Ceramah Maulidur Rasul 2010

Assalamualaikum & Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 H/2010 M

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 19 Feb 2010, warga SAM Sultan Hisamuddin dapat mengikuti Majlis Ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Wan Hamidi.

Berikut ceramah beliau yang sempat dirakam oleh Cikgu Izwan. Klik di sini untuk mendengar.

Kita merayakan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. kerana kita mencintai baginda. Dan bagaimana kita tidak mencintai baginda, sedangkan seluruh alam semesta mengenali dan mencintai baginda. Ingatlah hadith tentang sebatang pohon kurma yang tidak bernyawa, betapa ia manyayangi dan mencintai nabi S.A.W. serta rindu untuk selalu dekat dengan nabi yang mulia, bahkan menangis sebanyak-banyaknya kerana rindu kepada Nabi S.A.W.- al Bayan al Qawim lil Tashhih Ba’dhi al-Mafhim.

Semoga dengan ceramah ini dapat memberi pengetahuan baru dan dapat meningkatkan kasih kita kepada baginda Rasulullah s.a.w. WAllahu A’lam.

4 Responses

  1. Alhamdulillah, tahniah buat pihak sekolah atas usaha yang sangat bagus ini. Mudah2an kecintaan warga sekolah kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dapat dipertingkatkan. Yang paling penting ialah timbul kesedaran utk mengamalkan segala sunnah yang ditinggalkan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

    Sedikit tulisan saya:
    1) http://muzir.wordpress.com/2009/03/14/cinta-dan-ikut-rasulullah-sallallahu-alaihi-wasallam/
    2) http://muzir.wordpress.com/2010/02/18/ringkasan-kisah-muhammad-sebelum-jadi-nabi/

    Semoga bermanfaat buat semua🙂

  2. Salam, Alhamdulillah dan tahniah kepada semua warga SAMSHSB mudah2n semua warga terus diberkati Allah s.w.t.. mengingati hari kelahiran Baginda adalah salah satu tanda kecintaan kita kepada nya kerana memberi peluang kita untuk bermuhasabah sejauh mana kita telah menghayati syariat yang dtelah disampaikan oleh baginda, semuga infomasi yang diperolehi melalui ceramah dapat mempertingkatkan penghayatan semua warga SAMSHSB yang dikasihi.

  3. Alhamdulillah..moga pelajar2 sgbert dpt meningkatkan penghayatan dan kecintaan kpd Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W melalui ceramah ini….dan tahniah jg kpd warga sgbert..mudah2an Allah s.w.t memberkati seluruh warga sgbert …amin.

  4. penghayatan bagaimana kita dapat mencintai Nabi SAW sepertimana baginda mencntai kita (umatnya)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: