TAMRIN QIYADI 2010

Alhamdulillah, Tamrin Qiadi SAM Sultan Hisamuddin bagi tahun 2010 telah berjalan dengan jayanya. Berikut butirannya:

Tarikh             : 29hb-31hb Januari 2010

Hari                 : Jumaat hingga Ahad

Lokasi             : Sekitar Kawasan Sekolah

Anjuran           : Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Disiplin serta Unit Badan Dakwah dan Rohani

Tamrin Qiadi tetap menarik walaupun hanya dijalankan dalam kawasan sekolah. Ucapan setinggi tahniah kepada kepimpinan pelajar yang mengikuti program ini dengan penuh bersemangat.

Program dilengkapkan dengan perasmian penutup oleh Pn Serifah Mahaya bt Syed Dakian Pengetua SAMS Hisamuddin.

Semoga dengan penganjuran kursus kepimpinan Tamrin Qiyadi ini dapat memberikan kesan kepimpinan yang baik dikalangan pemimpin sekolah. Peranan dan sumbangan mereka amat diperlukan dalam merealisasikan harapan dan membantu pihak pentadbiran sekolah. Justeru amatlah perlu mereka diberi latihan dan tunjuk ajar supaya pergerakan kepimpinan mereka menberikan impak yang positif.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama guru yang sanggup hadir dalam waktu cuti dan bersengkang mata hingga ke pagi dalam memastikan kelancaran program ini. Usaha ini membuktikan kesepakatan dan permuafakatan warga sekolah ini.

Semoga kepimpinan sekolah dapat membuktikan kemenjadian seorang pemimpin selepas program ini. Wallahua’lam

Terima kasih kepada Cikgu Aizan & Cikgu Izwan kerana menyumbangkan gambar dan laporan program ini.