MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2009

Setiap kejayaan bermula dari usaha yang berterusan. Usaha-usaha ini memerlukan penggembelingan tenaga dari semua pihak samaada pentadbir, guru, ibu bapa dan yang paling penting adalah pelajar itu sendiri. Usaha yang memerlukan komitmen tinggi ini seharusnya dianugerahkan sedikit penghargaan sebagai pemangkin dan suntikan semangat kepada semua pihak. Oleh itu, majlis ini dirancang dan Alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan.

Sasaran:

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Dalaman, Pelajar Cemerlang Peperiksaan Awam & Guru Cemerlang dalam pengekalan Prestasi Peperiksaan

Tempat: Dewan Angsana SAMHSB

Tarikh: 18 April 2010

Tema:

AKADEMIK CEMERLANG

SAHSIAH TERBILANG

Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Hj Abdul Rashid bin Ngah-Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM.

Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

(Disediakan oleh: Pn. Kamishah Bt Saper)