Video Lagu Sekolah

(Seperti biasa, untuk mendapatkan paparan video yang lancar, klik pada butang ‘PLAY’ dan klik pada butang sama untuk ‘PAUSE’.  Biarkan tanda merah berjalan dahulu sehingga ke hadapan.  Kemudian, tekan ‘PLAY’ semula.  InsyaALLAH, paparan akan lebih lancar.) – Nasihat ini hanya untuk yang menggunakan talian internet yang berkelajuan rendah.

Spelling when adding “-ing”

Is the word runing or runningIs it coming or comming?  Do you know how to spell them?  Is there an easy way to know?  Yes, there is.  I will tell you some rules.

First of all, do you know what a vowel is?  They are the letters A, E, I, O, and U.

Do you know what a consonant is?  They are all of the letters except vowels.  B, C, D, F, etc.

 

  • Rule 1  If a word ends with a vowel and a consonant, you should double the consonant (make another one) before adding -ing. 
    • Here is an example…  run.  U is a vowel, N is a consonant.  There is only one syllable.  So the spelling is running.  Also look at the word stop.  O is a vowel and P is a consonant.  So the spelling is stopping.
  • Rule 2  If a word ends with an -e, like the word come, take off the -e and add -ing.  The word becomes coming.

  • Rule 3 If the word ends with two vowels and a consonant, like clean, do not double the last letter.  Just add -ing.  The new word is cleaning.

  • Rule 4  How about a word that ends with two consonants like help?  Just add -ing.  The word becomes helping.

  • Rule 5  If a word ends with a -y, like play, just add -ing.  The word becomes playing.

  • Rule 6  If a word ends with -ie, like die, change the ie to y and add -ing.  The new word becomes dying.

So the only words that have special changes are words that match rule # 1 and # 6.  For everything else, just add -ing.

 

Questions

Test your new knowledge.  Add -ing to the word. 

1.  love        

 

2.  fly       

3.  walk       

4.  plan       

5. work       

6.  cook       

7.  rain       

8.  drum       

9.  smile       

10. stay       

 

(Contributed by Teacher Radhiah)

Capitalization

How do you know when to use a capital letter?  Here are some rules.

 

  • 1.  The beginning of sentences- 

Where is he?  He’s at the store.

 

  • 2.  When you talk about yourself use capital I, not i.
  • 3.  Names- 

Nancy Smith

  • 4.  Cities, States, Provinces, Countries, Continents and Geographical Areas-

Vancouver, British Columbia, Canada, North America, Pacific Ocean, Amazon River

  • 5.  Titles- 

Mr. Johnson, Miss Lee, Dr. Jones, Ambassador Jung

  • 6.  Languages and Nationalities- 

Mexican, French, Russian

  • 7.  Days and Months- 

Thursday, March 13

  • 8.  Schools- 

Boise High SchoolColorado State University (CSU)

Also capitalize names of religions, school courses (History,) streets, buildings, and parks.

 

 

 

Now you try…

Rewrite the following paragraph using capital letters where they are needed.  See the answers below.

i want to tell you about my professor, dr. lawrence cochran.  he lives in los angeles and works at ucla.  on monday, june 13 he will fly to cairo, egypt and visit the nile river.  he can speak arabic and his wife is egyptian.

 

Answers to Paragraph

I want to tell you about my professor, Dr. Lawrence Cochran. He lives in Los Angeles and works at UCLA. On Monday, June 13 he will fly to Cairo, Egypt and visit the Nile River. He can speak Arabic and his wife is Egyptian. 

(Contributed by Teacher Radhiah)

Tahniah Nik Madihah: Awasi Dunia Barumu

Tahniah Nik Madihah :

Awasi Dunia Barumu

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Tahniah kepada adik Nik Nur Madihah atas kejayaannya menempa sejarah pendidikan negara dengan pencapaian 20 A. 19 1A, dan 1 2A. Bagi individu berlatarbelakangkan agama seperti saya, kejayaan ini lebih manis apabila datang dari seorang muslimah yang sempurna penutupan aurat dan bersekolah agama. Lebih manis lagi apabila ia lahir dari sebuah keluarga yang tidak berada dari sudut kebendaan, tidak pula dilimpahi kemudahan-kemudahan tambahan seperti tuisyen dan lainnya.

Inilah yang dinamakan dakwah bil hal, iaitu satu bentuk teladan dan ajakan kepada kebaikan melalui pencapaian dan teladan hasil kejayaan dan perlakuan diri, bukan melalui percakapan atau tulisan. Benar, hampir seluruh Malaysia menumpu kepada beliau, dan tabiat manusia khususnya orang Malaysia adalah ingin mengetahui ‘rahsia’ kejayaannya. Lebih biasa kita dengar adalah cuba mendapatkan jalan pendek kepada kejayaan yang sama. Kasihan juga memikirkan minda sebahagian muslim yang inginkan kejayaan tetapi melalui rahsia tertentu, ayat Al-Quran tertentu, doa khusus dengan ‘power’ tertentu dan lainnya, dengan harapan semua itu akan memberi satu kuasa luar biasa walaupun tanpa susah payah usaha, mereka cuba mengelak dari jalan sukar dan panjang. Ia adalah satu minda yang songsang kerana semua kejayaan melalui jalan pendek adalah tiada kukuh asasnya atau HAMPIR SEMUANYA diperolehi dengan jalan korup dan salah.

Apa yang lebih menarik pihak media massa dalam kisah adik Nik Madihah, bukan sekadar kejayaannya tetapi juga ketabahannya mengharungi pembelajaran dalam suasana serba kekurangan harta benda yang kerap dijadikan ukuran kebolehjayaan seseorang. Jelas, limpahan kebendaan bukanlah satu kewajiban untuk mencatat kejayaan cemerlang.

madihah1.jpg

 

IBADAH DAN KEJAYAAN

Kenyataan Nik Nur Madihah yang berterus terang berkenaan kebiasaannya berpuasa Isnin Khamis turut memberikan impak positif kepada ibadah puasa yang adakalanya dilihat serong oleh manusia bertuhan aqal (mereka adalah kumpulan sekular), yang sering mendakwa puasa boleh membantutkan prestasi pelajaran dan kerja kerana keletihan dan tidak bermaya.

Tudung labuhnya tidak menutup mindanya dari cerdas sebagaimana anggapan dan tuduhan sebahagian wanita moden yang amat membenci pakaian Islam ini. Bibirnya tidak perlukan warnaan merah lipstick, matanya tidak perlukan eyeshadow warna abdomen langau yang kehijauan dan pipinya tidak perlukan blusher merah agar dilihat bijak. Semuanya natural. Beliau juga tidak perlukan skirt pendek bagi menampaknya kecekapan mindanya.

Mujurlah adik Nik tidak memaklumkan berkenaan ibadah solat malam dan tahajjudnya. Jika tidak tentunya bekas pemimpin dan pemimpin yang pernah ‘membantai’ solat malam dengan hujjah ia memundurkan prestasi pelajar akan seolah-olah ditampar kiri kanan serta terkena jurus ‘flying kick’ di perut.

 

 

madihah2.jpg

 

 

CABARAN MENGEKAL KEJAYAAN

Erti kejayaan amat luas dan subjektif, sebagai umat Islam kita wajib melihatnya dari perspektif keagamaan terlebih dahulu sebelum tenggelam dengan takrifan dan definisi kejayaan dari kacamata kebendaan. Namun saya tidak ingin memanjangkan takrif dan erti tersebut di dalam artikel ini.

Apapun saya ingin merakamkan tahniah kepada adik Nik Nur Madihah dan para pelajar lain yang berjaya menempa kecemerlangan dalam peperiksaan SPM mereka.

Namun beringat-ingatlah, pengalaman saya mengambil SPM di awal tahun 1990 an, dan melihat kejayaan mereka yang cemerlang dalam peperiksaan SPM memperlihatkan satu gambaran dan analisa yang berbeza-beza.

Tidak sedikit pelajar yang menyapu bersih 1A dalam semua atau majoriti matapelajaran tetapi tewas dan jatuh terjelepok semasa kehidupan di universiti. Puncanya sangat pelbagai namun asasnya adalah akibat lemah jatidiri hingga ‘cair’ dengan alam universiti yang lebih bebas berbanding sekolah. Satu alam yang menguji proses kebijaksanaan seseorang dalam menentukan hala tuju kehidupan dan ujian membuat banyak keputusan. Ramai juga yang gagal, lalu kejayaan SPM mereka hanya tinggal sebagai satu kenangan manis. Selepas keluar dari univeristi mereka bukan lagi individu teladan dan kebanggaan agama dan negara, mereka hanya orang biasa, malah mungkin duduk pun sebaris dengan individu yang gagal di dalam SPM mereka.

