SPM: Ujian Besar Bermula Hari Ini!

Hari ini 18 NOVEMBER 2009 (Rabu), seramai 129 orang pelajar tingkatan 5 SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih sedang menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).  Sejak awal pagi lagi, calon-calon SPM ini telah berkumpul di sekolah bagi menghadapi ujian terbesar dalam kehidupan mereka sebagai pelajar sekolah menengah.

Sebelum memasuki dewan, beberapa pesanan dan amanat telah disampaikan oleh para guru kepada mereka dengan harapan mereka dapat menghadapinya dengan penuh tenang dan bersedia.  InsyaALLAH, kami warga SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih seluruhnya, akan mengiringi perjuangan mereka dengan do’a, mudah2an mereka berjaya menempuhinya, dan dikurniakan ALLAH akan keputusan yang cemerlang.

Ya ALLAH, saudara-saudara kami sedang menghadapi SPM pada hari ini dan beberapa hari mendatang, berilah kekuatan kepada mereka ya ALLAH.  Berilah mereka ilham dan keupayaan untuk menjawab soalan-soalan SPM ini, ya ALLAH.

Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Pertolongan, tolonglah mereka dalam menghadapi ujian yang besar, SPM ini.  Berilah ketenangan kepada mereka, jauhkanlah mereka dari lemah dan lupa, resah dan gelisah.  Lindungilah mereka dari lalai dan cuai.

Wahai Tuhan Yang Maha Menentukan Segalanya, berilah ketentuan yang baik yang Engkau redhai hasil dari peperiksaan ini.  Kurniakanlah mereka keputusan yang cemerlang dalam ujian ini, dan bimbinglah mereka dengan hidayah dan taufiqMU, amin…

 

Jadual Peperiksaan SPM:  klik sini

29 Responses

  1. amin…amin…ya rabbal’alamin…

    jom kita doakan mereka sama2 jom… (doa kat atas tu…)

  2. doa-usaha-istiqamah-tawakkal

    moga allah berikan terbaik, amin…

  3. gud luck 4 spm candidate,,,

  4. amiin..doakan kejayaan kami..sok paper sej 2 n bi..huhu..

  5. amin ya rabbal a’lamin..
    sm0ge Allah mmberi kmudahan utk kalian sume mnjwb..
    all d best..
    d0 d best n dptkn result yg gempak!!

  6. selamat berjuang adik2ku!!igt,kte blaja bkn skadar utk lulus dlm peperiksaan..tp praktikkan ilmu ALLAH yg kte blaja tu k….

  7. gud luck~

  8. InsyAllah mereka semua akan mendapat pertolongan daripada Allah dgn usaha yang mereka lakukan…
    Amin….
    Naik je tahun hadapan saya pulak yang menggantikan tempat mereka…rase semakin berdebar pulak…
    Pejam celik-pejam celik da naik Tingkatan 5…
    Dalam mase yang sme kena tumpukan kt SPM…
    Mesti banyak cabaran yang akan saya rse….
    Apapun Good Luck pelajar SPM 2009…
    Untuk pelajar SPM 2010 buktikan prestasi kita lebih meningkat…..

  9. buat semua calon SPM …..usaha, doa dan tawakkal ..itulah prinsip kita…..semoga berjaya….

  10. Alhamdulillah, 6 kertas sudah mereka lalui: BM1, BM2, BI1, BI2, Sejarah1 dan Sejarah2.

    Nasihat saya buat calon-calon SPM:
    – Teruskan usaha.
    – Banyakkan berdo’a.
    – Jangan ‘last minute’ masuk dewan peperiksaan. Kerana ini boleh mengundang ‘bahaya’. Masuk dewan peperiksaan awal dan duduk selesa menenangkan diri. Sambil memohon bantuan dari ALLAH, Tuhan Yang Maha Membantu.
    – Jangan keluar dewan awal. Manfaatkan setiap saat untuk kertas yang disoal. Jika siap awal, semak setiap jawapan sekurang-kurangnya 3 kali.
    – Jawab yang mudah dahulu. Jika rasa sesuatu soalan itu susah, teruskan ke soalan yang lain. Jangan peruntukkan masa yang terlalu lama untuk sesuatu soalan.
    – TAWAKKAL kepada ALLAH sebelum dan sesudah menjawab.

    Mudah2an kalian memperolehi kejayaan yang diberkati, amin…

  11. ya allah ya tuhan kami,
    ampunkanlah dosa-dosa kami,
    dosa kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang meninggalkan dunia,
    kau berilah petunjuk dan hidayah kepada kami,
    kau berikanlah kami ilmu yang bermanfaat kepada kami,
    kau lapangkanlah dada kami,
    kau permudahkan kami ketika menjawab peperiksaan,
    kau berikanlah kami kecemerlangan dalam spm,
    kami bersyukur kepada mu kerana menuntut ilmu mu yang bermanfaat…

    Buat semua rakan2,
    jika anda semua ingin berjaya,sya juga ingin berjaya,
    jadi marilah kita semua beramai2 berdoa untuk kejayaan spm..insyaallah…..

    Terima Kasih Semua guru2 Sam Sultan Hisamuddin Sungai Bertih Kerana memberi banyak tunjuk ajar, banyak membimbing dan mendidik kami selama 5 tahun kami bersekolah……

    Terima Kasih Cikgu,
    Kami sayang cikgu…..

  12. semoga berjaya diucapkan kepada pelajar spm09..
    khasnya bwat kakak2 kat aspuri..chaiyok,chaiyok!!
    ingatlah berjuang untuk ilmu itu jihad,jadi bekerja kerana Allah kejayaan untuk Islam…

  13. Kepada semua rakan2 yang ingin soalan spot ekonomi,sains dan soalan ramalan perdagangan,
    sila emelkan anda punya emel ke (fmohdzahir@yahoo.com),saya akan membalas emel anda,insyaallah….tetapi anda jangan terlalu yakin dan percaya dengan tajuk2 spot 2……
    saya baru buka laman web soalan dan tajuk2 spot……
    Insyaallah sya akan cari mane yang mampu….

  14. Alhamdulilah,empat mata pelajaran telah selesai,BM,Bi,SeJ,Mate….

  15. kami akan sentiasa mend0akan kejayaan form 5.gud luck 4 spm!!!aza2 fighting!caiyok2!!!all the best!!! I LUV U ALL!!!!

    • salam,semoga semua usaha dan titik peluh anda semua akan dapat membuahkan hasil yang boleh di banggakan

  16. student f.5 2009 pasti boleh!! doakan kejayaan kami semua..

    • insya-allah kak faseha,iringan doa daripada kami semua dan juga guru2 x akan putus.semoga anda semua dapat wat yang terbaik…………

  17. semoga semua pelajar spm 2009 dapat mencapai apa yang mereka harapkan selama ini…
    amin….

  18. GUD LUCK MY BROTHER

  19. doakan kejayaan kte org ek…..moga2 dpt 10a+….ape2 pon thnkz kt ckg2 sbb byk beri dorongan….n kt skul yg sntias wt yg tbaek untk kte org…..n 4 kwn smoge berjaye jwb kerts yg strsnye……..luv u all…..

  20. salam,saya ingin kongsikan sedikit teknik belajar yg saya perolehi daripada seorang hamba Allah yg juga merupakan seorang bekas pelajar daripada KISAS,dengan harapan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda yg membaca ini :-

    B-baca
    U-ulang
    F-faham (BUFSU)
    S-salin
    U-ulang

    *salin membawa maksud salin di dlam kertas kecil atau nota poket di dlamnya bolehla tulis apa yg kita baca iaitu nota ringkas ataupun formula2 dan baca setiap kali ada masa yg terluang (bukannye salin sampai satu buku,cuma amik input yg penting shj)

  21. dgn usha dan ksngguhan yg ada,xmsthl kcmrlgn akn di gapai,,insyaAllah

  22. urmm..
    first day..feelin very different..
    nervous?confident?freaky?
    no..myb..
    can’t wait to be free!!
    hahahaa!!

  23. blaja la dri awal adek2 ku sekalian…..

    jika tidak anda akan menyesal..

    t`utama skali budak2 fom 4….

  24. btol3 2 pet..he4..
    lw dberi peluang repeat,ak nk repeat sbjk account..huhu..
    erm alhamdulillah akhr’ye kami pljr spm sdh m’jd alumni sgbert..hik4..

  25. soalan akaun 2009 len mcm wo!!

    len drp soaln 08,07..

    rse`y utk taun 2010 lbih m`ncbar!!

    bkn soaln akaun j..yg len2 pn sme..

    kbnykn soaln spot x kuar..

    oleh e2 ,blaja l b`sgguh2 whai adik2 sekalian..

  26. wat adik2 uh…blaja btol2….tgktkn prestasi supaya nama samshsb gah di mata dunia LUAR…

  27. lepas fikir spm,plkn pulak dtng dlm fikiran…he..he…all the best kat nad and kwn2 yg lain kt plkn!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: