Selamat Bercuti

Cuti sekolah telah pun bermula.  Kami mengucapkan kepada semua guru-guru dan para pelajar ‘Selamat Bercuti’.  Berikut adalah beberapa nasihat kepada para pelajar:

  • Isikanlah masa dengan aktiviti dan program yang bermanfaat.
  • Manfaatkan masa cuti yang panjang ini untuk berbakti kepada ibubapa.
  • Banyakkan membaca seperti buku-buku agama, ensiklopedia, novel yang mendidik jiwa dan lain-lain.
  • Bagi yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SMA dan SPM pada tahun hadapan (2010), mulakan usaha dan persediaan dari sekarang.
  • Jangan terlalu seronok.
  • Jangan bazirkan masa dengan tidur dan menonton TV sahaja.
  • Aturkan aktiviti dengan ibubapa, adik-beradik atau dengan kawan-kawan untuk pergi ke perpustakaan.
  • Sertailah program-program bermanfaat yang banyak dianjurkan sepanjang cuti persekolahan ini.
  • Jaga diri dan maruah kalian sebagai seorang muslim.
  • Jangan banyak meluangkan masa keluar dengan keluar bersama kawan-kawan ke tempat-tempat yang tidak bermanfaat, contohnya pusat membeli-belah, kafe siber dan seumpama dengannya.
  • Berhati-hati selalu kerana ‘kemalangan tidak berbau’ dan jenayah boleh tertimpa kepada sesiapa sahaja, terutama buat yang leka dan alpa.

Semoga kalian menjadi manusia yang lebih baik apabila kita bertemu nanti di sekolah pada sesi 2010.  Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memelihara kalian sentiasa, dan ditunjukiNYA kalian dengan hidayah dan taufiq dariNYA, amin…

Manfaatkanlah cuti yang diberi.  Supaya kita tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi akibat tidak memanfaatkan masa…

Demi masa.

وَالْعَصْرِ 1

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 2

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 3

27 Responses

  1. salam..huhu..lme da x bkak blog ckola nih..
    ad make over nmpknye iye..alhamdulillah..
    buat pljr2 spm..truskn prjuagn..mudh2an,
    bjaye hndknye..cekgu mimah..xsompet den
    nk jmpo las day skola ari tuh.apo2 pon,
    arap2 sume ckgu sihat walafiat..tutamenye,ckgu
    murni..bowink tol dok umah je ni ha..naik kmatu dibuatnye..
    rndu plak nk g skola..

    • atikah,boleh aku tanye,apa cite si mamamimimumu tu???? senyap je skrang…dulu bukan main lagi berpantun…kenapa…dah habis ayat pantun keee????

  2. salam kepada budak2 sg bert kalau dah cutie jgn lupe solat pulak…jgn kt skul je solat kn umah hampeh…ingat au..

  3. moga kita akan berjumpa di thun hadapan 2010

  4. Assalamualaikum…mmhh da hampir 2 minggu lebih bercuti….boring lah teramat sgt…..xper,bleh di isi dgn benda2 yg berfaedah…kawan2 sume jgn lupe study walaupon tgh cuty..kang next year xsmpat kejar subject form 1 n form2…..ape2 pon slmt bercuti dan smoga kte bertmu lg pda tahun dpan bg sesi persekolahan 2010..InsyaALLAH…..

  5. yeye……….dah cuti……bestnye…..InsyAllah sy akan manfaatkan cuti ni sebaek mungkin……ustaz shah,byrn yuran 4 2010 bile nk pprkn kt blog sklh????????????????????

    • Khaider, insyaALLAH saya akan masukkan berita2 dari sekolah tentang sesi persekolah 2010. Buat masa ni, saya masih belum mendapat apa2 makluman lagi dari sekolah.

      Selalu2lah jenguk ke website ni ye🙂

      • salam ,cikgushah,website sekolah kite nampaknyer dah semakin maju dengan penambahan kata-kata hikmah,kalendar islam dan jam.tapi saya nak bertanyer,apa sebenarnya yang ingin di sampaikan melalui website al-habib tuh????????????

  6. Zul Hafiz,
    al-habib.info tu menyediakan ISLAMIC WIDGET untuk website. Tambahan2 di tepi website seperti kata2 hikmah, kalendar, jam, statistik, senarai posting dll…itu semua dipanggil WIDGET.

  7. setiap minggu mesti sekali sy bukak lmn web sek0lah.teruja gile.dah lawa,best plk 2!!!!!byk inf0rmation plk 2!!!!

  8. bestnya korg dpt cuti…..huhu…kte org tgh bperang untk spm….doakan kejayaan kte org ek….luv u skul….

  9. salam ,alaaa….kak nomey_92,kitorg bercuti x bermakna kitaorg cuti sampai bile2,tahun depan kitaorg akan menghadapi peperiksaan yg besar spt PMR,SMA,AND SPM especially yg satu bacth ngan saya yang akan amik PMR tahun depan (2010).jadi akak jgn lah jeulous sangat kerana saat yg akak hadapi sekarang,adik2 akak nih akan hadapi juga satu hari nanti…………

  10. salam..zul hafiz..psl mamamimimumu 2..
    bliau mrajuk ngn sy agknye..hehe..
    yela,niat nk tau spe si gerangan jd sbliknye plak..
    biar la mamamimimumu 2,snyap kjap..
    nty,ble da xde prhatian mgkn bliau akn bpntun blik..
    spe tau kn..
    bliau xmau over exposed..so,kte hormti je la..;-)

    • Zul Hafiz & Nooratikah,
      Tak baik macam tu. Kita kena hormat dengan semua orang. Saya sebagai pengendali laman web ini tahu sebahagian besar identiti pengunjung yang memberi komen di sini. Yang menyamar sebagai orang lain pun saya tahu.

      Mamamimimumu tu saya tahu orangnya. Selagi dia tak mahu mendedahkan dirinya, maka saya akan hormati kerahsiaannya. Orang yang beriman mesti jaga amanah.

      Samada Mamamimimumu atau orang lain, kita semua mesti saling hormat-menghormati. Bukan semua yang memberi komen di sini pelajar2 dan remaja2, ada sebahagiannya para guru dan ibubapa. Mereka menggunakan pelbagai ‘nickname’. Jadi hormatilah sesama kita ye.
      🙂

      • aduss..hehe..baek la,ustz shah..!sy pown da dnasihati ckgu sy psl hal 2..sy da xbminat nk mneruskn pcrian tnpe noktah..
        ..sy mhon maaf ats sume kkecohan yg blaku..spuluh jri dssun mmhon maaf kpd yg bkenaan..

  11. oooohhhhh…….thank you cikgushah…satu lagi..dalam banyak2 pengunjung yang datang dalam website sekolah kite nih tak de pun saye nampak nama pengetua????inilah masanyer pengetua nak berinteraksi dengan kami semua….habis tuh….BILA LAGI???????

    • Zul Hafiz, sebenarnya Puan Pengetua ada berkunjung ke laman web sekolah ni.
      Beliau selalu memantau dan menjenguk. Ada beberapa kali beliau memberi komen.
      Mungkin Zul Hafiz tak perasan dan tak kenal sebab beliau mempunyai nickname yang tersendiri.

      Sebab tulah, kita kena berhati-hati tatkala ingin menaip sesuatu di sini dan saling menghormati dengan semua orang.
      Lagipun, memang ia disuruh agama kan…🙂

  12. assalamualaikum..
    lama dah tak menjenguk…sibuk menjaga exam spm…
    pengalaman yg baru,dapat kenal kawan2 baru,…cuma yg saya dapat simpulkan,betapa bertuahnya saya dapat mengajar anak2 di hisamuddin sg.bertih..yang tatkala mata memandang,sejuk hati dan jiwa…tatkala langkah di atur,sopan wajah menghulur….tatkala salam di sapa,lembut bak angin mendesir…

    • wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Wah, mesti best cikgu dapat pengalaman baru kan.

      Tengok ayat2 cikgu tu, rasanya macam orang yang kerinduan je, hehe.
      Maklumlah, dah lama tak jumpa anak2 murid kan🙂

  13. InsyaALLAH, kurang sebulan lagi kita semua akan berjumpa semula di sekolah yang tercinta. Melalui hari2 persekolahan seperti biasa.

    Saya harap semua pelajar dapat bersedia, bukan sahaja dari segi peralatan, malah yang lebih penting persediaan untuk menjadi pelajar yang lebih baik dari tahun lepas, persediaan untuk menimba ilmu dan persediaan untuk merangkul pingat kecemerlangan.

    Mulakanlah sesi persekolahan 2010 nanti dengan azam yang baru! 😀

    Semoga niat & usaha baik kalian dipermudahkan oleh ALLAH Jalla wa A’la, amin…

  14. Ha..,saya tau saper yang ckgu suria mksudkan 2….

    saya kan???

    hehe.,saya lagi rasa bertuah di sam sultan hisamuddin tatkala melihat ckgu2 brsemangat dan x prnah ptus asa mengajar kami…

    Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan….

  15. Salam semua,

    Cuti skolah semakin nak habis..Seharusnya kita muhasabah diri kita,adakah kita telah menggunakan cuti sekolah ini sebaik mungkin..

    Jikalau kita rasa kita tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin,mulalah dari sekarang..Masih ada masa lagi..

    Kata2x itu ditujukan khas buat saya yg banyak main cuti nih…hehe

    P.S:Baru saya perasan ada sultan depan hisamuddin..Dulu time keluar sekolah,belum ada sultan lagi..cuma dengar ura-ura je..

  16. Rindu rasanya kat anak-anak murid semua,lagi-lagi kini saya jauh diperantauan di Penang buat KDC KPLI,mencari ilmu…..tak sabo nak ke sekolah….sedih diperantauan…..jauh dimata tapi dekat dihati….

  17. xpe ckg..lg 3 mggu jew nk bka skola..hehe..

  18. Assalamualaikum,semua. Semoga sekembalinya kita ke alam persekolahan 2010 dapat memberikan lagi kekuatan dan keyakinan dalam menempuh dugaan belajar. Kepada semua guru SAMSHS, semoga dapat menambahkan lagi kejayaan pelajar-pelajar SAMBERT pada tahun 2010. Kepada pelajar PMR,SMA dan SPM 2009, semoga semuanya mendapat result yg cemerlang. SELAMAT BERCUTI…………….

  19. sekian lama kita bersama,kasih tercipta ssama kita,segala dugaan yg mnimpa kita,iman dan takwa,kuatkan kita,tiba masanya perpisahan kita,kedatangannya menebalkan jiwa,kita hanya mmpu untuk mrancang,tapi allah menentukan,teruskan perjuangan dan terus berkorban demi menegakkan islam,.manis ktika kita bersama,suka dan duka kita bersama,kini semuanya tinggal kenangan,tiada mungkin kan berulang,terpisah di mata di hati jgn,moga perpisahan,di redoi tuhan,kita hanya mmpu untuk mrancang,tapi allah,menentukan….teruskan perjuangan dan terus berkorban,demi menegakkan islam….insyaallah,sekiranya ada waktu lagi,kita akan berjumpa semula sekiranya di izinkan allah….amin…

  20. Mamamimimumu diberi nama
    Menjadi igauan semua yang ada
    Cuti sekolah dah nak habis pula
    Tahun baru tak lama lagi muncullah ia

    Jenguk2 tak muncul pula
    Rasa rindu dalam jiwa
    Nooratikah mencari bagai nak gila
    Zul Hafiz tunggu sehabis daya

    Nooratikah tertanya-tanya
    Zul Hafiz menunggu setia
    Mamamimimumu bukannya pergi mana
    Ada urusan yg perlu dibuat dengan segera

    2009-sedih ada gembira pun ada
    2010-macam mana lah pula
    Mamamimimumu sentiasa ada bersama
    Saja je malas nak tunjuk muka

    Jangan ditunggu orang yang tiada
    Lagi ditunggu lagi merana
    Cuti sekolah masih lagi ada
    Habiskanlah ia dengan gembira

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: