PROGRAM MAJU DIRI

TARIKH  : 21-23 JANUARI 2009

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA SEKOLAH SAMHSB

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI

PESERTA : PELAJAR T2, T3, T5

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Program Merentas Desa telah diadakan pada 17 Januari 2009.  Alhamdulillah, program telah dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama guru-guru, para pelajar, malah telah mendapat kerjasama pihak PDRM untuk menjaga trafik di jalanraya.

Tahniah buat para pemenang yang telah berjaya memperolehi tempat yang membanggakan bagi menyumbang nilai markah kepada rumah sukan masing-masing.

KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2009
KATEGORI LELAKI B18
BIL NAMA PELAJAR TING. RUMAH
1 AHMAD FARIZ PETRA B. AMIROZ 5 HIJAU
2 MOHD HAZIM B. MUSTAFA 4 HIJAU
3 ZULKIFLI B. ROSTAM 4 KUNING
4 MOHD KAMIL B. SHAMSUDDIN 5 HIJAU
5 MOHD SYAZWAN B. MASDUKI 4 KUNING
KATEGORI LELAKI B15
BIL NAMA PELAJAR TING. RUMAH
1 MUHD KHAIRUL AKMAL OMAR 3 MERAH
2 AMINUL FAHMI B. ABDUL HAKIM 2 MERAH
3 AHMAD SALMAN B. BAHARUDDIN 3 BIRU
4 SHEEZAD SHAH FAISAL B. YUSNEE 3 MERAH
5 MUHD FAIZAL B. ZAMANI 3 BIRU
KATEGORI PEREMPUAN B18
BIL NAMA PELAJAR TING. RUMAH
1 NUR FARHANA SHAFIE 4.2 BIRU
2 NUR AISHAH ZAINUDDIN 4.2 KUNING
3 NUR NAJIHA ABD. GHANI 5.2 HIJAU
4 WAN NUR AZWIN WAN HARUN 4.3 KUNING
5 SITI MURNI NURDIN 4.3 KUNING
KATEGORI PEREMPUAN B15
BIL NAMA PELAJAR TING. RUMAH
1 NURUL IZZATI JUMADI 1 HIJAU
2 NUR KHAIRUNNISA 1 KUNING
3 SURYA NATASHA 1 KUNING
4 FAMIZA 1 MERAH
5 NADIA NABILA 1 HIJAU
    
KEPUTUSAN KEJOHANAN MERENTAS DESA:
JOHAN : MERAH
N. JOHAN : HIJAU
KETIGA : KUNING
KEEMPAT : BIRU

Berikut adalah beberapa rakaman gambar yang sempat diambil sekitar sehari program tersebut dijalankan:

Selamat Pengantin Baru Cikgu Md Norhan

Cikgu Norhan bersama isteri tercinta

Cikgu Norhan bersama isteri tercinta

Kami warga SAMHSB mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada Cikgu Norhan dan isteri.  Kami mendoakan agar kalian berdua berbahagia dan sejahtera.  Dan semoga rumahtangga yang dibina dipelihara ALLAH subhanahu wata’ala dengan rahmah dan hidayahNYA, amin.

Ceramah: Palestin dan Ummat ISLAM

palestin111

Seperti yang telah kita semua maklum, Palestin terutama di Ghazzah telah diserang dan dizalimi oleh pihak Zionist Israel.  Bagi memberi pencerahan akan situasi yang berlaku kepada para pelajar dan warga sekolah, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah menganjurkan ceramah berkenaan isu tersebut pada Jumaat, 16 Januari 2009.

Antara yang disentuh ialah:

  1. Keistimewaan Palestin di sisi ummat ISLAM
  2. Apa yang berlaku kini?
  3. Faktor ummat ISLAM di Palestin dizalimi, khususnya dan seluruh dunia umumnya.
  4. Peranan ummat ISLAM dalam isu tersebut.

Berikut disertakan slide show yg telah digunakan dalam ceramah tersebut untuk tuan/puan manfaatkan, insyaALLAH:

palestin-dan-ummat-islam (Powerpoint)

Kempen “Cintai Sekolah Ini” (CSI)

flyers-csi-11

PENDAHULUAN
 
Kempen Cintai sekolah ini menjadi permulaan kepada beberapa kempen yang dirancang oleh Unit Bimbingan Kaunseling. Kempen ini menjadi agenda awal sesi persekolahan supaya pelajar memperoleh maklumat yang jelas berkenaan iklim, budaya, disiplin dan undang-undang sekolah. Ia juga adalah salah satu medan membentuk kecintaan terhadap sekolah yang akhirnya diharapkan dapat memberikan natijah yang baik kepada individu pelajar seterusnya kepada sekolah.
 
OBJEKTIF
 
1.       Meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah / mengurangkan peratus pelajar ponteng
2.       Memberikan maklumat kepada pelajar megenai budaya dan iklim sekolah
3.       Mengingatkan semula undang-udang dan disiplin sekolah
4.       Memberikan pendedahan dan sebaran maklumat berkaitan kepentingan bersekolah/menuntut  ilmu
5.       Sebagai pendorong kecintaan terhadapsekolah dan persekolahan
 
TEMPOH MASA
JANUARI-FEBRUARI

(Disediakan oleh Cikgu Aizan)

Hari Pendaftaran dan Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2009

Pendaftaran:  7hb Jan/Rabu

Orientasi:  8hb-9hb Jan/Khamis-Jumaat

Bil pelajar terlibat:  140

Program anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama PIBG

Program di atas telah diadakan khas bagi menyambut kehadiran warga baru tingkatan 1 ke SAMHSB.  “Ahlan wa sahlan” diucapkan.  Kami warga SAMHSB berbesar hati menerima kedatangan kalian.  Semoga pembelajaran di SAMHSB dapat diteruskan dengan azam untuk mencapai kecemerlangan, insyaALLAH.

Bengkel Pengurusan Kelas

PERKARA

PROGRAM BENGKEL PENGURUSAN KELAS

TARIKH

10.01.2009

MASA

8.00 PAGI – 1.00 PETANG

TEMPAT

BILIK APD

KEHADIRAN

60 ORANG

PENGALAMAN

 

·          Kehadiran adalah melibatkan ketua kelas dan penolong ketua kelas.

·          Pembentangan berkaitan tanggung jawab dan peranan ketua dan penolong ketua kelas oleh Pn. Noraizan

·          Pembentangan berkaitan pengurusan kelas oleh Pn.Siti Zubaidah Bt. Thaha

·          Perbincangan guru kelas bersama ketua dan penolong kelas

·          Pembentangan ketua kelas hasil perbincangan dengan guru kelas.

 

REFLEKSI / TINDAKAN

 

·           Menceriakan kelas dalam tempoh 2 bulan