Hari Keluarga di Teluk Rubiah, Perak

Alhamdulillah, pada 26-27 Oktober 2008 seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan sekolah serta ahli keluarga telah menyertai program HARI KELUARGA.  Program tersebut telah diadakan di Teluk Rubiah, Perak Darul Ridzuan.
 Pamplet Program

Pamplet Program

Pelbagai acara menarik telah diadakan bagi memeriahkan program tersebut.  Keakraban dan kemesraan di kalangan guru-guru, kakitangan dan ahli keluarga begitu terserlah melalui pelbagai acara yang telah diadakan.  Bukan sahaja telatah anak-anak, malah yang dewasa juga turut meriuhkan suasana tenang pantai Teluk Rubiah.
Pamplet Program

Pamplet Program

Mudah-mudahan dengan adanya program seumpama ini, dapat mengeratkan tali persahabatan dan silaturrahmi di kalangan peserta.  Selain mengeratkan ukhuwwah, program seumpama ini juga dapat meredakan ketegangan akibat tekanan pekerjaan, malah dapat membibitkan rasa kesyukuran kepada TUHAN Yang Maha Pencipta tatkala merenung keindahan ciptaan ALLAH subhanahu wata’ala sepanjang berprogram di sana.
Advertisements

Lagu Sekolah

GEMILANG NAMAMU GEMILANG

MENJUNJUNG CITA-CITA

AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

SAM HISAMUDDIN TERCINTA.

 

 

USAHA TERUS BERUSAHA

SEMAI IMAN DI HATI

AMAL SOLEH ILTIZAM KITA

ITULAH IKRAR KAMI.

 

 ILMU ADALAH CAHAYA

MENERANGI KEHIDUPAN

SEMARAKKAN DI JIWA

UNTUK PEDOMAN SEPANJANG ZAMAN.

 

USAHA TERUS BERUSAHA

SEMAIKAN AKHLAK MURNI

JASA GURU TIDAK DILUPA

ITULAH IKRAR KAMI.

Sila klik berikut untuk lagu sekolah dalam bentuk video:

https://samhisamuddin.wordpress.com/2009/03/29/lagu-sekolah-video/