Tanpa mengira lokasi universiti, sama ada di dalam atau luar negeri, pokok pangkal kelangsungan kejayaan adalah terletak pada hati dan diri sendiri. Ramai yang berbangga apabila dapat melanjutkan pelajaran ijazah pertama ke luar negara, namun pulangnya tidak seperti manusia. Rambut kusut masai lagak penyanyi rock, pakaiannya berkiblatkan barat, hati dan minda menggengam erat ideologi barat, percampuran bebas dianggap bertamadun, duduk serumah lelaki dan perempuan bujang dianggap ‘bagus’ serta jimat. Bukan semua berambut panjang salah, memang benar ia terletak kepada niat dan pelbagai faktor lain (antaranya jimat budjet) namun point yang ingin saya tegaskan di sini adalah terdapat ramai yang penampilan luarannya sengaja diniat menyamai barat hasil kekagumannya kepada negara itu.

Lebih malang, dara dan terunanya sudah lama mengucapkan selamat tinggal. Akibat kelemasan dengan cara hidup masyarakat Barat, dirasakan cara hidup ini sebagai mulia dan terkehadapan. Kasihan melihat pelajar-pelajar cemerlang SPM seperti ini, mereka dibiayai oleh kerajaan Malaysia hasil wang masyarakat Malaysia atas kejayaan aqal mereka, namun rupanya aqal mereka HANYA BIJAK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN, tetapi tidak bijak menangani persoalan kehidupan realiti, tidak bijak membuat keputusan mungkin kerana tiadanya ‘silibus khusus yang dibocorkan oleh guru’. Kegagalan ini adalah hasil dari hati yang gersang dan kering dari panduan Ilahi.

MINDA ROBOT AKAN KARAT

Itu jika dilihat dari aspek kegamaan, namun bukan sekadar itu sahaja. Pengalaman saya mengendalikan banyak interview, demikian juga hasil maklumat dari rakan-rakan di industri kewangan di Malaysia, juga adik beradik saya yang kini banyak mengendalikan temuduga kerja di syarikat masing-masing. Dapat saya kumpulan kesimpulan bahawa, keputusan 3.5 hingga 4.0  CGPA di univeristi juga tidak menjamin kemampuan dan bakat graduan.

Saya telah pernah menuliskan sekelumit panduan semasa temuduga, satu proses ujian yang kerap mendedahkan kekeringan bakat dan minda calon, walaupun dahulunya ia seorang cemerlang SPM, juga top scorer di Universiti.

Bukanlah niat saya menghilangkan motivasi pelajar untuk mencapai keputusan mantap lagi cemerlang. Ia satu kewajiban dan tuntutan, tetapi aspek kecerlangannya perlu diluaskan lagi. Menjadi seorang mat atau minah buku di universiti adalah teknik mudah untuk menjadi graduan berminda robot, cepat pula tarikh expirednya. Bijak-bijaklah mengatur urus pengajian di universiti, jangan menjadi ulat buku berminda robot yang amat mudah outdated dari dunia realiti, akhirnya menjadi computer buruk berharga murah.

Bagi menjadi minda manusia cemerlang, pelajar cemerlang wajib membuka minda dan terlibat dalam banyak masalah sama ada persatuan, dakwah dan aktviti di universiti. Semakin banyak dan pelbagai masalah yang menyerang semasa di universiti lalu dia mampu melepasinya, KIAN TINGGILAH antibodi diri.

Peratusan untuk menjadi seorang yang kebal, berpasak kukuh, berminda komputer yang sentiasa updated dan menjadi idaman setiap institusi dan syarikat akan semakin CERAH. Lebih dari itu, andalah cahaya baru buat kebangkitan agama dan pengemudian hala tuju masyarakat. Saya bukan bercakap kosong, tetapi hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Sebenarnya telah ramai yang berjaya dan ramai juga yang saya kenali. Jalan mereka hampir serupa cuma belum dan tidak dibukukan untuk tatapan ramai.

Nasihat saya buat Nik Nur Madihah dan pelajar-pelajar lain yang mencatat kejayaan SPM, sama ada anda memilih UK, Jordan, Mesir, Malaysia atau di mana negara pun, jalan kejayaan masih jauh. Hempasan ombak cabaran dalam membuat keputusan masih belum melanda. Bersedialah, dan gariskan awal-awal hala tuju kejayaan diri. Beristisyarlah (bertanya dan bermesyuarat) dengan individu yang mempunyai hikmah dan pengalaman, sesungguhnya kejayaan melalui pengalaman itu suatu realiti, sedangkan kejayaan peperiksaan bertulis hanya teori.

Akhirnya, khas buat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, selamat datang ke dunia barumu. Awasilah ia dengan minda dan hati yang sedar. Segala jenis syaitan sedang menunggumu di kiri kanan, depan dan belakang. Kenalilah segera mana syaitan dan mana Malaikat. Semuanya sudah tercatat di dalam Al-Kitab dan Khazanah Nabi dan sahabat.

Sesiapa yang tinggal berhampiran dengan rumahnya, amat saya hargai jika dapat diprint artikel ini dan disampaikan kepada beliau.

Salam ikhlas perjuangan dari saya.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

20 Mac 2009

23 Rabi’ulawwal 1430

Dipetik dari: 

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=814&Itemid=72

Akhlaq Mulia Pelajar SAMHSB

Berikut adalah catatan seorang penceramah yang datang ke sekolah kita tahun lepas.  Sila baca untuk diambil pengajaran:

SAM Hishamuddin 

Beberapa minggu lalu saya telah dijemput oleh Puan Siti, guru kaunseling Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Sungai Bertih Klang untuk memberikan ceramah ringkas kepada pelajar tingkatan 1. Ceramah ini adalah berkenaan pembinaan sahsiah cemerlang.

Sesi ceramah itu adalah biasa sahaja bagi saya. Namun satu perkara yang amat menarik hati saya mengenai sekolah ini ialah semasa saya tiba ke sana. Disebabkan sekolah ini terletak di Klang, saya keluar rumah seawal 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Saya tiba ke kawasan sekolah pada pukul 7.15 pagi. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, saya meletakkan kereta saya di tempat letak kereta di hadapan kawasan sekolah. Saya keluar dan berdiri di sisi kereta saya sambil memerhatikan gelagat pelajar. Ketika itu pelajar tingkatan 3 sedang bersedia untuk masuk dewan peperiksaan.

Setelah saya berdiri lebih kurang 5 minit, tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki datang menghampiri saya. Dia masih menyandang beg sekolah yang bermakna dia baru tiba dan dalam perjalanan masuk ke kelas. Dia juga memang sengaja berjalan ke arah saya kerana di tempat saya berdiri itu bukanlah laluan untuk pelajar ke kelas. Pelajar ini berkata, “Assalamualaikum Encik…”

“Waalaikumsalam warahmatullah..” jawab saya.

“Boleh saya bantu Encik…? Encik ada hendak cari sesiapa?” Tanya pelajar lelaki tersebut dengan nada yang sangat sopan dan merendah diri.

Saya tersenyum. Sepanjang pengalaman saya beberapa tahun pergi ke sekolah, kolej dan universiti, inilah kali pertama ada pelajar yang datang menegur pelawat yang datang untuk memberi bantuan. Saya menjawab,

“Tak apa dik, saya tengah tunggu nak jumpa Cikgu Siti. Cikgu Siti akan datang ke sini sekejap lagi.”

Pelajar lelaki ini menganggukkan kepala sambil tunduk dan berkata, “Assalamualaikum.” Lalu dia bergegas menuju ke kelas.

Saya begitu gembira dan kagum dengan kelakuan ini hingga saya terlupa untuk bertanyakan nama dan umurnya. Rasa bangga juga memenuhi diri saya kerana pelajar ini datang daripada sekolah agama dan apa yang baru dilakukannya benar-benar mencerminkan keindahan adab dan budaya seorang muslim sejati. Hati saya tidak henti-henti memuji pelajar ini.

Dalam masa yang sama, saya percaya semua guru dan pihak pentadbiran sekolah ini juga harus diberi pujian yang tinggi. Sikap yang ditunjukkan oleh pelajar tadi adalah sesuatu yang sukar diajar. Bagi saya ia cuma boleh diajarkan dengan berkesan jika sikap itu diamalkan dengan meluas di sesebuah sekolah. Saya percaya pihak pentadbiran sekolah termasuk pengetua dan guru-guru telah berjaya mewujudkan suasana yang menggalakkan amalan baik dan adab-adab muslim sejati seperti ini.

Sekalung tahniah sekali lagi kepada pelajar yang tidak sempat saya tanyakan nama ini. Semoga sikap, kelakuan dan adab beliau menjadi contoh kepada semua pelajar di negara kita ini.

Dipetik dari:

http://www.motivasibelajar.com/fikir/sejenak-bersama-pelajar-sekolah-agama-menengah-hishamuddin-klang-selangor.html

CINTA dan IKUT Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Masjid Nabi, Madinah

 

 

Alhamdulillah.  Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.  Amma ba’d.

Minggu lepas, di mana-mana pun masyarakat Muslim di seluruh dunia menyambut MaulidurRasul.  MaulidurRasul disambut bagi memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. 

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ berkenaan tarikh sebenar kelahiran insan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, namun rata-rata masyarakat kita telah menerima bahawa 12 Rabi’ul awwal merupakan tarikh maulidnya Baginda. 

Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa tarikh kelahiran Nabi Muhammad sallAllahu ’alaihi wasallam adalah pada hari Isnin 9 Rabi’ulawwal tahun pertama peristiwa gajah.  Ia juga bersamaan 20 atau 22 April 571 (M). 

Sebahagian ulama’ ada yang mengatakan menyambut maulid ar-Rasul harus, ada juga yang mengatakan ia bid’ah.  Namun, saya lebih cenderung untuk tidak meraikannya.  Kerana Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak pernah menyuruh kita menyambutnya, dan malah para sahabat Baginda radhiAllahu ‘anhum ajmain juga tidak meraikannya.  Namun, jika masyarakat di sini meraikannya dengan mengadakan ceramah dan kuliah maulidurRasul, saya juga turut hadir untuk mendapat peluang refresh sejarah kehidupan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada sambutan maulidurRasul yang disambut, insyaALLAH.

Apa yang lebih utama dari menyambut hari kelahiran Baginda s.a.w sebenarnya ialah untuk kita menerapkan rasa cinta dan ikut sunnah Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Bahkan, syarak telah menetapkan bahawa mencintai Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah sebahagian kewajipan seorang muslim.

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintaiku lebih daripada ibubapa, anaknya dan seluruh ummat manusia.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dipilih ALLAH subhanahu wata’ala sebagai Pesuruh dan KekasihNYA.  Kita sebagai muslim wajib mencintai insan yang paling dicintai dan diredhai ALLAH.  Inilah peringkat cinta yang tertinggi di kalangan makhluq. 

Betapa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah berkorban dan menghadapi pelbagai dugaan dalam berjuang untuk menyampaikan nikmat ISLAM dan IMAN yang kita perolehi saat ini.

Baginda pernah dipukul, disakiti, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya.  Namun, Baginda tetap tidak berganjak dari misi menyampaikan wahyu kepada kita semua.

Sanggupkah kita melalui perkara yang sama seperti Rasulullah?!  Banyak benar telah Baginda s.a.w lakukan untuk kami.  Oh, Rasulullah…kami cinta padamu!!

Ungkapan cinta tidak memadai untuk kita menunjukkan rasa cinta kepada Baginda.  Malah cinta sahaja tidak mencukupi.  Kita mesti menerapkan al-hub wal-ittiba’ iaitu cinta dan ikut.  Sebagai seorang muslim sejati, mencintai Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam perlu disertai dengan ikut sunnah yang Baginda s.a.w tinggalkan.

Jika sekadar cinta tetapi tidak ikut, samalah kita macam Abu Talib yang mencintai Nabi s.a.w sehingga kematian beliau.  Tetapi sayang sekali, seruan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak mahu diterimanya.  Sikap seperti ini ramai dimiliki oleh ahli masyarakat.  Mereka mempunyai rasa cinta kepada Nabi s.a.w.  Mereka marah dan berang apabila ada pihak mengutuk, mengejek, mengkeji, mengkartunkan dan memperlekehkan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Sedihnya, dalam masa yang sama mereka tidak pula menurut perintah2 ALLAH melalui seruan Baginda s.a.w.   

Jika sekadar ikut dan tidak cinta pula, samalah kita dengan para munafiqun yang berlegar-legar di sekeliling Nabi s.a.w.  Mereka ikut Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam, malah melakukan beberapa sunnah, tetapi di dalam hati mereka tidak mencintai pun Nabi s.a.w, malah mempunyai niat buruk kepada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Bagaimana cara kita meluahkan rasa cinta kita kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam?

1.  Kenali Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam

Kisah-kisah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang kita pelajari sejak di bangku sekolah sepatutnya telah menjadikan kita mengenali peribadi Baginda s.a.w.  Daripada kisah2 tersebut, banyak yang telah kita ketahui betapa pengorbanan dan perjuangan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam untuk menyampaikan seruan ALLAH subhanahu wata’ala sangat berar kepada kita. 

Dengan mengenali kisah Nabi s.a.w, pasti akan terbit rasa cinta.  Orang kata, “Tak kenal, maka tak cinta”.  Jadi, untuk menerbitkan rasa cinta, kita perlu menyelidiki sifat dan sejarah Baginda s.a.w.  Kenalilah Nabi s.a.w.  InsyaALLAH, melalui buku-buku, ceramah, kuliah dan lain2 sumber banyak boleh didapati.  Dalam ceramah-ceramah maulidurRasul juga dapat kita ambil manfaat untuk refresh apa yang kita lupa dan mengambil ilmu dari para penceramah yang ‘alim, insyaALLAH.

2.  Bersolawat

Ummat ISLAM disuruh untuk bersolawat kepada Baginda. 

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” – al-Ahzab: 56.

Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan berselawat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim)

Sentiasalah bersolawat.  Tatkala lapang atau sibuk, getarkanlah lidah kalian dengan bersolawat.  Solawat iaitu do’a kesejahteraan kepada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah cara yang paling sesuai untuk kita menerapkan dan menyuburkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w.

Solawat Ibrahimiyyah iaitu seperti solawat yang dibaca tatkala tasyahud dalam solat sangat disarankan membacanya kerana  ia telah diajarkan oleh Rasulullah untuk kita amalkannya.

selawat-ibrahimiyyah
Contoh solawat yang diajarkan Nabi s.a.w. Ia juga dipanggil sebagai Solawat Ibrahimiyyah.

3.  Menghidupkan sunnah.

Hendaklah kita cuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala sunnah Baginda samada dari segi perkataan mahupun amalan.

Pada susuk tubuh dan akhlaq Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam terdapat banyak tauladan dan kebaikan yang boleh kita ambil.  Firman ALLAH yang maksudnya:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah al-Ahzab: 21.

Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya aku telah tinggalkan di antara kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh dengannya, maka kalian tidak akan tersesat selamanya; iaitu kitabullah dan sunnah NabiNYA.” (Disahihkan oleh Al-Hakim)

“Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku” (HR Muttafaqun ‘alaih)

“Aku berwasiat kepadamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wajalla, agar mendengar, taat dan patuh meskipun pemimpinmu seorang budak. Barangsiapa hidup panjang umur dari kamu maka dia akan melihat banyak silang-sengketa. Berpeganglah kepada sunnahku dan sunnah-sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk dan hidayah (sesudahku). Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu. Waspadalah terhadap ciptaan persoalan-persoalan baru. Sesungguhnya tiap bid’ah mengandung kesesatan.” (HR. Tirmidzi)

Segala pesanan dan perintah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam wajib untuk kita ta’at dan amalkan.  Perintah, pesanan dan nasihat Baginda s.a.w boleh kita ikuti melalui pembacaan buku2 hadith yang banyak di pasaran.  Cara Baginda s.a.w bercakap, berjalan, makan, minum, bergurau, gelak, berpakaian, berniaga, berjiran, bermasyarakat, berumahtangga, bernegara dan sebagainya wajar  diambil untuk diamalkan di dalam kehidupan kita.

Nescaya, hidup kita akan sejahtera, berkat dan lebih bermakna sekiranya sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam diamalkan dalam kehidupan seharian.

Mudah2an MaulidurRasul yang baru-baru ini ramai di kalangan kita raikan dapat membuka minda dan mencetus keazaman untuk mencintai dan mengikuti sunnah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ummat Baginda s.a.w yang beruntung dan diberi syafaat di akhirat kelak, amin.

Dipetik dari:

http://muzir.wordpress.com/2009/03/14/cinta-dan-ikut-rasulullah-sallallahu-alaihi-wasallam/

 

Minggu Unit Bimbingan Kaunseling

MINGGU UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
16-20 FEB 2009
AKTIVITI:
MAJLIS PERASMIAN
UJIAN PERSONALITI BERKOMPUTER
UJIAN INVENTORI PERIBADI ON LINE
TEKA GULA-GULA DALAM BALANG
KUIZ KAUNSELING
BERGAMBAR DENGAN BAJU GRADUASI
 
OBJEKTIF:
BAGI MEMPROMOSIKAN UBK/PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
MENGGALAKKAN PELAJAR DATANG KE BILIK KAUNSELING
MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BERKAITAN

minggu-ubk