Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu.

Artikel berikut dipetik dari sini. (ulang tayang :] )

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya.  Ibunyalah yang mengandungkannya.  Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat.  Selama lebih kurang 9 bulan lamanya.  Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya.  Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan.

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan”.  Surah Maryam:  23.

Selepas itu ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, membancuh minuman kesukaan anaknya, membasuh kasut dan baju anaknya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya.  Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya.  Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.

Darjat ibu sangat tinggi.  ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa.  Antaranya:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.”  –  Surah an-Nisa: 36.

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Katakanlah:  Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.”  –  Surah an-An’am:  151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN.  Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa.  Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.

Kita dilarang menderhakai ibubapa.  Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH subhanahu wata’ala.  Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang memerlukan kita untuk bertaubat nasuha.  Justeru, kita wajib patuh kepada mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM.  Walaupun begitu, kita dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara’.

Hal ini ada diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu ‘alaihi wasallam oleh Imam Ahmad yang maksudnya:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA”.

Mari kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh.

Abu Hurairah r.a berkata:

“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata:  Bapamu.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Amr bin al-’As r.a berkata yang maksudnya:

“Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad.  Rasulullah s.a.w berkata:  Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup?  Dia menjawab:  Ya.  Baginda berkata:  Jadi jihad kamu adalah bersama mereka.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:

“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH?  Baginda s.a.w menjawab:  Solat pada waktunya.  Dan berkata aku:  Selepas itu?  Baginda menjawab:  Kemudian memuliakan ibubapa.  Dan aku berkata:  Selepas itu?  Baginda berkata lagi:  Jihad di jalan ALLAH.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari.

Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting.  Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad.  Dalam sejarah Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam, pernah Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai ‘penduduk langit’ hanya disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang uzur.  Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w.  Pemuda tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w.  Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w.  Tapi hasrat beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya.  Hatta, Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa dengan pemuda tersebut.  Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni.

Di dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian.  Ini kerana pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita dalam tempoh yang panjang.

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat mengembalikan kita kepada landasan ajaran ISLAM dari segi menghormati ibu dan bapa.  Setiap kita biasa melakukan kesilapan.  Mudah-mudahan kesilapan kita diampuni ALLAH.  Mohonlah keampunan ibu dan bapa kita selagi kesempatan masih ada.

Jagalah adab dan perlakuan kita, jangan sampai menyinggungkan hati mereka.  Sayangilah mereka, dan kalau boleh buatlah mereka sentiasa tertawa.

wAllahu ta’ala a’lam.

17 Responses

  1. sesungguhnya……
    Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu…………
    taat kepada ibu bapa merupakan tanggungjawab kepada semua manusia yang mempunyai ibu bapa…..

  2. Betul tu Naim.

    Jika sebelum ni kita pernah lawan cakap mak dan ayah kita, jika sebelum ni kita pernah tak patuh pada mak dan ayah kita…insaflah.

    ALLAH sentiasa menerima taubat kita dan jalan kebaikan sentiasa terbuka luas selagi maut belum menjemput kita. Selagi wajah mereka masih boleh ditatap, selagi nyawa mereka masih dikandung badan, selagi tangan mereka masih boleh dikucup…janganlah dibiarkan kesempatan itu utk berbuat baik kpd mereka.

    Marilah kita sama2 berazam menjadi anak yg soleh dan berusaha utk sentiasa membahagiakan ibu dan bapa kita, amin…

  3. Semua warga Sam Hisamuddin, ayuh semua, pastikan kita adalah anak yang soleh dan solehah. Kenangi pengorbanan ibubapa kita yang tidak terhitung ,tidak ternilai dan tidak akan terbalas ….kasihi mereka, sayangi mereka, gembirakan mereka, hormati mereka, hadiakan kepada mereka sesuatu yang boleh membanggakan mereka, sementara mereka masih hidup, masih bernyawa, masih boleh ketawa, masih boleh bersuara menyatakan mereka beruntung ada anak macam kita……….jangan sampai mereka menangis gara-gara tingkahlaku kita….umi sayangkan antum semua..mari kita jadi anak yang soleh dan solehah aminn.

  4. Mari kita bina iklim dini yang akan mendapat limpahan rahmat Allah di Sek kita ni…anak soleh dan solehah akan dikasihi Allah. mudah2an rahmat Allah akan kita kecapi, keselamatan, kesihatan, kemeriahan, kegembiraan, kecemerlangan untuk kita semua , guru, murid, pekerja termasuk semua yang ada di sek kita,

  5. anak soleh dan solehah sayang sekolah,
    sayang guru-guru dan ibubapa dirumah,
    rajin belajar rajin mutalaah,
    cemerlang akademik cemerlang sahsiah

  6. bt0l tu..
    syurga terletak di bwh telapak kaki ibu..
    vide0 kat ats ni bt0l2 myentuh ati..
    insyaALLAH..
    kite sume umat ISLAM dpt taat dan patuh kpd kedua ibubapa kite..
    kerana itu mrupakan tggungjwb se0rg ank..

  7. al jannah tahta aqdamil ummahat….
    syukran cikgushah utk artikel yg menarik dan b’manfaat ni..

  8. thanks cikgushah. tak sngka artikel tu cikgushah yg tulih…dipetik dr blog ust kan?

  9. Anak kecil pergi ke sekolah
    Pergi berjalan bersama teman
    Ini dia pantun berhikmah
    Buat sang pencari pedoman

    Anak rusa masuk ke taman
    Puas sudah orang memburu
    Kalau muda jadikan teman
    Kalau tua jadikan guru

    Berakit ke hulu dengan bergalah
    Buluh pecah terbelah dua
    Orang tua jangan dilangkah
    Kelak biadap dituduhnya pula

    Rusa betina berbelang kaki
    Mati terkena jerat sembat
    Orang yang muda kita sanjungi
    Orang yang tua kita hormat

    Selasih tumbuh di tepi telaga
    Selasih dimakan si anak kuda
    Kasih ibu membawa ke syurga
    Kasih saudara masa berada

  10. sayang lah ibu kita kerana ia yang melahirkan kita…
    kenang lah jasa mereka….ibu yang penet lelah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari…tolongkan balas budi mereka…
    Ingat bukan ibu sahaja malah ayah juga…

  11. Alhamdulillah, sebahagian kita masih hidup pada hari ini dengan ibu dan bapa kita masih ada menemani kehidupan.

    Ambillah peluang minta ampun pada mereka. Penyesalan yg sangat besar akan kalian alami jika kalian tidak sempat berbuat kebajikan kepada mereka berdua semasa hidup. Selepas mereka ‘tiada’, tak banyak yg boleh kita perbuat, melainkan hanya berazam menjadi hamba yg soleh dan mendoakan mereka berdua…

  12. btoi2..ibu adlah segalanya…
    tanpa ibu siapa la kaita ni..
    haa ingat di sekolah ustazah,cikgu2 n tecer adlah ibu kita…tanpa mereka kita tidak akan dilahirkan dengan ilmu pengetahuan dan kejayaan…
    ingat tuhan selalu..

  13. cikgushah ade blog?bleh ana tau?

  14. Budak_kecik90, cuba tengok kat atas sekali page ni. Sebelum video nasyid tu…ada link ke blog cikgushah😉

  15. owh…ok2…da tgk da…byk artikel2 ilmiah…mabruk ‘alaik cikgushah…pape pn…syukran jazilan….

  16. assalamualikum..Al-Fatihah..
    sama2 kte sdkhkn Al-Fatihah kpd Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yg tlh kmbli ke rahmatullah pd 13 Ogos 2009..semoge roh nye dicucuri rahmat..

  17. ISLAM ajar agar kita memuliakan ibu sepanjang masa. Tiada masa atau hari tertentu yang dikhaskan untuk kita memuliakannya.

    Ambillah manfaat pada tulisan di atas, dan hayatilah ia.

    Semoga ALLAH menjadikan kita semua anak2 yang soleh, amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: