Warga SAMHSB kutip RM4,000 untuk Rakyat Palestin

Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH.

Lanjutan dari program ceramah PALESTIN dan UMMAT ISLAM yang telah diadakan pada 16 Januari 2009 anjuran BADAR yang lalu, satu kempen kutipan derma untuk disalurkan kepada rakyat Palestin telah dilancarkan.  Ia sebagai tanda prihatin dan semangat ukhwah Islamiah di kalangan kita ummat ISLAM, khususnya warga SAMHSB terhadap nasib ummat ISLAM di Palestin.

Kutipan derma telah diadakan selama 2 minggu, iaitu bermula 26 Januari 2009 hingga 6 Februari 2009.  Kutipan telah dibuat di kalangan warga pendidik, kakitangan dan pelajar SAMHSB.  Melihatkan sambutan dari para pelajar telah mendatangkan rasa terharu di kalangan kami, guru2 BADAR, alhamdulillah.

Sejumlah RM4,000 telah berjaya dikutip, iaitu:

  • Warga SAMHSB = RM2024.00 (dari 26/1/09 – 6/2/09)
  • Sumbangan PIBG = RM1,000.00 (pada 6/2/09)
  • ‘Kutipan kilat’ dari ibubapa ketika mesyuarat Agong PIBG = RM976.00 (pada 6/2/09)
aman-palestin2

Jumaat, 13 Feb 2009

Satu upacara ringkas telah diadakan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 bagi menyerahkan kutipan tersebut.  Wakil Aman Palestin, Ustadz Fauzi Asmuin telah sudi meluangkan masa hadir ke sekolah seawal jam 7.30 pagi bagi memberikan sedikit ucapan dan tadzkirah berkenaan Palestin.  Kutipan telah disampaikan oleh Pengetua sekolah, iaitu Pn Siti Zubaidah binti Ahmad.

Semoga usaha kita semua dikira sebagai hasanah di sisiNYA, amin.

8 Responses

  1. syukur alhamdulillah..
    harap2 duit smbgn itu akn smpi ke tgn saudra2 kite di sana..
    insyaallah..

  2. Syukur alhamdulillah…
    Satu jumlah kutipan yang amat memberangsangkan sekali. Terima kasih kepada semua warga SAMHSB & PIBG atas sokongan derma yang telah diberikan…Inilah satu tanda keprihtinan kita terhdp saudara-saudara, umat ISLAM yang menderita di bumi Palestine sana..

  3. Saya mohon maaf kepada sebahagian naqib dan naqibah kerana tak dapat membawa kalian ke pejabat Aman Palestin seperti yang telah kita rancangkan.

    Apapun, semoga ALLAH memberkati usaha2 kita, amin.
    🙂

  4. syukur..syukur…syukur….dana yg dikumpul moga dapat menambah lagi keberkatan insan2 di bumi sg bertih…teruskan memperjuang agama allah

  5. alhamdulillah..smoge dpt menaikkn semangat perjuangan pelajar samhsb..

  6. bkn skdr wang yg perlu diberi..
    iringkan lah doa disetiap solat yg kta tunaikan..
    mereka perlukan bantuan kta..
    bantulah mereka wlaupn kta jauh
    semoga allah s.w.t merahmati hidup kta..
    amin..

  7. huhuhu…first time comment kt skol website…hahaha =p

  8. sedih la banyak cikgu2 dh tukar ke skola lain…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: