SMA: Semoga Berjaya!

20 OKTOBER 2009, berakhirlah penantian hampir 140 orang pelajar tingkatan 4 SAMHSB.  Segala persediaan untuk menghadapi peperiksaan SMA yang selama ini mereka lakukan, bakal diuji pada hari ini.  Keilmuan, kemahiran menjawab dan kekuatan hafalan para pelajar akan diukur bermula hari ini sehingga Jumaat 23 Oktober 2009.

Seluruh warga SAMHSB mengucapkan ‘selamat menghadapi peperiksaan’ dan kami mendo’akan agar kalian dipermudahkan oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjawabnya.  Semoga kalian memperolehi keputusan yang cemerlang, malah diberkati kalian semua, amin.

Berikut adalah wajah-wajah ceria mereka sebelum masuk ke dewan peperiksaan.  Pastinya ketika ini perasaan mereka bercampur-campur.  Mudah-mudahan mereka dilindungi ALLAH dari perasaan resah gelisah, sedih, malas dan lemah, amin. 

Advertisements