PMR: Selamat Berjuang!

Hari ini, sudah masuk hari ketiga Penilaian Menengah Rendah (PMR) berlangsung di seluruh negara melibatkan ribuan pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 3.

Di SAM Hisamuddin Sg Bertih, seramai 182 pelajar tingkatan 3 sedang berjuang menghadapinya.  Setelah penat lelah berusaha dan menimba ilmu, pentas PMR bakal menilai pencapaian mereka semua.  Harapan ibu, bapa, keluarga, guru-guru malah masyarakat yang tergalas di bahu-bahu mereka perlu mereka realisasikan dengan memperolehi keputusan yang cemerlang. 

Seluruh warga SAM Hisamuddin mendoakan agar mereka dapat membuat yang terbaik dan dipermudahkan mereka oleh ALLAH subhanahu wata’ala, amin…

Guru2 dan pelajar2 berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan

Guru2 dan pelajar2 berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan

Ya ALLAH, permudahkanlah kami, janganlah sukarkan kami, amin...

Ya ALLAH, permudahkanlah kami, janganlah sukarkan kami, amin...

Memohon restu guru-guru.

Memohon restu guru-guru.

 

SELAMAT BERJUANG!

Advertisements