Program Cinta & Remaja

Alhamdulillah, Badan Dakwah & Rohani (BADAR) dan Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) telah secara bersama menganjurkan program CINTA & Masa Depan Remaja.

Program tersebut bertujuan bagi memberi kefahaman kepada para pelajar SAMSHSB perihal cinta dan pandangan ISLAM terhadapnya.  Ini disebabkan oleh cinta dan remaja begitu sinonim dikaitkan.  Hasilnya, bagi yang tidak mempunyai kefahaman yang jelas, terdorong dek nafsu semata dan kejahilan, maka ramailah remaja yang terjerumus ke lembah kehinaan yang penuh dosa.

Antara pengisian:

29 OKTOBER 2009 (Khamis) Untuk Pelajar2 Tingkatan 3

  • Ceramah Keperluan & Perkembangan Psikologi Remaja (oleh Cikgu Aizan)
  • Forum:  Cinta & Masa Depan Remaja (Panel:  Cikgu Shah, Cikgu Aizan, Cik Rafidah dan Cik Aeisyah sbg moderator)
  • Bengkel Anda Bijak Jauhi Zina (oleh En. Azri)

12 NOVEMBER 2009 (Khamis) Untuk Pelajar2 Tingkatan 4

  • Cinta:  Fitrah atau Fitnah? (Bhgn 1) (Oleh Cikgu Shah)
  • Forum:  Cinta & Masa Depan Remaja (Panel:  Cikgu Shah & Cikgu Aizan dan Cik Ellyna sbg moderator)
  • Cinta:  Fitrah atau Fitnah? (Bhgn 2) (Oleh Cikgu Shah)

Semoga para pelajar yang terlibat dapat mengambil manfaat dan meletakkan keutamaan cinta kepada ALLAH & Rasul sebagai yang utama.   Juga, tumpukanlah dan fokuskanlah kepada amanah ibubapa serta cita-cita kalian.

Berhati-hatilah, sesungguhnya zaman remaja ini penuh dengan dilema dan fitnah.  Mudah2an ALLAH subhanahu wata’ala memelihara kalian dengan hidayah & taufiqNYA, amin…

11 Responses

  1. alhamdulillah..
    p0gram cmni memg best dan amt bermnfaat utk kami,remaja..
    h0pe p0gram2 cmni akn terus diadakan pd masa2 akan dtg sbgai peringtn dan pnmbh ilmu pgtahuan..🙂

    • Alhamdulillah, kami berasa lega apabila pelajar2 telah mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan.

      Program di atas diadakan kerana kami sedar bahawa ramai kalian yang remaja ini, terdedah dengan permainan cinta ini.

      Justeru, kami ingin kalian diluruskan. Faham benar2 apa itu cinta? Berbaloikah cinta pada masa ini? Cinta yang manakah wajar kita kejari dahulu? Apakah keutamaan kalian sebagai pelajar & muslim? Dan sebagainya…

      Jika kalian mempunyai dilema dan masalah remaja, silalah bertemu dengan guru-guru yang kalian rasa selesa untuk berjumpa. Di sekolah ada guru Kaunseling, BADAR dan lain2. Manfaatkanlah, supaya kerunsingan kalian dapat dileraikan, insyaALLAH…

  2. salam..
    cikgu shah,cik rafidah tu rafidah ting. 3 tu ke?

    • wa’alaikumussalam warahmatullah…
      Ye, ustadzah Rafidah form 3…

      • waa…hebat junior ana ni jd ahli panel…

  3. ckg,
    tadE pic tyMe prOgrm niEy kErr..?

    • Sorry takde😦

      Saya tak bawa kamera hari tu. Kalau bawa pun, siapa nak tangkap sebab saya sibuk handle the programme…

  4. alhamdulillah…program nie bnyak myedar kn, dn mgukuhkn pendirian diri ini

  5. saya ade gambar program tu..nanti saya beri pd cikgu..insyallah
    memang seronok dapat berinteraksi ttg cinta remaja dgn pelajar2 semua..tak puas rasanya..
    banyak yg kami nak kongsi…

  6. OK, terima kasih cikgu Aizan. Emailkan pada saya gambar2 tu ye. Kalau saya dah terima nanti, saya akan terus masukkan ke dalam posting di atas.

    Utk pelajar2 sekalian, sila baca tulisan ini supaya kalian dapat meluruskan dan bermuhasabah dalam hal CINTA: http://muzir.wordpress.com/2009/11/24/muhasabah-cinta/

    WAllahu A’lam…

  7. program ni sgt bermanfaat…..stiap yg ustaz smpaikn m’beri ksn kpd…..sy x prnh lpe ketika…khusyuk dgr cter ustaz time 2….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: