Persembahan oleh Kump Nasyid SAMHSB

Persembahan nasyid di atas telah diadakan pada 7/2/09 di Dewan Angsana SAMHSB sempena Mesyuarat Agong Tahunan PIBG. 

(Utk menonton video Youtube dgn lancar, sila klik ‘PLAY’ dan klik lagi sekali untuk ‘PAUSE’.  Apabila tanda merah sudah menghampiri garisan akhir, boleh klik semula ‘PLAY’.  Langkah ini dapat mengelakkan dari video tersekat2, terutama buat pengguna internet yang berkelajuan rendah)

Mesyuarat Agong Tahunan PIBG

Pada 7 Februari 2009, PIBG Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sg Bertih (SAMHSB) telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan PIBG di Dewan Angsana.  Kehadiran ibubapa sangat menggalakkan sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah dalam sama-sama membangun jiwa insan dalam diri para pelajar SAMHSB.

Program PIBG telah bermula seawal 8.30 pagi yang dimulakan dengan Ceramah Keibubapaan dan diikuti oleh Mesyuarat Agong Tahunan PIBG pada jam 9.30 pagi.  Program tersebut telah tamat pada jam 1.00 tengahari.

Berikut adalah beberapa suasana yang sempat dirakam pada hari tersebut: