Jangan Berputus Asa, Kembalilah Kepada Tuhanmu

Buat diriku dan sekalian ummat manusia, hampir setiap hari kita kadang-kadang dengan sengaja atau tidak sengaja menghimpun dosa. Baik dan jahat bercampur-campur kita lakukan. Pahala dan dosa berganti-ganti mengisi karung amalan kita. Namun, sebagai manusia kita sentiasa cuba mengkoreksi diri dan beristighfar tatkala sedar dari lamunan orang berdosa.

Jika kita manusia yang jarang atau tidak pernah insaf sebelum ini, tetapi mahu kembali kepada ALLAH… Nah, pintuNYA sentiasa terbuka luas! Marilah kembali kepadaNYA, jangan tangguh lagi. Masih ada harapan. Kerana DIA Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang…

ALLAH subhanahu wata’ala sentiasa bersedia dengan pengampunan.  Dan taubat seorang yang bertaubat akan menghapuskan dosa-dosanya yang terdahulu…

ALLAH subhanahu wata’ala berfirman: 

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Bermaksud:  “Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az Zumar: 53)

Dan dari Anas bin Malik radhiAllahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: ‘”Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi.  Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula. (HR Tirmidzi, beliau berkata: “hadits ini hasan”)

Ayuh, saudaraku semua!  Tak kiralah samada anda pernah mencuri, berbohong, meninggi suara terhadap ibubapa, menzalimi orang lain, berzina, membunuh atau sebagainya; BERTAUBATLAH!.  Selagi nyawa belum dicabut dari tubuhmu, taubatmu masih akan diterima ALLAH, mudah-mudahan.

Semoga kita beroleh TAQWA, amin.

(Dipetik dari SINI)

Ihya’ Ramadhan 1430H-2009M

Warga SAMHSB bertadarus

Warga SAMHSB bertadarus

Alhamdulillah, Ramadhan 1430H-2009H menjengah setiap kita yang bergelar muslim.  Padanya terdapat berganda-ganda tawaran daripada ALLAH Azza wa Jall untuk hamba-hambaNYA yang mahu mengejarnya.  Kerugian yang besarlah bagi sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan dariNYA dan terlepas pula dari ganjaran besar dari ALLAH subhanahu wata’ala.

Di SAMHSB, antara program-program yang telah dijalankan bagi menghidupkan Ramadhan adalah:

  1. Ceramah Awal Ramadhan – Anjuran Persatuan Agama Islam & BADAR
  2. Tadarus al-Quran (7.30am-8.00am setiap hari) – Anjuran BADAR
  3. Tadzkirah Zohor (2.00pm-2.25pm setiap hari) – Anjuran BADAR
  4. Kutipan Derma untuk Pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. – Anjuran BADAR
  5. Kutipan Derma untuk Tabung Aman Palestin. – Anjuran BADAR
  6. Poster-poster bermesejkan kepentingan Ramadhan – Anjuran BADAR
  7. Terbitan 4 risalah ringkas tentang Ramadhan – Anjuran BADAR
  8. Penyediaan bahan bacaan buku-buku soal-jawab tentang Puasa. – Anjuran BADAR
  9. Majlis Tadarus & Khatam al-Quran Perdana 2009 – Anjuran Panitia Al-Quran & BADAR
  10. Ceramah “Al-Quran & Kita” – Anjuran BADAR
Ust Mahmuddin sedang menyampaikan tadzkirah kepada para pelajar yang disayanginya

Ust Mahmuddin sedang menyampaikan tadzkirah kepada para pelajar yang disayanginya

Para pelajar sedang khusyuk mendengar peringatan dan nasihat

Para pelajar sedang khusyuk mendengar peringatan dan nasihat

Ust Ali dan pelajar2 sedang mengira jumlah kutipan untuk dihantar ke Palestin

Ust Ali dan pelajar2 sedang mengira jumlah kutipan untuk dihantar ke Palestin

Semoga program-program yang telah diadakan dapat mempertingkatkan keimanan warga SAMHSB, dan menjuruskan kita semua ke arah menjadikan diri masing-masing insan BERTAQWA, amin…