Warga SAMHSB kutip RM4,000 untuk Rakyat Palestin

Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH.

Lanjutan dari program ceramah PALESTIN dan UMMAT ISLAM yang telah diadakan pada 16 Januari 2009 anjuran BADAR yang lalu, satu kempen kutipan derma untuk disalurkan kepada rakyat Palestin telah dilancarkan.  Ia sebagai tanda prihatin dan semangat ukhwah Islamiah di kalangan kita ummat ISLAM, khususnya warga SAMHSB terhadap nasib ummat ISLAM di Palestin.

Kutipan derma telah diadakan selama 2 minggu, iaitu bermula 26 Januari 2009 hingga 6 Februari 2009.  Kutipan telah dibuat di kalangan warga pendidik, kakitangan dan pelajar SAMHSB.  Melihatkan sambutan dari para pelajar telah mendatangkan rasa terharu di kalangan kami, guru2 BADAR, alhamdulillah.

Sejumlah RM4,000 telah berjaya dikutip, iaitu:

  • Warga SAMHSB = RM2024.00 (dari 26/1/09 – 6/2/09)
  • Sumbangan PIBG = RM1,000.00 (pada 6/2/09)
  • ‘Kutipan kilat’ dari ibubapa ketika mesyuarat Agong PIBG = RM976.00 (pada 6/2/09)
aman-palestin2
Jumaat, 13 Feb 2009

Satu upacara ringkas telah diadakan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 bagi menyerahkan kutipan tersebut.  Wakil Aman Palestin, Ustadz Fauzi Asmuin telah sudi meluangkan masa hadir ke sekolah seawal jam 7.30 pagi bagi memberikan sedikit ucapan dan tadzkirah berkenaan Palestin.  Kutipan telah disampaikan oleh Pengetua sekolah, iaitu Pn Siti Zubaidah binti Ahmad.

Semoga usaha kita semua dikira sebagai hasanah di sisiNYA, amin.