Kepedulian Kita Terhadap Palestin

Dipetik dari:

http://muzir.wordpress.com/2009/01/03/kepedulian-kita-terhadap-palestin/

 

111

Bumi ambia, Palestin menempatkan salah satu tempat suci ummat ISLAM di dalamnya iaitu Masjid al-Aqsa.  Firman ALLAH subhanahu wata’ala dalam surah al-Isra’, ayat 1:

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Malah, keutamaan masjid al-Aqsa di sisi ummat ISLAM telah disabdakan oleh Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam sebagaimana berikut:

“Tidak ditekankan ziarah (kunjungan) ke masjid-masjid kecuali pada ketiga masjid, yaitu masjidil Haram (Mekah), masjidil Aqsha (Baitul Maqdis), dan masjidku ini (Madinah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
 
“Solat di dalam masjid suci Al Masjid Al Haram (Mekah) diganjari 100,000 solat, satu solat di Masjidku (Madînah) diganjari 1,000 dan satu solat di Al Masjid Al Aqsa (Palestin) diganjari 500 solat lebih dari masjid-masjid lain.” (HR Bukhari)

Selain itu, ia juga pernah menjadi qiblat pertama ummat ISLAM sebelum ALLAH memerintahkan Nabi memalingkan qiblat ke arah masjidil Haram (Surah al-Baqarah, ayat 144).  Dan yang agak unik ialah masjidil Aqsa merupakan satu-satunya masjid yang telah dihimpunkan ALLAH subhanahu wata’ala akan para nabi pada satu masa.  Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam telah mengimamkan solat yang ahli jemaahnya terdiri dari sekalian para Nabi dan Rasul ‘alaihimus salam.  Peristiwa tersebut berlaku sebelum Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam diangkat naik bertemu ALLAH subhanahu wata’ala dalam isra’ mikraj.

Justeru, Palestin yang menempatkan masjid al-Aqsa seharusnya sangat dekat di sisi ummat ISLAM.

Kekeliruan antara masjidil-Aqsa & Qubbatus-sakhra.

Kita tidak dapat melawati masjid yang mulia itu kerana Palestin kini telah ditawan dan dirampas secara zalim oleh pihak Zionis.  Ummat ISLAM di Palestin sentiasa dihimpit kezaliman setiap hari.  Sudah lebih 60 tahun Zionis bermaharajalela mengambil tanah-tanah Palestin dengan direstui oleh kuasa-kuasa besar dunia yang didalangi oleh Amerika Syarikat.

palestin

Negara-negara ISLAM di seluruh dunia tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan Zionis Israel telah menjadi anak emas kemanjaan Amerika Syarikat.  Pelbagai usul dan bantahan yang disuarakan oleh negara-negara ummat ISLAM ditolak mentah-mentah di hampir setiap persidangan dunia.  Malah, genjatan-genjatan senjata yang dipersetujui bersama antara pihak Israel dan ummat ISLAM di Palestin selalu dikhianati oleh Zionis Israel.  Peliknya, ummat ISLAM Palestin selalu dipersalahkan bagi menghalalkan tindakan kejam Zionis Israel.

Di manakah negara-negara Arab?  Di manakah negara-negara ummat ISLAM?  Adakah mereka tidak prihatin akan nasib-nasib ummat ISLAM di Palestin?

Keprihatinan mereka sangat minima.  Malah, mungkin langsung tidak prihatin.  Di saat rakyat Palestin dibom bertalu-talu dengan serangan roket berpandu, sebahagian ummat ISLAM kita boleh bergembira dengan mercun dan bunga api menyambut Tahun Baru.  Telah hilangkah sifat kekitaan sesama ummat ISLAM?  Telah terhakiskah tali ukhwah Islamiyyah di dalam hati-hati kita?

israel_map

Kedudukan Palestin jika dilihat di dalam peta dunia, dikelilingi dek negara-negara ummat ISLAM yang banyak.  Sebahagian negara-negara ummat ISLAM ini telah dikurniai dengan kekayaan sumber alam. 

Bilangan rakyat wilayah Israel jika dibandingkan dengan ummat ISLAM keseluruhannya melebihi nisbah 3000:1.  Namun, bilangan yang ramai ini tidak dapat memadam keangkuhan Zionis Israel dalam terus menzalimi ummat ISLAM di Palestin. 

Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam bersabda:

“Dapat diperkirakan bahwa kamu akan diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang yang berebut melahap isi mangkok (makanan). Para sahabat bertanya, “Apakah saat itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Tidak, bahkan saat itu jumlah kalian banyak sekali tetapi seperti buih air bah (tidak berguna) dan kalian ditimpa penyakit wahan.” Mereka bertanya lagi, “Apa itu penyakit wahan, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kecintaan yang sangat kepada dunia dan takut mati.” (HR. Abu Dawud)

Apa peranan kita sebagai ummat ISLAM?

Kejauhan jarak tidak wajar menjauhkan hati2 kita dari memikirkan nasib ummat ISLAM di seluruh dunia yang diganyang dan disembelih semahu2nya oleh pihak yang zalim.  Jangan biarkan kekangan dan kesibukan yang ada dari melupakan terus nasib saudara2 kita di sana.  Mereka seharian dizalimi dengan pelbagai kezaliman.  Kasihanilah mereka, ambil pedulilah akan nasib mereka. 

Rakyat Palestin Telah Lama Menderita.  Prihatinkah Anda?

Antara yang boleh kita sebagai ummat ISLAM lakukan adalah:

  1. Berdoa kepada ALLAH akan keampunan dan bantuanNYA kepada ummat ISLAM di seluruh dunia, khususnya Palestin.
  2. Berqunut Nazilah kerana ia adalah sebahagian sunnah Rasulullah sallALLAHu ‘alaihi wasallam yang baginda lakukan tatkala ummat ISLAM dihimpit dengan kesusahan.
  3. Menyebarkan berita2 terkini dan lain2 berkaitan Palestin supaya ummat ISLAM di seluruh dunia sedar dan timbul rasa prihatin.
  4. Menyalurkan bantuan berbentuk kewangan, bekalan ubat2an dan lain2 melalui agensi yang boleh dipercayai (reliable).
  5. Jika berkemampuan, sertailah misi-misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh NGO-NGO.
  6. Mendesak pihak kerajaan agar membincangkan dengan serius isu ummat ISLAM, khususnya Palestin, bukan hanya ‘melepaskan batuk di tangga’.
  7. Menghisab diri dan mengembalikan diri kepada ajaran ALLAH dan Rasul sallALLAHU ‘alaihi wasallam.
  8. Tarbiah diri dan keluarga agar terus di atas jalan ALLAH.

Jika kita mampu lakukan lebih dari di atas, maka kurniaan dan ganjaran ALLAHlah selayak2nya diterima.  Sebaliknya, jika kita tak mampu melakukan semua, janganlah tinggalkan semua.

Jika ada yang berhasrat ingin menderma untuk ia disalurkan kepada rakyat Palestin, sila hulurkan sumbangan anda ke akaun berikut (sumber):

BIMB 12029010047880 ,

MayBank 562263010787

AMAN PALESTIN BERHAD

No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: +603 89267019
Fax: +603 89259963

9 Responses

  1. Dalam item 2 di atas. Ada disarankan kita agar berqunut Nazilah. Saya bertanya pelajar sewaktu kuliah maghrib semalam di surau, ramai tak tahu dan tak pernah dengar (barangkali semua).

    Apakah qunut Nazilah?
    Bagaimanakah kaedah hendak dilakukan qunut Nazilah?
    Lafadz do’anya bagaimana?

    Boleh baca secara ringkasnya di sini:
    http://muzir.wordpress.com/2009/01/08/qunut-nazilah/

  2. InsyaALLAH, warga SAMHSB yang prihatin akan nasib ummat ISLAM di seluruh dunia, khususnya Ghazzah (Gaza) yang kini dizalimi oleh Zionis Israel akan menghantar sejumlah kutipan kepada sahabat2 kita di Palestin melalui Aman Palestin Berhad.

    Kita akan lancarkan kutipan Jumaat depan (InsyaALLAH). Kemudian, rombongan kecil ke Aman Palestin Berhad yang terletak di Bangi akan kita lakukan bagi menyampaikan sumbangan derma hasil kutipan tersebut, insyaALLAH.

    Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua, amin…🙂

  3. sedih dan terpana dengan situasi di Gaza sekarang.byk2 doa utk mereka.
    “ya tuhanku aku sudah kehabisan bekalanku, kini aku mohon bantuanMu,aku serahkan diriku kepada Mu,aku yakin hanya Engkau yang bole menolongku dalam keadaan yang genting ini” doa Salahuddin

  4. pihak pibg ingin menyumbang..mungkin boleh diserahkan sekali..sebagai umat Islam sama-sama kita melakukan sesuatu sedaya mampu waima memboikot barangan Israel dan Amerika

  5. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SAMHSB yang telah menunjukkan rasa prihatin kalian dengan menyumbangkan sedikit dari apa yang dikurniakan ALLAH untuk rakyat Palestin.

    Kita alu2kan sumbangan PIBG. InsyaALLAH, boleh salurkan melalui Pengetua atau PK HEM.

    -Selingan-
    Saya tertarik dgn seorang pemain bolasepak profesional liga Sepanyol yang baru memeluk ISLAM, tetapi sumbangannya kepada ISLAM amat terserlah.

    Mungkin kisah beliau kita dapat contohi. Baca kisah beliau di:
    http://muzir.wordpress.com/2009/01/20/frederic-oumar-kanoute-menjulang-palestin/

  6. Kepada cikgushah jangan lupa buka tabung sumbangan Palestine kita masa mesy pibg 7hb nanti.

  7. Boleh tak cikgushah kita edarkan selawat nazilah kpd semua warga sekolah kita.boleh di baca sama2.

  8. Alhamdulilah sekurang-kurangnya SAM Hisamuddin tidak ketinggalan dalam usaha membantu saudara di Palestin.

    Walau sedikit..wahai warga Hisamuddin sekalian marilah kita hulurkan bantuan semampu kita.Sebarkan kepada keluarga dan sanak saudara bahawa kita pun mengumpul tabung dana untuk Palestin.

    Lepas cuti nanti mudahan2 tabung kita bertambah..boleh kita hantar kepada yang memerlukan segera.

  9. Jangan kita lupa berdo’a untuk saudara2 kita di Ghazzah, Palestin. Teruskan… Selagi Palestin tidak bebas dari cengkaman Zionist, selagi itu perjuangan ummat ISLAM terus diperlukan.

    Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    “Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan orang-orang Yahudi. Kaum muslimin membunuh mereka dan mereka bersembunyi di balik batu dan pohon-pohonan. Lalu batu dan pohon-pohon berkata, “Wahai kaum muslimin, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakang saya. Mari bunuhlah dia.” Kecuali pohon “Gharqad” yang tumbuh di Baitil Maqdis. Itu adalah pohon orang-orang Yahudi.” (HR. Ahmad)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: