Insan Datang dan Insan Pergi…

Insan Pergi

Persekolahan Januari 2010 telah dibuka dengan kesedihan oleh sebahagian warga SAMSHSB apabila ia dibuka tanpa kehadiran Ustadz Mahmuddin dan Ustadzah Rosliza.  Mereka berdua telah berpindah ke sekolah lain:

  • Ustadz Mahmuddin berpindah ke Maahad Tahfiz Sains Kampung Jawa, Klang.
  • Ustadzah Rosliza berpindah ke SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dan baru-baru ini, kita dikejutkan lagi dengan berita perpindahan keluar Puan Pengetua, Puan Siti Zubaidah.  Malah sebelum itu, Puan Norsiah juga berpindah ke sekolah lain.  Hanya sempat bersama warga SAMSHSB seminggu sahaja pada sesi 2010 ini.  Bertambahlah lagi kesedihan di kalangan warga SAMHSB.

  • Puan Siti Zubaidah berpindah ke SAM Batu 10 Cheras, Hulu Langat.
  • Puan Norsiah berpindah ke SK Seksyen 7, Shah Alam.

Satu majlis khas telah diadakan sempena perpisahan ini pada 8 Januari 2010 yang lalu.  Sama-samalah kita doakan agar mereka yang tidak bersama kita lagi pada tahun ini agar dipelihara ALLAH sentiasa sepanjang hidup mereka dan dikurniakan ALLAH akan kesejahteraan selama-lamanya.

Jasa Ustadz Mahmuddin, Ustadzah Rosliza, Cikgu Norsiah dan terutamanya Puan Pengetua, Puan Siti Zubaidah tidak dapat kita balasi dengan sesuatu apa pun.  Moga2 sumbangan dan jasa mereka diganjari ALLAH dengan pahala yang besar, amin.

 

Insan Datang

Dan alhamdulillah, pada tahun 2010 ini kita juga telah menerima masuk guru-guru yang bakal berkhidmat memberikan sumbangan dan jasa mereka kepada SAMSHSB yang kita cintai ini.  Mereka ialah:

  • Puan Serifah Mahaya binti Syed Dakian – Pengetua baru SAMSHSB.  Beliau dahulunya berkhidmat sebagai Pengetua di SAM Batu 10, Cheras.  Ini bermakna beliau telah bertukar tempat dengan Puan Siti Zubaidah.

  • Puan Nabilah binti Mohd Khalil – Guru Akaun dan Matematik.  Beliau dahulu berkhidmat di SMKA (P) Kangar, Perlis.

  • Puan Noraini binti Ibrahim – Guru Matematik.  Dahulu berkhidmat di SMKA Sandakan, Sabah.

  • Puan Noorzi Arnizalizam binti Razak – Guru Sukatan Azhar.  Sebelum ini berkhidmat di KAFA Subang Jaya, Selangor.

Kami mengucapkan AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM.  Semoga dengan kehadiran kalian dapatlah lagi memberi warna warni kejayaan dan kecemerlangan kepada anak-anak didik di SAMSHSB, insyaALLAH.

Semoga kita dapat sama-sama bertukar idea dan pandangan, tegur-menegur dan saling memperbaiki di antara satu sama lain, supaya mereka semua, anak-anak didik kita mendapat manfaat yang besar dan beroleh kejayaan menjadi manusia yang soleh dan berjiwa rabbani.

26 Responses

  1. sungguh tkjut mndgr ustz mahmuddin brpndah…apa pun moga ustz terus dpt mndidik anak bangsa…tima kasih pd uzt mahmuddin sbb prnh mngajar saya di sg bert…dan tak lupa msa jd warden dulu…

  2. sedeynye pn Siti Zubaidah pindh…rasanya kejap je ada kat hisamuddin…sape yang ganti ye…

  3. em..pas niey ustz shah plak yg pergi….
    taon niey mmg plg xbesh…
    nsb bek nk pindh da…=(

  4. Singkat pula rasanya masa
    Hampir 10 tahun rupa2nya
    Buat Ustaz yang banyak berjasa
    Terima kasih dari kami semua

    Ustaz Mahmuddin orang lama
    Sangat dihormati oleh semua warga
    Mamamimimumu nak ucap maju jaya
    Buat ustaz yang relax sentiasa

    Senda gurau antara kita
    Jangan pula sampai terasa
    Wahai Ustaz Mahmuddin berhati mulia
    Kalau ada apa2 maafkan la ya

  5. sedihnya ustaz Mahmuddin pindah,walaupun ustaz pernah ajar saya sekejap tp yg pasti ustaz memang baik,kelakar, dan kalau ustaz cerita tentang sesuatu saya ngan kwn2 yg lain mesti nak dengar,tp mungkin ini rezeki ustaz utk m’curahkan ilmu kpd pljr lain pula..selamat b’juang ustaz…syukran..

  6. Mamamimimumu datang berperi
    Berperi untuk sesiapa yang sudi
    Pengetua Siti Zubaidah sudahlah pergi
    Perginya untuk mencurah bakti

    Sedihlah pula rasa dihati
    Kehilangan Pengetua yang baik hati
    Dua tahun rasa sekejap sekali
    Macam baru semalam datang ke sini

    Berbaju batik setiap hari
    Senyumannya manis cantik sekali
    Tutur kata sopan berbudi
    Akan kami kenang sampai ke mati

    Klang Bandar Diraja yang dicintai
    Kalau ‘jem’ menyakitkan hati
    Walaupun Puan dah tak nampak kami
    Sudi-sudilah melawat blog kami

    SAM Sultan Hisamuddin cantik sekali
    Hasil usaha Pengetua bestari
    Kalau pernah ada terasa dihati
    Ampun & maaf pohon dari kami

    Mamamimimumu mengundur diri
    Walaupun rasa berat sekali
    Buat bekas Pengetua yang dihormati
    Selamat maju jaya dari kami disini

  7. rugi la..stud form 4 2010
    besh tau kene ajar ngan ustz mahmudin
    ehm……shedey la~~~~~
    baru ingat nak lawat skul jumpe ngan cikgu2 tp, da ramai yg pindah lak…..

  8. sedehnye…guru-guru yang disayangi berpindah…terutama Pn Siti Zubaidah….kepada Ustz Mahmuddin,pn Rosliza,Pn Norsiah….Tabik springggggg n kasih sayang buat anda….

  9. mamamimimumu bijak berperi
    celotehnya selalu mencuit hati
    ramai orang tercari-cari
    siapa gerangan si mamamimi

    walaupun sudah tidak disini
    banyak kenangan lekat dihati
    menjadi kebiasaan setiap hari
    blog samshsb pasti dilawati

    • Tkasih buat Puan Siti Zubaidah atas segala jasa dan sumbangan Puan. Jenguk2lah kami di SAMSHSB ni ye. Dan tegur2lah kami di website ni…

  10. InsyaAllah cikgu shah….semoga ukhuwah tetap terjalin…berkongsi infomasi, pandangan serta idea demi memajukan institusi kita bersama .. selamat maju jaya warga samshsb

  11. rindu plk kat ustaz Mahmuddin,bekas guru kelasku..
    lame x jumpe beliau..
    dapat kirim salam je..
    ustazah r0sliza yg sp0rting tu p0n same..
    rinduuu..
    thnks buat sume guru yg telah menabur bakti dan jasa pd skul tercinta ni..
    hanya Allah yg dapt mmbalasnya..🙂

  12. ustaz mahmuddin pindah!!!!! alamk,,bosan la taon ni…sepak takraw xde la…hahahahaha

  13. salam….
    laa…sedihnye…ustz mahmuddin dh pndh.ustaz plg sempoi penah ana jmpe.pape pn selamat berjuang guru2 yg berpindah……

  14. t’kejut jg dpt tahuu ustaz mahmuddin pindah… dulu mse die ngajar die ade cerita teringin m’ajar pelajar yg lengkap dgn jubah serta serban..nmpknye cita2 tercapai TAKBIR!!!

  15. uwaaaa..
    ustaz mahmuddin dh pegi skola lain…
    xbest la…
    yg msk sume cikgu2 perempuan je ke??
    hurmmm….
    nk dtg skola la nnti esk..
    melawat2 kawasan… hahahaha

  16. thanx ustad ajar saye maen takraw taon 2008….

  17. nak nanges…
    wlu 3 taon je skewl at sg bert..
    atiku ttp kat sg bert…

  18. wau !! ramai yang pergi ..,
    dan kini tibe saat kami .., pelajar ..,
    semoga SAMSHSB sentiasa maju .., berjaya ..,
    hati kami akan sentiasa di sana ..,
    walaupon terpisah ribuan ba2 ..,
    hihiih ..,
    sbb di situ lah tempt kami mengenal erti kehidupan ..,
    sedy
    wah !!!

  19. apa2 pown, sg.bertih ttp di hati! syg cikgu!!!❤❤

  20. Sedihnye….Tak sgka ramai ckgu yang berpndah tahun ni…terutamanye Pn Siti Zubaidah..rsenye bru skjp pn Siti Zubaidah menaburkan bakti pada sgbert..
    wlupun begitu,sye ucapkan slmt dtg pada guru baru..slmt bertugas……

  21. sedih betul la ustz mahmuddin,ustzh rosliza,ustazah norsiah n puan pengetua dah pindah….huhuhu…kpd ustz mahmudin…ustz mmg sporting….ssh nk cari p’ganti cam ustz….saye xkn lupe sgla ilmu yg ustz ajr saye….ustzh rosliza pn same gak….ustzh yg sporting…..ustzh ajr saye psi mase saye form4….mmg best sgt bljr ustzh…sbb de gelak2 ckt time bljr…xde la bosan sgat kan….dan x lupe jgak kpd puan pengetua yg m’bantu saye dpt masuk asrama blk mse dah nak dekat spm aritu…time kasih pengetua….ustzh norsiah pn walau xde ajr saye pn saye ucap terima kasih sbb mnyampaikan ilmu kpd pljr2 di s.a.m sultan hisamuddin ni…syukran zajilan kpd sume guru2 yg telah pindah ni….huhuhu…..ustz mahmudin,kte jmpe kt sementa ag klu2 saye g jln2 kt cne….time kasih sbb selalu tmpgkan saye balik rumah….hehehe

  22. baru balik dari PLKN ni..
    rindu sekolah.lawat blog =)
    hurm….sedihnyer guru yang disayangi dah pindah.
    guruku..semoga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat ALLAH s.w.t..
    jasa yang telah kalian semua taburi akan kami amalkan.
    ustaz mahmudin….ustaz saya dah anggap sebagai ayh sy sndri.ustaz terlalu baik bagi saya.alhamdulillah ustaz dapat berpindah ke tahfiz.
    ustazah rosliza..ustzah sgt baik ='(
    puan siti zubaidah..puanlah bonda yang berdedikasi.
    terima kasih guruku………
    sedihnye hati ='((
    ape pun perjuangan perlu kite same2 teruskan…..
    Ya Allah,permudahkan urusan kami.aminnn…

  23. mmg sedih la bile dengar ramai ckgu yg pindah..kpd ustz mahmuddin ur always the best..terima kasih sbb ajar tfsir hadis..kpd ustzh rosliza terima kasih atas segala2nya n last but not least,terima kasih kpd pn.siti zubaidah…..guru2 sam hisamuddin sg.bertih sntiasa yg terbaik!! i miss u all!!

  24. salam. rin,aan, huzaimah n faseha, terkenang wajah-wajah suci antum. x lama lagi spm dah nak kuar,bonda selalu doakan kalian berjaya dengan cemerlang insyaAllah.tentu sudah ada perancangan seterusnya selepas itu. apapun selamat maju jaya..
    buat huzaimah..ambil pengalaman positif d PLKN untuk menjadi muslimh berhati waja, jatidiri yang ampuh..memenatapkan lagi ilmu yang diperolehi selama di SAMSHSB

  25. cikgu mahmuddin dan cikgu rosliza memang best,this all destiny teacher !!!!harap cikgu masih ingat pelajar sg.bert yaaa’ we all spm 2009 student wish to our lovely teacher will make a thousand miles to make up your long journey teacher…….gud bye teacher and don forget form 5 2009 student we all also want 2 make our self journey….bye teacher love you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: