Mukhayyam Thanawi 2009

Pada 24 hingga 26 Julai yang lalu, SAMHSB telah mengadakan Mukhayyam Thanawi bagi tahun 2009, seramai 103 orang pelajar telah mengikuti perkhemahan tersebut dengan jayanya.

Pada tahun ini, Mukhayyam Thanawi telah diadakan diluar kawasan sekolah iaitu di Kem al-Raudah, Gombak.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan antaranya ice breaking, night walk, latihan kawad, jungle traking, merempuh halangan dan ikhtiar hidup.

Banyak pengalaman baru yang diperolehi oleh peserta. Program ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh YDP PIBG sekolah.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini dapat melahirkan para pemimpin di kalangan pelajar dalam badan beruniform supaya mampu untuk memimpin secara berilmu, berketrampilan, berdaya saing, bermotivasi tinggi, berakhlak mulia, berkeyakinan tinggi, dan bertaqwa.

Kursus Kepimpinan Tamrin Qiyadi

Kursus Kepimpinan Tamrin Qiyadi Untuk Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya dan BADAR

Tarikh:  30 April hingga 2 Mei 2009
Tempat:  Kompleks Rakan Muda Sementa, Klang
Anjuran:  Unit Bimbingan & Kaunseling, SAMHSB

Program kepimpinan buat kumpulan sasar pemimpin sekolah, banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi dari program ini.  Bengkel penyelesaian isu dan konflik PRS, Pengawas dan BADAR yang diadakan diharap dapat dijadikan panduan dan ‘clue’ dalam memperbaiki organisasi masing-masing.  Kembara, ‘mind setting’ dalam ceramah motivasi kepimpinan juga boleh diaplikasi oleh kumpulan sasar ini, disokong dengan sedikit perkongsian ilmu berkaitan etika dan personaliti pemimpin.  Rata-rata komitmen dan kesungguhan latihan dalam kumpulan diberikan dengan baik sekali.  Resolusi yang dibengkelkan dan dibentangkan kesemuanya dipersetujui dan disokong oleh pengetua.  Banyak juga harapan dan hasrat 3 unit ini ketengahkan demi memperbaiki kepimpinan sekolah seterusnya menjaga kebajikan banyak pihak, syabas dan tahniah buat barisan pemimpin semoga semangat dan harapan yg berkobar-kobar dapat diteruskan sampai bila2.

Disediakan oleh Cikgu Aizan.

 

Penglibatan BADAR dalam Minggu Penghayatan ISLAM

Minggu Penghayatan ISLAM telah dianjurkan secara bersama oleh Panitia Syariah ISLAM dan Badan Dakwah dan Rohani.  Ia telah diadakan selama seminggu dari 29/6/09 hingga 3 /7/09.

Antara aktiviti yang telah dianjurkan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)ialah:

  1. Pertandingan Kuiz
  2. Pertandingan Menghias Sudut Dakwah dan Rohani di Kelas-Kelas
  3. Tayangan Video ‘Tanda-Tanda Kiamat dan Kedatangan Imam Mahdi’
  4. Jualan
  5. Forum bertajuk ‘Dilema Remaja’
  6. Mewujudkan Papan Kenyataan BADAR
  7. Tadzkirah 3 minit oleh “Pendakwah”
  8. Poster Dakwah dan Rohani