Fakta, Nombor & Statistik Laman Web Ini

Assalamu’alaikum…

Alhamdulillah, segala pujian untuk ALLAH.  Laman web SAMSHSB kini telah berusia lebih setahun.  Masih lagi dalam tempoh merangkak-rangkak dan belajar.  Namun, telah dapat memberi manfaat kepada pengunjung yang sudi mengunjung terutama dalam memberi maklumat dan berita terkini tentang SAM Sultan Hisamuddin Sungai Bertih, Klang.

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan para pengunjung merenung dan mensyukuri atas peluang yang telah ALLAH subhanahu wata’ala berikan kepada kita semua untuk berinteraksi dan berkenal-kenalan di ruang siber ini.  Semoga kita semua dapat lebih memanfaatkan nikmat kemudahan seumpama ini untuk kebaikan kita semua, insyaALLAH.

Sedikit fakta menarik di sepanjang kewujudan laman web ini (setakat 25 Januari 2010):

  1. Sebanyak 109 tulisan telah diterbitkan yang terdiri dari berita, pengumuman, makluman dan artikel.

  2. Sebanyak 1,391 komen dari pengunjung telah diluluskan.

  3. Tulisan Pertama diterbitkan pada 6/10/2008 bertajuk ‘Peperiksaan SMA Bermula Hari ini’

  4. Komen Pertama diterima dari Bondanani pada 22/10/2008.

  5. Tulisan ‘Persembahan oleh Kump Nasyid SAMHSB’ telah menerima komen terbanyak iaitu 62 komen.

  6. Top 10 yang banyak dilihat oleh pengunjung: 

    Title Views  
    Home page 12,429
    Tentang SAM Sultan Hisamuddin Sg Bertih 8,409
    Hubungi Sekolah 1,404
    Sejarah dan Kronologi Penubuhan SAM di S 1,305
    Sejarah Sekolah-sekolah Agama di Selango 1,155
    Buku Tetamu 1,051
    Persembahan oleh Kump Nasyid SAMHSB 909
    Organisasi Sekolah 858
    Video Lagu Sekolah 750
    Mukhayyam Thanawi 2009 608
  7. Bulan Mac 2009 telah menerima kunjungan terbanyak iaitu seramai 5,848 views.

  8. Sepanjang 2009, laman web ini telah menerima 44,423 views.

  9. Top 5 carian yang telah menemukan pengunjung dengan laman web ini: 

    Search Views
    sam hisamuddin sg bertih 722
    sam hisamuddin 436
    http://www.samhisamuddin.wordpress.com 409
    samhisamuddin 309
    samhsb 209
  10. Bulan April 2009 adalah bulan yang terbanyak diterbitkan tulisan.  Iaitu sebanyak 15 tulisan.

Graf kunjungan pelawat ke laman web SAMSHSB

 

Semoga ALLAH subhanahu wata’ala menerima segala usaha kebaikan kita bersama, amin…

Sekian, terima kasih🙂

~CikguShah~

2 Responses

  1. samhisamuddin.wordpress.com diberi nama
    Penuh informasi bermaklumat pula
    Kewujudannya dah setahun lebih rupanya
    Mamamimimumu pun rasa tak percaya

    Blog sekolah sentiasa ceria
    Dilawati pengunjung tak kira masa
    Idea datang dari bekas Pengetua
    Tapi sayang dah pindah pula

    Cikgu Shah mengawal selia
    Cikgu Ali Zakri pembantu setia
    Bekerja keras memastikan segala
    Blog sekolah-sumber informasi yang berguna

    Pn Seripah Mahaya diberi nama
    Pernah mengajar disini tapi dah lama
    Walaupun Pengetua bertukar ganti sentiasa
    Moga blog sekolah terus hidup hendaknya

    Bondanani beri komen pertama
    Kumpulan nasyid ramai peminatnya
    Blog sekolah penyambung ikatan kita
    Moga kekal sampai bila-bila

  2. Salam’kum. menarik sekali statistik yang dibentangkan oleh cikgu syah tu..apapun yang paling berjasa dalam sejarah pembinaan lamanweb ini tentunya cikgu syah, moga Allah memberi ganjaran di atas usaha cikgu yang tulus ini.. pastinya ia amat bermanfaat khusus buat warga smsshsb dan insan yang pernah punya sejarah dengan sek ini….semoga ia terus segar memberi ruang berinteraksi dan mendapat informasi…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: