Influenza A(H1N1): Apa Perlu Kita Buat?

Dipetik dari:  http://muzir.wordpress.com/2009/08/17/influenza-ah1n1-apa-perlu-kita-buat/

Influenza A(H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada rakyat negara ini apabila hari demi hari ada sahaja kes kematian dilaporkan.  Jumlah yang positif H1N1 semakin bertambah menandakan wabak ini semakin berleluasa di kalangan rakyat negara kita.  Perkara ini amat membimbangkan.

Pada hari ini (17 Ogos 2009), jumlah kematian yang telah dilaporkan adalah 2 orang.  Menjadikan jumlah kematian yang dilaporkan adalah 64 orang setakat ini.

Dipetik dari:  http://h1n1.moh.gov.my/

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 17 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes Kematian : 2
Jumlah Kematian : 64

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan  post-delivery (1).   

Untuk makluman sebanyak 2 kematian telah dilaporkan.

Justeru, apa yang harus kita buat? 

  • Pertama sekali, hendaklah kita beriman bahawa semua ini adalah qada’ dan qadar ALLAH subhanahu wata’ala.  Ia merupakan ketentuan yang pasti berlaku dan ia berlaku dengan pengetahuan dan izin ALLAH.  ALLAH subhanahu wata’ala berfirman:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الأرْضِ وَلا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya:  “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”  Surah al-Hadid, ayat 22.

  • Sabar dan redha.  Serta menganggap segala musibah yang berlaku adalah merupakan ujian dan jalan penghapus dosa bagi orang yang bersabar.

Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Bukhari)

Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah). (HR. Bukhari)

  • Berdoa agar dilindungi ALLAH dari kejahatan dan keburukan H1N1 ini.  Contoh do’a yang diajar oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi waallam dalam meminta dijauhkan keburukan dan kejahatan ialah:
Maksudnya: "Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, sesuatu pun tidak memberi mudharat, baik di bumi atau di langit.  DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" Maksudnya: “Dengan nama ALLAH yang dengan namaNYA, sesuatu pun tidak memberi mudharat, baik di bumi atau di langit. DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” 
Maksudnya:  "Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan makhluq yang DIA ciptakan" Maksudnya: “Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan makhluq yang DIA ciptakan” 
Maksudnya:  "Ya ALLAH, sihatkanlah tubuh badanku.  Ya ALLAH, sihatkanlah pendengaranku.  Ya ALLAH, sihatkanlah penglihatanku." Maksudnya: “Ya ALLAH, sihatkanlah tubuh badanku. Ya ALLAH, sihatkanlah pendengaranku. Ya ALLAH, sihatkanlah penglihatanku.” 
  • Sentiasa menjaga kebersihan dan melakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Antaranya:
    • Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersih.
    • Kerap cuci tangan.
    • Gunakan penutup muka dan hidung.
    • Tangguhkan lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak.
    • Patuhi semua arahan dari pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
  • Jika mengalami gejala Influenza A (H1N1), segeralah bertemu dengan doktor.  Antara gejalanya adalah demam, dan diiringi oleh salah satu tanda-tanda berikut:
    • Batuk
    • Sakit tekak
    • Sukar bernafas
    • Sakit dada
    • Sakit kepala

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan dalam kita menghadapi bahaya wabak Influenza A (H1N1) ini.  Mudah-mudahan dengan iman yang teguh di hati, sabar, doa dan ikhtiar untuk menjauhinya dapat menjadikan kita manusia yang redha dan selamat di dunia dan di akhirat.

WAllahu Ta’ala A’lam.

22 Responses

  1. Insaflah wahai manusia,
    Jika diri mu bernoda,
    Dunia hanya naungan,
    Untuk makhluk ciptaan tuhan….

    Siapa selalu berbakti,
    Mengabdi pada Ilahi,
    Kan Sentosa selamanya,
    Di dunia dan akhir masa…

  2. Do’a di atas saya petik dari al-Ma’thurat yang kita biasa baca tu. Dan do’a2 di atas dirawayatkan bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

    Manfaatkanlah ye😀

  3. berdoalah agar kita semua dijauhi dari wabak ini…..
    bersama2lah kita upgrade pahala & delete dosa…..

  4. H1N1 diberi nama
    Semua orang gerun mendengarnya
    Kebersihan diri perlu dijaga
    Agar kita sihat sentiasa

    Sepanjang masa berdoa padaNya
    Dijauhkan dari malapetaka
    Wahai warga sekolah semua
    Hendaklah kita berjaga-jaga

    Kalau demam dan batuk melanda
    Jumpalah doktor dengan segera
    Jangan diamal budaya tak apa
    Kelak diri badan binasa

    Memakai ‘mask’ langkah berjaga
    Basuh tangan jangan dilupa
    Ikuti amalan Islam tercinta
    Itulah yang sebaik-baiknya

    H1N1 datang tiba2 saja
    Mungkin ujian, mungkin amaran dariNya
    Dalam doa janganlah lupa
    Agar semua dilindungi yang ESA

    Cukup disini celoteh saya
    Nanti ada yang menyampah pula
    Tapi sebelum saya lupa
    Selamat berpuasa & bercuti pada semua…

  5. salam…siape mamamimimumu ni ea…
    sdp la pntun…ckgu ke,pljr ke…rsenye cm ckgu pnye
    pntun jerh..pape pown..SELAMAT BERPUASA..
    puase,jgn xpuase plak…hehe..

  6. mamamimimumu diberi nama
    warga SAMHSB sesungguhnya ia
    berpantun seloka sudah terbiasa
    saya nie biasa-biasa aja

    nooratikah dan saya selalu bersua
    tapi mungkin tak perasan aja
    kalau nak tau juga siapa saya
    cubalah cari sampai berjaya

  7. em…satu cbrn bgi sy nmpknye…
    sy akn cri jgak siapakah gerangan mamamimimumu
    ni…! .;-)

  8. Anak Cina makan pengat,
    Sendiri mau ingat…haha

  9. Cikgu Shah,Bley x, masukkan senarai nama ckgu serta yahoo mail cikgu2 dalam laman web ni….
    supaya para pelajar dapat rujuk dan dpat mnggunakan yahoo mail dengan sebaik2nya untuk mencari ilmu apabila waktu cuti sekolah

  10. Dapat mngisi manfaat pada msim cuti sekolah,cikgu2 boley beri soalan didlam emel…..

  11. Zahir92,
    Bagus cadangan tu…

    1. Lain kali, cadangan atau komen umum hantarlah ke buku tetamu ye🙂

    2. InsyaALLAH, saya akan bincang dengan cikgu2 lain tentang cadangan Zahir tu dan keperluannya. Sebahagian kita tak mahu mendedahkan email masing2 di khalayak umum seperti di website ini.

    3. Secondly…privacy during the holiday😉

  12. mamamimimumu,kat mana awak blajar pantu seloka nie?sedaplah bunyinya dan sedap orang yang membacanya,awak kata dah terbiasa , kat rumah pun awak berpantun ke???? he…he…he… gurau jeee

  13. ingin tahu?? bertanya pula
    mamamimimumu rasa teruja
    di rumah tidaklah sepanjang masa
    nanti semua orang tercengang nak menjawabnya

    berpantun seloka tinggalan lama
    minat meresap sampai ke jiwa
    kalau kita tak mewarisinya
    takut nanti tinggal pusaka

  14. mamamimimumu..
    siapakah gerangan,pastinya orang bukan jembalang,
    tunjukkan dirimu oh wahai tuan/puan
    suapaya hati tak gundah gundalan,
    terungkai misteri empunya badan,
    walau diriku meneka,tapi masih penasaran…

  15. cikgu suria datang bak mentari
    teriknya sinar berhari-hari
    bukan mamamimimumu tak nak tunjuk diri
    biarkan ia menjadi misteri

    mamamimimumu hadir berperi
    moga terhibur semua sekali
    kalau semua tahu siapa diri ini
    nanti blog ni tak best la lagi

    H1N1 topik diberi
    Untuk dibincang demi keselamatan diri
    topik ni kira dah lari
    takut cikgu shah marah pulak nanti

  16. Wah, semua pantun ni!😀

    Ke kebun Mak Limah pergi mengait,
    Pergi dengan kawannya Ramu;
    Kecoh sekolah kecoh website,
    Siapa gerangan si mamamimimumu.

    Anak Pak Lamin memakan tauhu,
    Tumpang nyonya naik kereta;
    Saya admin tak mahu beritahu,
    Biar empunya yang sendiri bercerita.

    Cantik bulan cerah warnanya,
    Dicapai hendak dipegang hendak;
    Walau perbualan lari tajuknya,
    Marah tidak benci pun tidak.

    Ikan bilis dimakan ikan,
    Berenang sekata sesama jenisnya;
    Artikel ditulis untuk dimanfaatkan,
    Semoga kita dipelihara olehNYA.

    ~CikguShah~

  17. Salam…saya pun nak kena pantun ke?
    Saya cuba ya…:-)

    ALLAH Maha Kaya Lagi Maha Berkuasa
    Rasullullah SAW adalah kekasihnya
    Dunia ini penuh dengan dosa
    H1N1 salah satu tanda kemarahanNya

    Allah SWT Maha Pencipta
    Setiap penyakit ada penawarnya
    Dengan nama Allah kita meminta
    Agar mendapat yang terbaik dariNya.

    Cukuplah kot…:-)

    Saya nasihat utk semua ibubapa yang prihatin dan bimbang akan wabah H1N1.

  18. wah!! kat website sekolah kita sekarang tengah ade
    “Hari Pantun Sedunianya kee???

    sekolah indah sekolah saya,
    SAM Hisamuddin diberi nama,
    cikgu shah punya pantun boleh tahan juga,
    eloklah daripada tak ada

    pergi kedai membeli tauhu,
    tauhu dibeli di kedai Ramu,
    wahai mamamimimumu siapakah dirimu???
    tunjukkan dirimu saya ingin tahu

    jawab . jangan x jawab!!!!!

  19. salam…nk bpntun,xpndai plak rsenye..
    drpd mlukn dri sndiri,sy straight to the point je arh..
    wahai cikgu shah,bntulh sy mcri siapakah gerangan
    mamamimimumu…sy dicbr tok mcri smpai jumpa,sy cume
    meneka..adkah mamamimimumu cikgu ksygn sy,cikgu mimah???

  20. Nooratikah, ni jawabnya ya…

    Duduk di pintu mengaduh luka,
    Pokok semalu tajam durinya;
    Kalau itu gerangan yang diteka,
    Jangan malu pergilah tanya😉 .

  21. pd kwn2 jge dri…ingtlah owng tersyang

  22. jenguk2 di celah pintu,
    siapa datang ana x tahu,
    sye adalah seorg pemalu,
    law da malu camne nk tnye??

    (hehe,….akhir rima tue tetibe b’tukar…
    pepandai la ek…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: