Yusuf Estes di Shah Alam (23/11/08)

Assalamu’alaikum…

Buat warga SAMHSB yang berminat untuk menghadiri program-program Islami terutama dalam memantapkan kefahaman mengenai cabaran dakwah, berikut dimaklumkan satu program yang bagus untuk dihadiri:

yusufpromo

Siapa Sheikh Yusuf Estes?  Sila lawati laman berikut untuk mengenali beliau:

Sheikh Yusuf Estes kini dalam siri lawatan ke Malaysia.  Untuk mendapatkan jadual penuh beliau di sekitar Lembah Klang, sila lawati:  http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=332&action=view

Semoga kita terus diberi hidayah dan taufiq dari ALLAH subhanahu wata’ala, amin.

Selamat Berjaya Buat Calon SPM!

Pada hari ini, 11 NOVEMBER 2008 bermulalah ujian paling besar bagi sebahagian warga pelajar SAMHSB.  Sejumlah 100 orang calon yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SAMHSB sedang bergelut di dalam medan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ilmu dan pelajaran yang ditimba sepanjang 5 tahun yang lalu bakal diuji di atas beberapa helaian kertas peperiksaan selama tempoh sebulan.  Kertas terakhir adalah pada 5 DISEMBER 2008.  Untuk memuat turun jadual SPM, sila klik sini.

SPM adalah tanda ukur rasmi kepada pencapaian akademik mereka.  Dan keputusan SPM bakal memberi jawapan kepada masa depan mereka.  Samada cemerlang atau kurang cemerlang, sijil itulah yang bakal mereka bawa untuk memohon ke institusi pengajian tinggi, seterusnya ke medan pekerjaan.

Justeru, kami warga SAMHSB seluruhnya, yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan, para pelajar dan sudah tentu ibubapa sekalian akan terus-menerus berdoa untuk kejayaan mereka.

Wahai Tuhan Yang Maha Mengawal Segalanya, permudahkanlah mereka, janganlah Engkau sukarkan mereka.  Wahai Tuhan Yang Maha Menentukan Segalanya, Engkau kurniakanlah natijah yang baik hasil dari keputusan mereka.  Dan jadikanlah mereka dan kami semua hamba-hambaMU yang sabar, amin…

Mendengar amanat dan nasihat dari guru-guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Mendengar amanat dan nasihat dari guru-guru sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Guru-guru turut hadir memberi sokongan moral.

Guru-guru turut hadir memberi sokongan moral.

Memohon belas rahmat, hidayah dan taufiq dari Rabbal'alamin.

Memohon belas rahmat, hidayah dan taufiq dari ALLAH subhanahu wata'ala.

Arah Qiblat SAMHSB

  

 Arah Qiblat dari SAMHSB

Arah Qiblat dari SAMHSB

Kedudukan SAMHSB

Latitud:  3.0468    Longitud:  101.4379

Qiblat

Sudut:  292.62° N    Jarak:  6960 km

*Untuk mendapat maklumat berkenaan kedudukan dan arah qiblat tempat tuan/puan, sila berkunjung ke:  http://www.qiblalocator.com/

Karnival Kerjaya Peringkat Sekolah

 

Program Karnival Kerjaya Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 15 dan 16 OKTOBER 2008.  Tujuan utama diadakan program tersebut adalah bagi memberi kefahaman yang jelas akan jalan yang bakal ditempuhi oleh para pelajar tingkatan 3, setelah berjaya melepasi satu cabaran penting iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Program tersebut telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SAMHSB di bawah program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan).  Bukan sahaja pelajar tingkatan 3 SAMHSB telah mendapat manfaat dari program tersebut, malah sekumpulan pelajar dan guru dari SMK(P) Methodist, SMK ACS, SAMT Hisamuddin Kg Jawa turut dijemput untuk menghadirinya.

 

Pada 15 OKTOBER 2008, telah diadakan FORUM KERJAYA yang telah dibarisi oleh para panel jemputan yang mewakili bidang kejuruteraan, guaman dan pentadbiran.  Pengalaman dan nasihat dari ahli-ahli panel telah memberi para pelajar semangat untuk terus berjaya dalam akademik bagi memiliki kerjaya yang gemilang suatu hari nanti. 

Pada 16 OKTOBER 2008 pula, Bengkel Kesedaran Kerjaya yang dikelolakan oleh ARK Publication telah diadakan.  Di samping program di atas, pelbagai acara lain turut diadakan bagi memeriahkan lagi program dua hari tersebut.

 

Piagam Sekolah

Pelajar:

Memastikan bimbingan ke arah kecemerlangan kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah tercapai

Warga sekolah:

Menanamkan sikap kepunyaan dan penyayang di kalangan warga SAMHSB

Ibubapa / masyarakat:

Mewujudkan kerjasama dan hubungan mesra dengan ibubapa dan masyarakat

Negara:

Melaksanakan dengan sepenuhnya tanggungjawab memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara.