala menulis di internet. Betul kata MataBiru. Tulisan yang bercampur huruf besar & kecil memang menyakitkan mata, malah mungkin menyakitkan hati. Saya sebagai admin terlebih dahulu mesti membaca dan memahami KESEMUA komen sebelum ia diizin dipapar di sini. Lagi penat :(

      Namun, sebagai moderator dan admin, kami faham bahawa sebahagian besar pengunjung laman web ini adalah terdiri dari para pelajar SAMHSB yang kami sayangi. Mereka masih dalam fasa belajar dan mengenal.

      Hal berkenaan penggunaan tanda baca di dalam tulisan telah pun saya tegur secara tidak langsung di dalam komen yang terdahulu. InsyaALLAH, sebagai pengguna internet yang berhemah dan bijak, mari kita mulakan dulu. Kita tunjukkan etika yang benar dalam berinternet.

      InsyaALLAH, mudah2an ia akan diikuti oleh adik2 pelajar kita… :D

  19. salm..bila baca entri tntg sjarah pnubuhan sek ni,tiba2 ada cadangan pula, kalau tidak keberatn siarkn 1 entri khas gmbar2 plajar lama,pasti alumni2 lain tersenyum bila mlihat gmbr2 mreka dahulu…_hanya cadangan_

    • cadangan yang bernas :). boleh la sumbangkan gambar2 pada alizakri2@yahoo.com

  20. Sejarah sekolah amat penting dalam hidup kita supaya kita dapat mengenali asal usul sekolah kita.Oleh itu,saya sungguh bersyukur kepada ALLAH kerana laman web sekolah dapat membantu saya lebih kenal tentang sekolah.

  21. Arwah Ustaz Jamek Bin Duriat…. Alfatihah kepada datukku…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: