Pada 24 hingga 26 Julai yang lalu, SAMHSB telah mengadakan Mukhayyam Thanawi bagi tahun 2009, seramai 103 orang pelajar telah mengikuti perkhemahan tersebut dengan jayanya.

Pada tahun ini, Mukhayyam Thanawi telah diadakan diluar kawasan sekolah iaitu di Kem al-Raudah, Gombak.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan antaranya ice breaking, night walk, latihan kawad, jungle traking, merempuh halangan dan ikhtiar hidup.

Banyak pengalaman baru yang diperolehi oleh peserta. Program ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh YDP PIBG sekolah.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini dapat melahirkan para pemimpin di kalangan pelajar dalam badan beruniform supaya mampu untuk memimpin secara berilmu, berketrampilan, berdaya saing, bermotivasi tinggi, berakhlak mulia, berkeyakinan tinggi, dan bertaqwa.

46 thoughts on “Mukhayyam Thanawi 2009

  1. Cik Odah memakan nasi,
    Sedap sangat penuh selera,
    Kem Raudhah menjadi saksi,
    Cekal dan semangat pelajar kita.

    Abang Nawawi mencari kuini,
    Pergi ke Lunas menaiki basikal,
    Mukhayyam Thanawi program jasmani,
    Otak cerdas, kuat fizikal.

    Rama-rama terbangnya tinggi,
    Terbang rendah mencari bunga,
    Semangat kerjasama sentiasa teruji,
    Membina ukhuwwah sesama warga.

    Jangan dimarah jangan digeram,
    Pinta si papa dari si sasa,
    Riang dan meriah sepanjang program,
    Jangan dilupa Yang Maha Esa.

    Ke Kuala Lumpur pergi melawat,
    Balik ke Kuang bersama Sumi,
    Berlasak, berlumpur, berlari dan melompat,
    Jangan dibuang akhlak Islami.

    Ke padang Sementa pergi bersukan,
    Tempat bersukan sanak famili,
    Gambar dan cerita sangat mengujakan,
    Tahun depan saya nak ‘join’ sekali.

    ~CikguShah~

  2. Budak2 bermain dipadang
    Bermain2 dengan kegirangan
    Dah lama saya tak bertandang
    Baru kini ada kesempatan

    Sungguh nyaman suasana desa
    Kem al Raudah diberi nama
    Syukur kita pada yang Esa
    Mukhaiyyam Thanawi tahun ini berkumpul semula

    Tahun lepas disekolah saja
    Tahun ini diluar pula
    Semua peserta bermuka ceria
    Menanti program yang setahun sekali tiba

    Masa mula tiba semua peserta blur aja
    Takut, mengelabah, rindu mak bapak pun ada
    Mak oii…garang sungguh jurulatihnya
    Sampaikan ada yang kecut perut tak semena-mena

    Ikhtiar hidup penuh bermakna
    Rempuh halangan rasa terseksa
    Night walk pengalaman tak dilupa
    Semua itu aktiviti yang dirasa

    Pengalaman ditimba penuh bermakna
    Ajaran diberi diterima seadanya
    Terima kasih pada jurulatih semua
    Tak jemu-jemu melatih kami semua

    Berakhir sudah program kita
    3 hari 2 malam yang penuh bermakna
    Pulang ke sekolah berikan contoh pada semua
    Itulah amalan baik yang anda pelajari disana

    Bersuka-suka biar berpada
    Jangan ada sampai terasa
    Wahai semua peserta
    Akhlak, sahsiah & akademik perlu dijaga

  3. assalamualaikum…tahniah buat semua pelajar yang menyertai mukhayyam thanawi…best sangat g sana walaupun penat n letih….nama pun kem mestilah banyak aktiviti an.huhuhu.night walk memang best giler……..salam

  4. assalamualaikum..
    setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelaksana program Mukhayyam tahun ini dibawah pimpinan Pn Rosnah (PK Ko-ko ), tahniah cikgu suria, cikgu Ali , cikgu mimah, cikgu Norsiah, cikgu Nailis, cikgu lela, emm cikgu sape lagi ye yang terlibat ye…
    saya bangga kerana program tahun ini telah dapat dilaksanakan diluar yang menuntut komitmen yang tinggi dari AJK. hasilnya tentu dapat berjalan dengan lebih efektif lagi, ye laaah, dengan latihan-latihan lasak diharapkan dapat membentuk jatidiri yang ampuh , kekuatan fizikal dan mental, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran yang kita tidak duga.. syabas..syabas kepada semua peserta..
    kerana dapat menjalani program dengan jayanya….

  5. salam..alhamdulillah..sebulan saya dan rakan2 berusaha sampai terbawa2 mimpi nak menjayakan kem ini..tahniah juga buat cikgu ali zakri..buah hasil beliau yg pertama dalam unit koko..macam2 kami lalui hingga sampai nak membatalkan program ini disaat2 akhir dek kerana kekurangan peserta..tapi akhirnya dari hanya 11 peserta yg mendaftar, berjaya mengumpul sehingga 103 peserta..jutaan terima kasih pada semua pihak yg terlibat..pada PIBG yg dah menyumbang dan yg penting bagi pelajar2 yg mengikuti kem ini….tahun depan kita bertemu di kem mukhaiyam 2010…dimana agaknya : )

  6. bestnye la ape yg adik2 ana kt sg bert ni dpt skrg….dulu kami xde pn… :-‘(.

    bayar ke mukhayyam ni?

  7. budak_kecik90,jgnlah terkilan..dulu time korang mungkin x terpikir nak buat macam tahun ni..lagipun keputusan nak buat kem diluar adalah hasil penambahbaikkan dari kem tahun lepas..sian saya tengok peserta tahun lepas kena tdo dalam kelas,xtvt pun x berapa nak mencabar sangat….kena bayar rm50 je…baki rm70 PIBG n PCG KOKO tanggung..untungkan diorg..

  8. Assalamualaikum, tahniah kepada anak2 yang telah berjaya mengharungi cabaran di kem ar-raudhah. bagi sape2 yg takut masa night walking tu lepas ni dah tentu x takut dah! Lepas ni kalau jumpa pocong sepak aje lah…RM 50 tu berbaloi sangat sebab ilmu dan pengalaman tak dapat dibeli di mana2. Insya Allah tahun 2010 kita bawa budak2 kite ke atas gunung pulak ye cikgu suria…

  9. hehehe…xde la cikgu…xterkilan sgt….smoga adik2 yg terlibat dlm mukhayyam ni dpt amik pengalaman yg berguna tu utk meningkatkan jati diri warga sg bert…

  10. satu pengalaman yg menarik…tapi masa agak lari2 sket…tima kasih pd pihak sekolah krn menganjurkan prog spt nie…tima kasih pd cikgu2 yg setia & sudi menjaga serta mengawasi kami disana…

  11. Pelajar2 sekalian, tak kiralah sama ada suatu program itu best atau tidak, kalian mesti sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk menyertainya.

    Jika komitmen bagus, kerjasama baik dari semua pelajar, insyaALLAH pihak sekolah dan guru-guru akan bersemangat utk membuat program2 yang best pada masa akan datang.
    Ingatlah, guru2 tak pernah putus asa mendidik kalian dan sentiasa cuba memberikan yang terbaik sepanjang masa.

    Pokoknya, semua mesti bekerjasama 😀

  12. terima kasih tak terhingga jugak buat cikgu2 praktikal,ustazah azmira n ustazah aishah n cikgu azlan..tahun depan kita panjat gunung pulak ye PK KOKO..

  13. Kite merancang Allah menentukan . Masa lari sikit minta maap le sbb alang2 dah dtg kena le rempuh halangan.Walau bagaimanapun tq banyak2 kpd guru2 yang setia menunggu hingga akhir program. Dedikasi kalian amatlah dihargai.Apa yg diharapkan program ini dapat mendidik jati diri peserta ke arah yang lebih positif dan seterusnya melahirkan pelajar spt yang diidamkan dlm visi dan misi sekolah. Kpd YDP dan NYDP terima kasih atas kesabaran menunggu majlis perasmian penutup.

  14. cikgu ade ape2 video tak mase mukhaiyam tuh?kitaorg yg x pegi pun nak tengok gak tapi klu ade la klu x de tak pe

  15. salam,harap2 mukhaiyam thanawi 2010 akan diadakan juga di luar kawasan sekolah.tapi yg pasti nama saye mesti ade .saye dah booking dulu untuk tahun depan punyer(sbb tahun nie saye x dpat pergi,diaorg yg pergi ckp best giler)

  16. Wah best nyer peserta yg pegi sane..Jarang sekali sg berth wat kem luar dari sekolah..Tahniah kepada pihak pengurusan..Harap2x taun depan sgberth boleh buat program internationalisation kat mane2x negara lak cam sekolah Alam Shah K.L(asiskl) yang buat program internationalisation ke australia tahun lepas.

  17. hehehe..nk dengki pn xleh gak..rezeki adik2 kn….tp xtekilan sngat,sbab da g ngan budak2 sekolah rendah bulan 6 aritu…cuti sem kan….jd ustazh jap…dapat gak merasa g kem ar-raudhah tu…huhu tp sebagai guru pengiring laaa…bukan jd peserta….so,ada kekurangan skit…sebab xdpt pengalamn ikut aktiviti yg best kt situ..hehe manusia,msti ada sikit sifat dengki….lastly,all d best!!!

  18. aduush..
    bestnye la..
    rugi x g..
    nk wat cmne..
    tmpt dh full..
    adek je yg dpt g..
    tp,papep0n..
    sm0ge ta0n dpn diadakn lg..
    🙂

  19. Tahniah,buat unit kokurikulum….
    tahun depan boley buat kat luar lagi…..
    kalo nk cari tempat bg taw jer…
    nnti sye carikan tempat2 yang menarik selain kem raudhah,antar emel sje di (fmohdzahir@yahoo.com)…

    korang sume mesti jmpe abg joe,aish….
    abg joe banyak memberi motivasi lah….
    ni taun dpan kalo ade plajar y bermasalah antar saje kat abg joe,bru diowang taw macm mane jdi manusia y sbnar…..kta sbagai manusia x boleh ubah manusia,melainkan manusia itu sendiri ubah hatinya…kita hnye boleh memberi ksedaran shaja….

  20. congratez to cpew2 yg g kem neyh k…ape2 pown congratez guck kt samhsb coz dpt wat kem yg berfaedah n berilmu ney…!!

  21. Assalamualaikum..
    tahniah kpd guru2 samhsb yg t’libt dlm mukhayyam taun nie…
    nmpk nyer samhsb da smkin maju…
    syg nyer nk tinggalkn skowla nie taun dpn..
    apew2 pown…
    samhsb sentiase skowlaku yg t’baik…
    slmt maju jaya SAMHSB…!!!
    salam..

  22. Eh2,name saye naek la,kene komen jgk ni,hehehe…thanx jgk kat student2 yg bg kerjasama..menurut kata abg joe n fasilitator2 kat sane,student kita antara yg plg baik yg pernah diorang handle…bak kate abg bob yg cute tu,student2 sume bgs,dgr ckp..bangga rasenye jd cegu samhsb ni walaupun juz cegu ganti je,hehehe…night walk mmg best,tp program ikhtiar hidup hancus,ade ke nk msk nasi gune api daun kering je,luar buluh nampak hitam,tp bila belah buluh tu berderai beras keluar,hahaha…

  23. best giler kem ni….cam nak pgi lg jer……rindu ah kat fasilitator kat sana…….klo sesape nk pgi …….jom pgi taon dpn………

  24. kem ni mmg bez..
    rugi sape yg xpegi mcm2 aktiviti ade..
    muni ko nk pegi ke taun dpn?
    nk msk form 6 kerh??hehe..
    kte wat cmping sndri pas spm erk..

  25. anak2 murid saya…lain kali kalau dgr cikgu nak buat camping cepat2lah respon..insyaallah cikgu2 semua ni pasti nak buat yg terbaik untuk semua ank2 muridnya…
    janganlah tunggu cikgu singsing lengan dulu,baru berebut nak daftar nama..
    anyway,tahun depan punya mukhaiyyam lagi mencabar..
    so dari awal tahun korang siap2 kumpul duitnyer ek..

  26. mula2 rse nk balik..rse nk nangis pn de tp bez plk da lme2 tu..rse mcm xnk balik..paling syoknye time night walking smpi mcm2 doa kuar..kononnye hantu nk takutkn kiteorg tp kami x gentar abis sume antu yg blakon kami sepak terajang..hahaha..thun dpn hantu2 sme kna pakai bju besila..silap2 masuk ICU..hahaha

Leave a reply to mamamimimumu Cancel reply