Selamat Hari Guru

Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei yang lalu, kami warga admin samhisamuddin.wordpress.com ingin mengucapkan ‘TERIMA KASIH CIKGU’ kepada semua insan yang bergelar guru.  Sejak di bangku tadika, kita diperkenalkan dengan insan bergelar guru.  Dan sejak itu ucapan ‘TERIMA KASIH CIKGU’ sentiasa diucapkan oleh kita sehinggalah kini. 

Sungguh, jasa guru-guru sangat besar.  Apa yang terbentuk pada diri kita sekarang ini, sebahagian besarnya telah dibentuk oleh guru-guru kita.  Pandai, cerdik, karisma, aktif, kuat, proaktif, cergas dan 1001 kualiti diri yang terwarna pada diri semuanya tidak lepas dari diwarnai dek tangan guru-guru.  Kemuliaan mereka menjadikan kita mulia.

Wahai para pelajar SAMHSB,

Ambillah butiran mutiara yang ada di tangan guru-gurumu.  Dampingilah mereka, kasihilah mereka.  Sudah banyak butiran mutiara yang telah diberi oleh guru tanpa mereka meminta balas sedikit pun daripadamu.  Mutiara-mutiara ilmu yang engkau kutip itu, nanti akan menyinarkan dirimu.  Malah bukan sahaja memberi sinar kepada dirimu, ia juga akan memberi sinar insan-insan di sekelilingmu.  Dan jangan lupa kongsikan juga mutiara-mutiara itu dengan rakan-rakanmu.

Pelajar saban tahun akan meninggalkan sekolah, tetapi guru tetap setia mencurah bakti di sekolah.  Ada yang sudah puluhan tahun berkhidmat di SAMHSB.  Buat bekas2 pelajar, jenguklah mereka.  Percayalah, dengan hanya bertanya khabar pun, akan membuatkan mereka iaitu guru-guru berasa sangat bangga dan ceria.  Penat lelah mengajar terubat seketika.

Terima kasih cikgu.  Terima kasih ustadz.  Terima kasih ustadzah.  Terima kasih atas segala2nya.  Terima kasih kerana memanusiakan kami.

Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang tinggi kepada dirimu wahai guru, amin…

-CikguShah, SAMHSB website admin-

Antara usaha pelajar SAMHSB utk menzahirkan kasih mereka kepada para guru. Sejuk hati apabila melihatnya.

Antara usaha pelajar SAMHSB utk menzahirkan kasih mereka kepada para guru. Sejuk hati apabila melihatnya.

32 Responses

  1. Kepada semua guru SAM Hisamuddin Sg Bertih yang saya sayangi
    « Selamat Menyambut Hari Guru »

    Usaha Murni Yang Digalas memerlukan Pengorbanan Yang tidak Terbatas.
    Teruskan mendidik, membimbing pelajar kita yang amat memerlukan didikan dan bimbinganmu ,
    Mudah2an kesungguhan ,keikhlasan, pengorbanan dan komitmen anda semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. AMIIIN…

    sekali kita bergelar guru selamanya kita adalah guru

  2. terharu rasanya melihat coretan isihati pelajar SAM Hisamuddin melalui kain rentang yang terbentang .penuh tandatangan dari jari jemari yang ikhlas, kami tahu, antum semua memang sayangkan kami, kami juga sayangkan antum semua.

    • itu sumer khas bwat sumer guru2 kmi yg t’syg..
      trima kasih ckgu..kmi sayang ckgu=)

  3. SAMHSB dicat baru
    Terpegun semua orang yang lalu
    Wahai semua cikgu-cikgu
    Selamat Hari Guru

    Kucing hitam berbulu-bulu
    Sungguh comel dikejar selalu
    Cikgu-cikgu mengajar tak jemu
    Terima kasih semua cikgu

  4. tanpa guru siapalah aku
    tanpa ilmu diri dlm kegelapan
    ku ucapkan selamat hari guru
    smoge salah silap kami kalian maafkan..

  5. salam penghargaan kpd sume guru yg tlh ajr dri sy yg lmh ini,drpd zero kpd hero. . thankz a lot my all teacher!!thank u so much!!!

  6. salam…
    di sini sye ingin mengucapkn
    SELAMAT HARI GURU….
    kpda sume guru2 di SAMHSB….
    krn tlh mngajar kami tanpa knl erti penat&lelah…
    terima kasih cikgu sume….

  7. assalamualaikum..selamat hari guru utk guru2 sg.bert..hrp video n gmbar2 spnjg ari guru dmasukkn dlm web sekolah..

  8. saya pun nk jugak……….selamat hari guruuuu…
    kami sayang cikgu….
    hari ni sambutannya best sangat…………terutama kat pantomin….setan2….klakar gler…..thniah ea kt adk2 abg…n thank very much krn jyakannnya

  9. Princess_1811,
    Saya tak rakam apa2 pun sebab tak bawa kamera. InsyaALLAH jika ada cikgu2 yg bawa kamera dan kongsikan dengan saya, saya akan masukkan dalam web kita ni.

    Walaupun kamera saya tak merakam peristiwa meriah pagi tadi, namun ia tetap terakam di dalam memori. Best😀

  10. assalamualaikum……….
    kepada warga pendidik sam hisamudin sg bertih……
    terima kasih kerna sggup menerima kami sbg anak muridmu………….
    dan sanggup menddik kami utk mnjadi orang yg berguna kelak…………………
    terima kasih CIKGU!!!!!!!
    MOGA2HAN CIKGU SEMUA DIRAHMATI ALLAH.

  11. selamat hari guru buat sume cikgu SAMHSB
    terima kasih cikgu.
    penghargaanmu sbg pendidik amatlah tinggi.
    saya sayang cikgu2 sume.

  12. sayE pOn..!!
    sayE nk ucap HappY tEachErs dAy!!
    fOr oUr sAMHSb’s tEacher..yOu gUys ar rEally owEsOme!!
    sBb tUe la sayE xjD pNdahhh..hehehe
    mmUaahhhxx!!

  13. duduk bersila macam berkelah
    duduk pula dibawah khemah
    ada acara penyampaian hadiah
    ada pula cabutan bertuah

    hari guru disambut meriah
    ramai pelajar membawa hadiah
    ingin rasanya ucapkan tahniah
    pada jawatankuasa yang berpenat lelah

  14. ko nk pndah g mne murni???????????

  15. kpd semua ajk F.5 utk hari guru especially ajk program…thnks a lot..bagiku,inilah program yg aku hndle pling sukses!!!!!!

    anyway,so s0rry for any mistake..

    btul ke b.i aku ni???

  16. wat selamber jer ar petra…janji try sdh arrr…..good luck ar for SPM 2009…Cayokkk2xxx…SeLAmat HAri GURU to ALL my teacher….cyg cikgu…jasamu dikenang walau di mana bumi dipijakkk…sucsess SG BERTH

  17. saper yek yg wat banner tuh?!mesti smartkan orgnyer..bangge tul larh ngan org tuh=)

  18. syukran wt sume guru d sg bert yg telah m’didik sy hingga b’jaya….jasa kalian hanya ALLAH dpt m’balas….tanpa guru,tiadalah ulama’,doktor,pensyarah,perdana menteri…
    SELAMAT HARI GURU

  19. erm……..
    u are welcome petra……………..
    huhu……

  20. BONYOT

    yg wat banner 2 sbnanyer adalah bdk dri klas 5 amanah,,

    dye duk kt sebelah nabil..

    LU PIKIR LA SENDIRI!! huhu

    • ceh,,
      huh,,bler plak dak 5amanah wat banner 2..
      aduyaiii..

  21. saLut same Hari gUru…saYe sYang CikgU dUnya wAL aKiRah
    taHniah kpD raKan2 yanG suSah PayaH wT keJe saMpai MaLam bUte nK bG cIkgU gmBirA unTuk esOknYer…
    kPd dIkiR yaNg dIketUai maMai daN kaMil kOtakaN ayaT anda…pRove It kt ciKgu….Kpd peNTomen Yg dIKetUai fArid jGn waT bNda Yg kOrang paMer kaT cikgUagar diRi dIberkaTi dan diRedHai sePanjaNg haYaT

  22. Selamat hari guru untuk semua guru2….tahniah kepada yang menang dalam game….yg kalah cube lagi taun depan…..buat ajk pelaksana hari guru tahniah atas usaha anda semua…terima kasih buat guru2.tanpa anda semua siapalah kami…

  23. say ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya terutama guru kelas saya, ustazah jamaliah. ustazah adalah guru yang best skali.

  24. erm yela pet…ko sorng jela yg conduct smpai meriah smbtan ari guru tu…

  25. slamat hari guru wat sume cikgu kt samhsb…….time kasih cikgu……

  26. arinie….saye nk ucap salam aidilfitri…maaf zahir batin ea kt ckg2..

  27. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA wat sume warga sekolah S.A.M Sultan Hisamudin S.G. Bertih

  28. trima ksh kpd sume guru2 yg m’ngjr sy slme nieh especially wat ckgu shah,teacher noraini,ustzh nurizura,ustzh jamaliah n sume guru….sya syg cikgu……trima ksih cikgu…u’r ex 2008 student

  29. Kte hye mmerlukn smnit shje untuk menafsir seseorg, sjam utk menyukai seseorg dan sehari utkmencintai seseorg namun kte dipelukn seumur hidup utk melupakn seseorg…….. Cinta itu ibart angin,kte dpt merasainyanmun kte xdpt melihtnya..cinta itu ibarat matahari yg dpt mnyinari hidop kte,tetapi ia pasti akan membakarkte juga,cinta itu ibart ombak kdgkala ia dtg dan kdgkala ia pergi,nmn ada cinta yg xkn pergi buat selamalamanya iaitu cinta yg Mncptakn cinta…… Its hurt to lurve someone who doesnt lurve us but more hurting is when we lurve someone but nver hev guts to show the lurve to him……… Jikalau kte brhnti menyukai seseorg yg kte amt sukai,ia umpama kte mmbuang hati kte,ttapi jika kte cuba mnutup mata cinta itu akan berubah mnjadi air mata….dan pastinya ia amat memedihkn………. Apabila satu peluang trtutup, satu peluang laen akn trbuka ttapi ktesering mmndg dgn pnuh kesal padapeluang yg sudh trtutup shgga tidk mliht pda peluang laen yg trbuka…….. Cinta itu ibart ombak dtepi pntai,bgaimana kuat cinta itu dtg,bgitulah juga kuatnya ia pergi…….

  30. Semoga ALLAH Jalla wa A’la memberikan kesejahteraan, kesihatan, kekuatan dan dibimbing dengan hidayah & taufiqNYA selalu kepada semua guru khususnya di SAMSHSB, amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: