20,000 Rakyat Amerika Memeluk ISLAM Setiap Tahun

ISLAM telah menjadi agama paling cepat berkembang di benua Amerika dan Eropah.  Malah, dunia telah menyaksikan bahawa kadar peningkatannya yang tinggi telah berlaku di mana-mana.  Tatkala ISLAM dituduh sebagai agama yang menggalakkan keganasan, agama yang menekan wanita, agama yang kolot, agama yang ekstrim, agama yang menolak kemajuan dan 1001 tuduhan yang tidak berasas; ISLAM telah menjadi agama pilihan bagi ummat di sebelah benua Amerika dan Eropah.  Pelik kan?

Video di bawah memaparkan laporan BBC bahawa di Amerika, seramai 20,000 rakyatnya memeluk ISLAM setiap tahun.  Video telah dipetik dari http://wechooseislam.wordpress.com/2007/07/30/20000-new-converts-each-year-in-america-nbc-news/ (sila klik). 

Kenapa ISLAM diterima oleh mereka??

Ummat barat tertanya-tanya.  Benarkah apa yang dituduh oleh media bahawa ISLAM itu dan ini.  Justeru, mereka telah bertanya dengan sebahagian ummat ISLAM.  Malah, ada yang mula membuka lembaran al-Quran dan al-Hadith untuk mencari jawapan kepada persoalan mereka.

Mereka tidak menjumpai unsur2 keganasan di dalamnya.  Malah, mesej2 ketuhanan dan kemanusiaan penuh terbaris di dalam lembaran2 suci al-Quran dan al-Hadith.  Mereka tertarik dengan ayat-ayat ALLAH yang penuh dengan kemuliaan.  Mereka berasa tenang dengan mesej2 indah di dalamnya.  Inilah antara punca kenapa mereka ingin kembali kepada fitrah iaitu mengakui keesaan ALLAH.  Mereka telah bersaksi bahawa  “Tiada Tuhan melainkan ALLAH, Muhammad Pesuruh ALLAH”.

Justeru, kita ummat ISLAM yang sudah sedia muslim ini tidak wajar meletakkan al-Quran dan as-Sunnah ke tepi.  Kebenaran jelas ada pada dua sumber yang mulia ini.  Ia menjadi pembeza antara haq dan batil.  Ia menyediakan pedoman dan sistem hidup yang lengkap.  Ia memberikan kita berita gembira jika kita patuh kepada perintahNYA.  Dan berita ancaman jika kita engkar kepada suruhanNYA.

Jangan kita menjadi manusia yang menongkah arus kebenaran.  Tatkala manusia berbondong2 ingin kembali kepada ISLAM, ada pula sebahagian ummat ISLAM ingin memilih jalan hidup yang bukan Islami. 

Pelajar-pelajar SAMHSB adalah merupakan antara golongan manusia yang mempunyai potensi sebagai penegak addin.  Sesuai dengan matlamat penubuhan SAMHSB dan kurikulum tambahannya, pelajar-pelajar bakal menjadi kumpulan manusia yang membela ISLAM. 

Istiqamahlah kalian dengan ISLAM.  Hiaskanlah akhlaq kalian dengan akhlaq mulia seumpama Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Kuatkan jatidiri.  Genggamkan al-Quran dan as-Sunnah sekuat mungkin umpama kuat geraham mencengkam.  Kalian bakal menjadi manusia terbaik, sekiranya al-Quran dan as-Sunnah menjadi bekalan dan pedoman sepanjang hidup.

ISLAM itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM!

3 Responses

  1. 100% absolutely true.

  2. Dlm link di atas terdapat byk kisah mengenai revert to Islam. Pada kisah2 tersebut ada pengajaran dan motivasi yang boleh kita perolehi, insyaALLAH.

    Sila lawati:
    http://www.wechooseislam.wordpress.com

  3. Assalamualaikum.
    Benar sekali, saya memang setuju dengan post kali ni. Umat Islam di seluruh dunia bertambah setiap hari lebih2 lagi di negara Barat. Segala tohmahan buruk yang dikenakan atas agama Islam terus dikupas dan terbukti tidak benar sama sekali.

    Lebih banyak mereka mendalami Islam, lebih yakin mereka terhadapat kemurniaan, kesyumulan agama Islam. Media barat yang sentiasa memburukkan Islam dan regim Zionis di Palestin telah membuktikan niat jahat Barat.

    Saya amat bimbing dengan perlakuan dan sikap pelajar sekolah Agama yang kadang2 tidak begitu menonjolkan akhlak2 al-Quran. Seperti kata penulis, kita sebagai penegak addeen seharusnya terus memilih jalan Islam dan terus membela Islam.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: