Hari Permuafakatan Ibubapa Bersama Guru-Guru

Hari Permuafakatan Ibubapa Bersama Guru-Guru Matematik dan Bahasa Arab Tingkatan 3/2009

Tarikh:  7/3/09 (Sabtu)

Masa:  8.00 pagi – 11.00 pagi

Tempat:  Dewan Angsana SAMHSB

Objektif Program:

  • Guru-guru dapat membuat penambahbaikan strategi untuk meningkatkan prestasi keputusan subjek Matematik dan Bahasa Arab.
  • Ibubapa dapat meningkatkan pemantauan dan bimbingan pembelajaran anak-anak di rumah.
  • Guru dan ibubapa mendapat kata sepakat untuk menjayakan segala program kecemerlangan untuk anak-anak dengan sokongan pentadbir dan PIBG.

Tentatif Program:

8.00-8.30:      Pendaftaran

8.30-9.00:      Ucapan Pengetua

                             Ucapan YDP PIBG

9.00-9.30:       Taklimat Program Mukhayyam Lughawi wa Ulumil Hisab

9.30-10.30:     Sesi Suai Kenal & Soal Jawab

10.30-11.00:  Jamuan

11.00:                Bersurai

Alhamdulillah, program tersebut telah berjalan dengan lancar.  Perbincangan di antara guru-guru dan ibubapa yang hadir sangat menggalakkan walaupun kehadiran di kalangan ibubapa yang terlibat tidak memenuhi jangkaan.  Bermacam idea dan cadangan telah diketengahkan dalam sama-sama merealisasikan kejayaan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang terlibat.

permuafakatan

3 Responses

  1. memang dukacita jugak bila kurang sambutan dari ibu bapa.kita cuba buat yg terbaik utk kumpulan sasar ini,cuma masih ada yg perlu dimuhasabahkan.apa pun tahniah kpd guru2 yg telah bertungkus lumus cuba menjayakan pojek ini.

  2. Syabas kepada guru-guru.Saya sungguh terharu kerana guru-guru sangat mengambil berat terhadap kecemerlangan anak-anak sekolah SAMHSB. Hari pemuafakatan yang diadakan sangat menyentuh hati saya apalagi bila melihat murninya guru untuk menyedarkan dan mendidik anak-anak sekolah ini sehingga sebak rasa di dada guru-guru berkenaan.Program seperti ini sangat bagus. Teruskan di masa hadapan.

  3. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT atas kejayaan Panitia Matematik & Panitia B.Arab dlm menganjurkan program pemuafakatan ini. Sesungguhnya pihak sekolah senantiasa berusaha utk kecemerlangan anak didik kita semua.

    Insya’allah pihak guru SAMHSB sentiasa akan beristiqomah dlm. cabaran atau rintangan yg dihadapi . Sekalung penghargaan pada semua ibubapa yg dpt hadir pada hari berkenaan. Tahniah kepada semua AJK pelaksana yg terlibat.

    Mari kita berdoa agar Program Mukhayyam Lughawi wa Ulumil Hisab ini dpt berlangsung dgn jayanya spt mana yg dirancangkan… Insya’allah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: