Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM 2011

Assalamualaikum W.B.T..Di sini saya ingin mewar-warkan kepada para pengunjung lepasan SPM 2010 SAMSHSB yang ada membuat permohonan ke Matrikulasi KPM, anda boleh menyemak keputusan tersebut bermula hari ini di sini :

http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/kemaskini/

Selamat berjaya!Nantikan ‘update’ dari Unit Bimbingan dan Kaunseling berkaitan program melanjutkan pelajaran, UPU online dan banyak lagi.

PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1432H/2011

Perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor bagi tahun 1432H/2011, sekolah telah menghantar 2 kontinjen terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan. Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada :

Tarikh              : 15 Februari 2011/ 12 Rabiul Awal 1432H

Tempat            : Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam Selangor.

Kontinjen Lelaki berjaya merangkul Naib Johan Kategori Sepanduk dengan membawa pulang Piala, hadiah dan wang ganjaran Rm1300.00 bagi penyertaan di kalangan Sekolah-sekolah Menengah. Ia merupakan satu kejayaan manis atas segala usaha dan pengorbanan yang telah mereka lakukan begitu juga kontinjen perempuan walaupun mereka tidak berjaya merangkul sebarang hadiah.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pengiring Ustaz Ridwan, Ustazah Nordiana, Ustazah Suharni dan Ustazah Norizan Abdul Wahab yang sanggup turun padang seawal jam 4.30am malah berarak bersama-sama pelajar sejauh 1.6km.. Begitu juga ust Mohd. Norhisam dan Cikgu Ahmad Khairul. Moga segala usaha, pengorbanan dan keikhlasan guru serta pelajar mendapat ganjaran disisi Allah swt.

Disediakan oleh :

Ustazah Suharni binti Sudiro.

Bengkel Sehari Pengurusan Kokurikulum 2011

Bengkel Pengurusan Kelab dan Persatuan ini merupakan bengkel kali kedua yang dijalankan untuk menyediakan pelajar dalam meneraju organisasi bagi kelab/permainan, rumah sukan, persatuan dan badan beruniform di peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi. Butirannya seperti berikut:

Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi – 1.30 petang

Tempat : Dewan Angsana, SAM Sultan Hisamuddin Sg. Bertih.

Peserta : AJK Tertinggi Setiap Kelab/Permainan, Rumah Sukan, Persatuan dan Badan Beruniform

 

Seramai 34 orang guru dan 91 orang pemimpin tertinggi pelajar hadir bagi menjayakan bengkel ini dan perasmian penutup bengkel disempurnakan oleh Pn Pengetua SAMSHSB Pn Hjh Seripah Mahaya Bt Syed Dakian.

 

 

Jawatan Kosong; Guru ganti

Assalamualaikum..

Diperlukan guru ganti bagi menggantikan guru yang sedang cuti bersalin.

Terdapat 1 kekosongan iaitu;

i. Bahasa Inggeris F4 & F5

Syarat kelayakan;

i. Gaji akan dibayar mengikut kelayakkan oleh PIBG

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekolah di sini atau hubungi GPK Akademik, Ustazah Nazian Bt Mohd Salleh (019-3709369)

Pelajar Cemerlang Sijil Menengah Agama. Tahniah!!

Mumtaz Peratus
Nurfatihah Bt Alimuddin 92.6
Anura Fitrina Bt Shahrir Ariff 90.4
Nurul Zarifah Bt Zulkarnain 90
Jayyid Jiddan
Alief Quzaifi B Mohd Yusri 89.2
Ummi Aqilah Bt Norlizam 88.2
Syahmi Syahirah Bt Mohd Sahit 88
Muhamad Fadli B Sapie 87.8
Nur Jariah Bt Mat Shafie 87.2
Nur Fatini Bt Md Ali 86.2
Khainunisa Fadila Bt Abd Rahman 84.2
Nurfarahiyah Bt Sha’ari 81.2
Awin Nurhazwani Bt Mohamad Zaini 80.2
Nor Eleena Bt Ilmudin 80.2
Nurul Adha Bt Mohd Jalil 80
Norrul Jannah Bt Tahri 80
Nurfarzana Huda Bt Azman 78.4
Farah Zulifa Ismida Bt Zulkefli 78.2
Muhammad Azrul Ashraf B Borhanuddin 78
Muhammad Hafizuddin B Syarafuddin 78
Nur Syazwi Izzati Bt Kamal 77
Nur Fatin Fatihah Bt Abd Rasyid 77
Nor Aisyah Bt Darus 76.8
Nazim B Idrus 76.4
Nor Hayati Bt Mohd Wasnah 75.2
Mohd Adam B Mohamad Ismail 75
Najakhul Umam B Lahuri 75
Nur Adibah Bt Zainal Azmi 75

Disediakan oleh:

Pn Norhani bt Jaludin

(Penyelaras Tingkatan 4/SMA)



Sunnah Itu Hikmah

Maulidur Rasul merupakan detik yang amat istimewa. Lantaran itu, ada-ada sahaja aturcara yang susun oleh masyarakat Islam demi meraikannya. Namun, sekadar menyambutnya begitu sahaja tanpa pengisian yang sewajarnya,  tidak ubah seperti sebiji gelas kristal yang indah, tetapi kosong tanpa isi – amat merugikan! Dan ia pasti menjadi lebih sia-sia apabila Muslim sendiri tidak mendaulatkan sunnah peninggalan baginda Rasulullah SAW.

Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya: “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah  dan rasul,  jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan.” (An Nissak:59)

“Kembalikan kepada Allah dan Rasul” yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat tersebut jelas merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Justeru , tidak dapat tidak, manusia tidak hanya perlu bergantung kepada kitab Allah, tetapi juga sunnah Rasulullah yang mempunyai pengaruh amat besar dalam perluasan pembinaan hukum Islam.

As sunnah mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat berdasarkan kaca mata banyak pihak. Walau bagaimanapun, setiap definisi yang diberikan kelihatan tidak banyak bezanya antara satu sama lain.

Dalam buku berjudul Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin, ahli hadis melihat sunnah sebagai sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataan, ketetapan mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti serta sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah.

Sementara bagi ahli usul, as sunnah merupakan sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan perkataan, perbuatan mahupun ketetapan. Contoh yang melibatkan perkataan ialah sesuatu yang disabdakan oleh baginda dalam pelbagai bentuk yang berhubung dengan pembinaan hukum. Perbuatan pula adalah seperti perlakuan Rasulullah dalam urusan ibadah seperti solat.

Menurut istilah fikah, as sunnah merupakan sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. Menurut sebahagian daripada ahli fukaha, sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah.

 

Sahih, Hasan & Daif

Sebagai hamba Allah, al-Quran wajib dijadikan panduan hidup. Begitulah juga keadaannya dengan sunnah. Abu Abdillah Hakim mentakhrijkan daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk menjadi sembahan di bumimu, tetapi ia senang untuk ditaati selain disembah daripada perbuatan-perbuatanmu yang merendahkan kamu, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepadamu selama kamu bepegangan dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya.”

Hadis merupakan sunnah Rasulullah. Dalam Islam, ia termasuk dalam dalil bagi menentukan hukum serta peraturan agama selain al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama berperanan penting dalam menjelaskan maksud al-Quran. Sementara yang kedua pula menghuraikan hukum-hukum yang tidak dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya.

Ini sesuai dengan dua firman Allah dalam surah An Nahl ayat 44 yang bermaksud: “Kami turunkan kepadamu (Muhammad) akan Quran supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan (Quran) kepada mereka.”  dan surah An Nissa’ ayat 59 yang bermaksud: “Hai orang beriman! Ikut olehmu akan perintah Allah dan ikut olehmu akan perintah rasul.

Walau bagaimanapun, agak menyedihkan apabila tidak semua semua daripada sunnah baginda dilaksanakan dalam kehidupan kita. Dan tambah menyayat hati apabila wujud segelintir pihak yang memesongkan sunnah Rasulullah dengan memutar belitkan hadis.

Terdapat beberapa peringkat hadis iaitu sahih, hasan dan daif. Hadis sahih merupakan hadis yang sanadnya bersambung dengan riwayat orang adil yang memiliki ingatan kuat (dhabith). Selain itu, hadis tersebut turut selamat daripada unsur-unsur penyimpangan dan illat (penyakit). Hadis sahih tidak terkumpul secara mutlak dalam satu kitab hadis.

Bagi hadis hasan pula, perawinya ringan iaitu tidak kukuh hafalannya berbanding hafalan orang yang dhabith. Sementara hadis daif adalah hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis sahih dan hasan. Terdapat tiga jenis hadis daif iaitu daif (lemah), amat daif (sangat lemah) dan hadis maudhu’ (palsu).

Keistimewaan Sunnah

Sunnah Rasulullah amat istimewa kerana ia merupakan suatu hikmah.

Allah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran:164)

Berdasarkan ayat tersebut, kebanyakan ulama dan penyelidik berpendapat, hikmah yang  dimaksudkan ialah sesuatu yang diperlihatkan oleh Allah kepada baginda daripada rahsia agama dan hukum syariat-Nya. Mereka memanggilnya sebagai sunnah.

Justeru, selaku umat Muhammad, Muslim hari ini tidak wajar mensia-siakan sunaah peninggalan baginda. Mengabaikannya tidak lebih daripada suatu kerugian.

sumber

Tahniah Kadet Polis!!

Latihan Menembak Kadet Polis di ACS pada 26 & 27 Jan dan Pertandingan Menembak di KKB pada 31 & 1 Feb telah menyaksikan keupayaan pelajar dan guru dlm bertanding. Satu pengalaman yang hebat yang menguji kekuatan mental & fizikal serta mencetus keberanian spiritual.

Alhamdulillah…Tahniah kepada Pasukan Kadet Polis SAMSHSB kerana menyertai pertandingan menembak M16 peringkat daerah Klang pada 31-1/2/11 khususnya kepada Pn Norizura Yusuf yang telah mrangkul N.Johan kategori guru perempuan, Ust Ridwan Othman tempat ke 5 kategori guru lelaki dan Afiq tempat ke 6 kategori pelajar lelaki. 🙂

(sumber: facebook Pn Izura & Pn Rosnah)