Senarai Pelajar Cemerlang SPM 2008

BILANGAN A NAMA PELAJAR 
10A 1. NURUL ATIQAH BT OMAR
9A 1. SITI AMINAH BT KAMAL
8A 1. MUHD. HAFIZUL MUKMIN
2. MOHD YUSUF B MOKHDIR
7A 1. HAFIDAH BT ROSLI
2. MAHFUZ BIN WAN HAR
3. FITERIANA BT SHOLEHAN
6A 1. NAZURAH BT HAIRI
2. MUHAMAD SAFWAN BIN SUKRI
5A 1. ANINATIRA BT ANUAR
2. AQILAH BT MOHD ARIFFIN
3. SITI NORFATIHAH BT SYAFIE
4. NORSYAFIQAH BT SALIHIN

Tahniah buat semua pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang.

Tahniah Buat Nurul Atiqah & Muhammad Hafizul Mukmin

Pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 yang diadakan pada 26 APril 2009, dua orang pelajar telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2008.  Mereka adalah:

  • NURUL ATIQAH BINTI OMAR
  • MUHAMMAD HAFIZUL MUKMIN BIN ADNAN

Alhamdulillah, segala pujian hanya berhak untuk ALLAH. 

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.  Pastinya dengan anugerah ini akan membuatkan para guru, warga sekolah dan rakan-rakan berasa bangga dengan pencapaian mereka.  Dan yang paling pasti adalah kegembiraan ibubapa mereka berdua.  Airmata kelegaan terlihat berkaca-kaca di mata mereka menyaksikan kejayaan anak bertuah.  Sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka, hilang letih ayah membanting keringat.

Mudah-mudahan kejayaan ini membuka pintu kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.  Bertasbihlah, bertahmidlah dan beristighfarlah.  Semoga kejayaan tersebut diberkati ALLAH Jalla wa A’la.  Dan mudah2an ia dapat diambil sebagai tauladan yang baik oleh rakan2 seperjuangan dan para pelajar SAMHSB.

 nurul-atiqah

 

muhammad-hafizul-mukmin

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009

Tarikh:  26 APRIL 2009 Bersamaan 1 JamadilAwwal 1430

Masa:  8.00 pagi

Tempat:  Dewan Angsana, SAMHSB

Dirasmikan oleh:  Tuan Haji Abdul Rashid bin Ngah (Pengarah JAPIM)

 

Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.  Tetamu Kehormat telah disambut dengan paluan kompang dan setiba mereka ke Dewan Angsana, satu pertunjukan silat telah diadakan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan al-Quran.  Bacaan al-Quran telah dibacakan oleh Ustadz Salehuddin dan diikuti dengan terjemahan yang dibacakan oleh Ustadz Shauqi.

Aturcara majlis seterusnya adalah seperti berikut:

9.10-10.30pagi:

  • Ucapan Pengetua SAMHSB, Puan Siti Zubaidah binti Ahmad.
  • Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Abd Rahman bin Baba. 
  • Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Abdul Rashid bin Ngah, Pengarah JAPIM.

 10.30-11.00 pagi:

  • Acara Penyampaian Hadiah
    • Tingkatan 1 dan 2
    • PMR
    • SMA
    • SPM
    • Anugerah Guru
    • Anugerah Pelajar Cemerlang

11.00 pagi:  Persembahan pelajar

11.30 pagi:  Jamuan makan

12.00 tgh  :  Bersurai

 

 

Temuilah Guru Kaunseling SAMHSB

Jika para pelajar mempunyai sebarang kekusutan atau masalah, jangan biarkan ia mengganggu kehidupan anda.

Kunjungilah ke Unit Bimbingan dan Kaunseling dan luahkan segala permasalahan kalian di sana.  Jangan risau, segala maklumat dan butiran tidak akan didedahkan kerana itu merupakan etika dan peraturan dalam menjalankan sesi kaunseling.

Guru2 yang akan membantu kalian dalam sesi kaunseling adalah terdiri daripada:

  • Noraizan bt Mohsin
  • Siti Zubaidah bt Thaha

guru-kaunseling

Hadiah Galakan Persatuan Bahasa Arab

PERSATUAN BAHASA ARAB TELAH MEMBERIKAN HADIAH GALAKAN KEPADA PESERTA YANG MENJUARAI PERTANDINGAN AMAL ISLAMI PERINGKAT ZON BAGI ACARA BAHASA ARAB DI SAMT HISAMUDDIN KG JAWA.IANYA SEBAGAI GALAKAN KEPADA PELAJAR LAIN BAGI MENYERTAI PERTANDINGAN KATEGORI BAHASA ARAB KERANA KEKURANGAN PENYERTAAN BAGI PERTANDINGAN KATEGORI INI PADA SETIAP TAHUN.MEREKA YANG BERJAYA ADALAH:
 
JOHAN DEBAT BAHASA ARAB
NORAISHAH BT ZAINUDDIN
WAN NUR HAZILAH BT AZRI
AZLINDA BT MASHUDI
NORAQILAH BT ROSLI
 
JOHAN SYARAHAN BAHASA ARAB MEN RENDAH (PEREMPUAN)
NURFATEHAH BT ALIMUDDIN
 
JOHAN SYARAHAN BAHASA ARAB MEN ATAS PEREMPUAN
NURHIDAYAH BT SUHAIMI
 
JOHAN BAHASA ARAB MEN ATAS LELAKI
MOHD FARID B ABU TALIB
 
MEREKA SEMUA AKAN MEWAKILI ZON DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI PADA MINGGU HADAPAN. SEMOGA AKAN MEMBAWA KEMENANGAN JUGA INSYAALLAH

bhs-arab

bhs-arab-2