TAMRIN QIYADI 2010

Alhamdulillah, Tamrin Qiadi SAM Sultan Hisamuddin bagi tahun 2010 telah berjalan dengan jayanya. Berikut butirannya:

Tarikh             : 29hb-31hb Januari 2010

Hari                 : Jumaat hingga Ahad

Lokasi             : Sekitar Kawasan Sekolah

Anjuran           : Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Disiplin serta Unit Badan Dakwah dan Rohani

Tamrin Qiadi tetap menarik walaupun hanya dijalankan dalam kawasan sekolah. Ucapan setinggi tahniah kepada kepimpinan pelajar yang mengikuti program ini dengan penuh bersemangat.

Program dilengkapkan dengan perasmian penutup oleh Pn Serifah Mahaya bt Syed Dakian Pengetua SAMS Hisamuddin.

Semoga dengan penganjuran kursus kepimpinan Tamrin Qiyadi ini dapat memberikan kesan kepimpinan yang baik dikalangan pemimpin sekolah. Peranan dan sumbangan mereka amat diperlukan dalam merealisasikan harapan dan membantu pihak pentadbiran sekolah. Justeru amatlah perlu mereka diberi latihan dan tunjuk ajar supaya pergerakan kepimpinan mereka menberikan impak yang positif.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama guru yang sanggup hadir dalam waktu cuti dan bersengkang mata hingga ke pagi dalam memastikan kelancaran program ini. Usaha ini membuktikan kesepakatan dan permuafakatan warga sekolah ini.

Semoga kepimpinan sekolah dapat membuktikan kemenjadian seorang pemimpin selepas program ini. Wallahua’lam

Terima kasih kepada Cikgu Aizan & Cikgu Izwan kerana menyumbangkan gambar dan laporan program ini.

15 Responses

  1. Terima kasih buat cikgu Ali Zakri kerana melaporkan program Tamrin Qiyadi di website🙂

    Ribuan tahniah buat semua peserta yang telah menyertai program tersebut. Kalian yang menyertai program tersebut bukan calang2 orangnya. Kalian merupakan para pimpinan sekolah yang esok bakal memimpin negara. Manfaatkanlah segala yang telah dipelajari daripada program tersebut.

    Buat guru2 yang telah bertungkus lumus terutama buat cikgu Izwan, cikgu Aizan, cikgu Zubaidah dan yang lain2, subhanALLAH, sumbangan dan pengorbanan kalian sangat besar. Marilah kita doakan agar guru2 kita dikurniakan dengan kesejahteraan di dunia dan di akhirat, amin…

    Thumbs Up!😀

    • Terima kasih buat cikgu Shah kerana masih menjenguk blog sekolah. Nasihat dan teguran dalam pengurusan blog ini masih diperlukan. Kalau ada yang terkurang atau terlebih tegurlah saya..🙂

      • InsyaALLAH, cikgu Ali.

        Saya doakan cikgu Ali terus istiqamah mentadbir laman web ini dengan baik, supaya semua warga dan alumni SAMSHSB boleh mendapat manfaat darinya.

        Mudah2an jasa dan sumbangan cikgu Ali diganjari ALLAH dengan kebaikan, amin…

        Diharap kalian dapat memberi sokongan kepada cikgu Ali dengan terus melawat dan memberi respon/komen pada laman web ini🙂

  2. tahniah kpd semua guru n pelajar yg terlibat dlm program ni. terutamanya org kuat kta cg aizan, izwan dan aida yg menjadikan program berjln dgn baik. alhmdulillah..dan kpd semua yg terlibat secara langsung n tak langsung, semoga pengorbanan kalian dibalas dgn kebaikan oleh-Nya..

  3. salam cikgu Ali. syabas dan tahniah saya ucapkan..pengendali web side yang efisien , sesungguhnya peranan cikgu akn memberi manfaat besar terhadap masyarakat luar dan insan yang sygkan samshsb ,semoga cikgu terus komited untuk berkhidmat sebagai penyebar maklumat

    • Salam Puan, terima kasih kerana diatas sokongan dan doa puan. Terima kasih juga kerana terus menyokong blog SAMSHSB.🙂

  4. salam cigku-cigku samhb sekelian yg telah berjaya melancar program tamrin qiadi ini dgn jaya nyer.

  5. syabas dan tahniah kpd pihak sekolah krn telah berjaya menjlnkan satu program yg bermanfaat kpd pr pljr dlm aspek kepimpinan…kpd ckg ali zakry..teruskn usaha dan selamat maju jaya dlm mengendalikan laman web ini.. chayo!!🙂

    • TQVM

  6. assalamu’alaikum…
    hmm…teringat tamrin qiadi 2006 n 2007…bestnye……semoga barisan kepimpinan pelajar utk tahun ni istiqamah dlm memimpin.ingat adik2,jawatan bkn utk bermegah-megah,menunjuk-nunjuk.bkn utk riak dan berbangga.tp sbgai 1 amanah drpd ALLAH utk dilaksanakan sebaiknya dan semampunya.kerana kita perlu sedar,tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat…

  7. tangunggwab jangan dianggap beban tapi biarlah nikmati ia sebagai anugerah Yang Esa….

  8. salam..
    mudah2an sg.berth dpat melahirkan para ulama..
    galasla tanggungjawab yg diberi dgn sebaik mungkin..
    aplikasikan ilmu dlm khidupan seharian..
    teruskan perjuangan wahai adk2 ku..

  9. Salam…Tahniah ckgu ali zakri krna mengendalikan laman web sekolah,pada semua kpimpinan skula pikul lah tngung jawab dengan sebaik2nya,bnykkan lah membuat kebjikan di dunia…insyaallah..anda sume adalah insan yang cemerlang….

  10. time ni best sgt…..byk ilmu n kngn yg sy perolehi……terima ksh guru2ku…….

  11. x leh lpe time ni……paling suke wat okestra…..dirakam lak….pas2,seharian x tdo……pg ade aktvti….mlm ade kembara…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: