Karnival Kerjaya Peringkat Sekolah

 

Program Karnival Kerjaya Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 15 dan 16 OKTOBER 2008.  Tujuan utama diadakan program tersebut adalah bagi memberi kefahaman yang jelas akan jalan yang bakal ditempuhi oleh para pelajar tingkatan 3, setelah berjaya melepasi satu cabaran penting iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Program tersebut telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SAMHSB di bawah program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan).  Bukan sahaja pelajar tingkatan 3 SAMHSB telah mendapat manfaat dari program tersebut, malah sekumpulan pelajar dan guru dari SMK(P) Methodist, SMK ACS, SAMT Hisamuddin Kg Jawa turut dijemput untuk menghadirinya.

 

Pada 15 OKTOBER 2008, telah diadakan FORUM KERJAYA yang telah dibarisi oleh para panel jemputan yang mewakili bidang kejuruteraan, guaman dan pentadbiran.  Pengalaman dan nasihat dari ahli-ahli panel telah memberi para pelajar semangat untuk terus berjaya dalam akademik bagi memiliki kerjaya yang gemilang suatu hari nanti. 

Pada 16 OKTOBER 2008 pula, Bengkel Kesedaran Kerjaya yang dikelolakan oleh ARK Publication telah diadakan.  Di samping program di atas, pelbagai acara lain turut diadakan bagi memeriahkan lagi program dua hari tersebut.

 

5 Responses

  1. smOga rsUlt smA cmeRlg..
    foRm4 gEmpk!!!

  2. apsal minah tu acah2?

  3. salam, yarghhhhh sya sokong, plajr f4 memg sntiasa wat gempak,kpd roi jagn jealous r coz ko da lahir awl staun , btul x ustaz

  4. Salam,kepada form 2 aspuri semoga kalian berjaya di dalam pmr tahun hadapan 2009… AmIn…. FoRm 2 AsPuRi (reLeKs PuNyA)….

  5. adik2 semua… blaja tak abih takat spm je…tu baru starting….kat luar ni lagi mencabar dik oii…ilmu agama…lebih2 lagi la…biar lepasan sg bert ada identiti sendiri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: