SMA: Semoga Berjaya!

20 OKTOBER 2009, berakhirlah penantian hampir 140 orang pelajar tingkatan 4 SAMHSB.  Segala persediaan untuk menghadapi peperiksaan SMA yang selama ini mereka lakukan, bakal diuji pada hari ini.  Keilmuan, kemahiran menjawab dan kekuatan hafalan para pelajar akan diukur bermula hari ini sehingga Jumaat 23 Oktober 2009.

Seluruh warga SAMHSB mengucapkan ‘selamat menghadapi peperiksaan’ dan kami mendo’akan agar kalian dipermudahkan oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjawabnya.  Semoga kalian memperolehi keputusan yang cemerlang, malah diberkati kalian semua, amin.

Berikut adalah wajah-wajah ceria mereka sebelum masuk ke dewan peperiksaan.  Pastinya ketika ini perasaan mereka bercampur-campur.  Mudah-mudahan mereka dilindungi ALLAH dari perasaan resah gelisah, sedih, malas dan lemah, amin. 

Advertisements

Nasyid ‘Puteriku Sayang’

Program Kelab Rakan Muda – Selamat di Jalan Raya

Pada 8 OKTOBER 2009, seramai 31 orang pelajar telah mewakili sekolah dalam Program Kelab Rakan Muda Sekolah – Selamat Di Jalan Raya (Motor Safety) Sekolah-Sekolah Daerah Klang.  Berikut adalah butiran program:

Tarikh:  8 OKTOBER 2009 (Khamis)

Masa:  8.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat:  Dewan Terbuka SM Teknik, Klang

Penyertaan:  31 orang pelajar

Guru Pengiring:  Cikgu Shah & Ustadz Lutfi

Diharap dengan program tersebut dapat membuka minda para pelajar yang terlibat tentang faktor keselamatan yang wajar diambil berat ketika di jalan raya.

 

 

PMR 2009 Bermula Hari Ini!

Pada hari ini, 7 OKTOBER 2009 semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia menghadapi peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR). 

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PMR 2009 (klik sini)

Di SAMHSB, seramai 200 orang calon sedang menghadapinya dengan penuh bersungguh-sungguh.  Sebelum memasuki dewan peperiksaan, mereka dan guru-guru telah sama-sama berdoa memohon kehadrat ALLAH subhanahu wata’ala agar dipermudahkanNYA dan dikurniakan keputusan yang cemerlang, insyaALLAH, amin.

Kami guru-guru dan keseluruhan warga SAMHSB mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka, diberi ketenangan dan dijauhkan dari segala musibah sepanjang menghadapi peperiksaan yang penting itu.  Mudah2an mereka memperolehi keputusan yang cemerlang, dan diberkati keputusan mereka itu, amin.

Majlis Solat Hajat Perdana 2009

Anjuran PIBG, dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Badan Dakwah & Rohani (BADAR)

Tentatif Program:

  • 6.00ptg-6.30ptg:  Pendaftaran ibubapa, guru dan pelajar
  • 6.30ptg-7.10ptg:  Bacaan Yasin
  • 7.10mlm-9.30mlm:
  • Solat Maghrib
  • Kuliah Maghrib oleh Ust Mohd Rashid bin Mohd Salleh
  • Solat Isya’
  • Solat Sunnat Hajat
  • 9.30:  Jamuan & bersurai

Sambutan ‘Iedulfitri Peringkat Sekolah

MAJLIS SAMBUTAN ‘EIDULFITRI PERINGKAT SAMHSB

Pada 13 Syawwal 1430 – 2 OKTOBER 2009

Anjuran Badan Dakwah & Rohani (BADAR)

 

 Aturcara Majlis:

  • 7.30 – 7.40:  Para Pelajar & Guru Berkumpul di Dataran SAMHSB
  • 7.40 – 7.45:  Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis
  • 7.45 – 7.50:  Ucapan oleh Ketua Pelajar SAMHSB
  • 7.50 – 8.00:  Ucapan oleh Wakil Guru BADAR SAMHSB
  • 8.00 – 8.10:  Ucapan Pengetua SAMHSB
  • 8.10 – 8.20:  Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Naqib & Naqibah dari Tingkatan 5 SAMHSB
  • 8.20 – 8.45:  Persembahan Nasyid oleh Pelajar SAMHSB
  • 8.45 – 9.15:  Persediaan Jamuan
  • 9.15 – 11.00:  Jamuan & Baraan
  • 11.00 – 12.15:  Pengemasan Kelas