Kem Ikon Cemerlang di SAMHSB

Kem ikon pelajar cemerlang bentuk sahsiah diri pelajar

(Dipetik dari Utusan Malaysia Online)

KLANG 3 Jun – Sebanyak 100 pelajar dari lima buah sekolah di daerah ini telah menyertai kem ikon pelajar cemerlang anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Menengah Hisamuddin (SAMH) di sini, selama empat hari yang berakhir semalam.

Ikom Cemerlang

Empat lagi sekolah yang turut serta dalam program itu ialah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Bandar Sultan Sulaiman, SMK Perempuan Raja Zarina, SMK Raja Lumu dan SMK Telok Gadung.

Yang Dipetua PIBG SAMH, Abdul Rahman Baba berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan menjana pelajar cemerlang di sekolah yang mampu menjadi ikon kecemerlangan kepada rakan-rakan pelajar lain.

Beliau menambah, antara matlamat lain ialah untuk memperkasakan budaya kecemerlangan pelajar di sekolah sehingga mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Menegah (SPM).

“Seperti yang kita lihat sekarang terlalu banyak gejala yang tidak berfaedah disertai pelajar sekolah, oleh itu dengan ada program seperti ini dapat menyedarkan mereka betapa buruknya perbuatan tersebut.

“Program seperti ini juga dapat mengukuhkan lagi adab-adab yang terpuji dan nilai-nilai murni dalam kehidupan,” katanya ketika berucap di majlis penutup kem tersebut.

Tambah beliau, kaedah pemilihan peserta dalam program tersebut adalah berdasarkan pencapaian peratusan tertinggi bagi setiap tingkatan di dalam rekod peperiksaan sekolah masing-masing.

Ujarnya, program ikon pelajar cemerlang dan gemilang tersebut dijalankan menepati ciri-ciri gabungan di antara perkampungan ilmu dan kem ibadah melalui susunan modul yang sistematik oleh pihak pelaksana yang berpengalaman untuk kebaikan pelajar.

Abdul Rahman berkata, antara bengkel dan slot yang dijalankan ialah motivasi diri, tanggungjawab anak dan pelajar, resipi menjadi pelajar cemerlang, forum bertajuk kenapa gagal mendapat A1, halangan dan kesilapan dan lain-lain aktiviti lagi.

Beliau berharap program seperti itu menjadi acara tahunan agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

19 Responses

  1. bEs saNGat…naK pG laGi…neW spirit fOr spM..

  2. mmg besh gler…ni larh kem plg smpoi skali kte pnh prgi..smpi xtrase 4 hari da blalu..buat plajar2 pmr dan spm..gud luck!manfaatkan ilmu yg kte dpt,pastu kongsi ngn kwn2 kte yg lain..moga2 sgala usaha kte smua dbrkati..

  3. hm..x aci r..gmba kump.1 je yg publish..gmba kump.2 xde pown..fames r yusma yeh..adush!jeles nh..

  4. UsTaz,bleh x usTaz wujuDkan ap2 sOalan deNgan skema y terdiri drpd pmr @ sPm dKt lmN weB seKolah kTe…secara on9…dGn kerjasama panitia matapelajaran…

  5. aish.. awatnyer kump 1 jew nih..
    ane kump 3????
    kipc mmg best gler..
    kpd spe2 yg x pegi tuh mmg rugi..

  6. bes gle d0wh,macam2 aku dapat kat sane,wah2!!!

  7. wau!!! agk bngga jugakla…..sek dpt msk surat kabo…..thmiah…kpd adk2 abg….semoga berjay dlam PMR2009…and pd abg n kakak sye…moga berjaya dlm SPM

  8. best btl klu dpt masuk

  9. whoa,,,
    kem nie best sgt!!!!
    windu with my group!!!

  10. kem ni walaupun kat sek je…tp mmg best!!!!!!!!!! especially facilitatornye!! thanks kpd sek krana mengadakan kem ni!! hrap akn ada lg d masa akn dtg!!!

  11. kipc mmg bez…!!
    harap2 ada lg lps ni utk semua student samhsb especially form 5 this year..
    good luck kpd semua student yg amik exam this year…
    do your best k…

  12. besh ke??huhu..enjoy la korang..semoga menjadi ikon di sambert..

  13. tgk cm bez jew..
    rginye xdpt ekot..
    kongsila ilmu ngan ktorg yg x pegi ni..huhu

  14. tahniah buat fadli &afif krna dapat masuk kem nie

  15. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Program berkenaan. Semoga usaha dan program kecemerlangan ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang terlibat.

    Ayuh semua pelajar SAMHSB, semoga anda bangkit sebagai IKON muslim & muslimah yang cemerlang. Insya’allah.

  16. congrats utk mereka yg menjayakan program ni..

  17. bestnya korg skrg, mcm2 pgrm ade..
    xmcm ktorg dulu, susah nk ade n dpt bajet utk pgrm2 besar…
    whatever it is, Gud Luck to all…

  18. tengok cam x bes j……..

    Tp ble abe ckp bes,,,

    Bru sye percaye kem ni smemngnyerr bess!!!!

  19. salam..
    sedih lah x dapat pegi kem ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: