PMR 2009 Bermula Hari Ini!

Pada hari ini, 7 OKTOBER 2009 semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia menghadapi peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR). 

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PMR 2009 (klik sini)

Di SAMHSB, seramai 200 orang calon sedang menghadapinya dengan penuh bersungguh-sungguh.  Sebelum memasuki dewan peperiksaan, mereka dan guru-guru telah sama-sama berdoa memohon kehadrat ALLAH subhanahu wata’ala agar dipermudahkanNYA dan dikurniakan keputusan yang cemerlang, insyaALLAH, amin.

Kami guru-guru dan keseluruhan warga SAMHSB mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka, diberi ketenangan dan dijauhkan dari segala musibah sepanjang menghadapi peperiksaan yang penting itu.  Mudah2an mereka memperolehi keputusan yang cemerlang, dan diberkati keputusan mereka itu, amin.

Advertisements