Mari Belajar Cara Belajar :)

Kisah Saidina Ali menghormati orang tua Nasrani

Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saidina Ali turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ” Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab Rasulullah ” Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal”.

Mendengar jawapan Rasulullah, Saidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika’il supaya menahan kelajuan matahari agar Saidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Pengajaran: Jika dengan orang yang bukan beragama Islam pun kita diajar supaya hormat sebegitu rupa, apatah lagi kepada ibu bapa, guru, orang yang lebih tua, rakan-rakan dan adik-adik kita yang seagama dengan kita..

Selamat Bersara Cikgu Nasir

Selamat Bersara Cikgu Nasir…. Didoakankan moga sihat sentiasa.. emmmm… pegi haji cepat2 yer.. 34thn jd cikgu satu tempoh yg lama… pastinye byk suka duka dlm tempoh tu…kami di SAMSHSB tetap ingat n kenang Cikgu Nasir …TQ atas segala bantuan pada kami disini….

Sumber: Facebook Cikgu Hamimah

Kumpulan Nasyid An Najah

Karnival Pendidikan dan Kerjaya SAMSHSB 2011

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh.

Bermula dari 4 April lepas telah bermula Karnival Pendidikan dan Kerjaya peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan untuk para pelajar bersama-sama menyertai dan mendapat manfaat dari karnival ini. Syarat utama jika mahu menyertai sebarang pertandingan karnival ini adalah anda perlulah mempunyai cita-cita! Kerana tema karnival tahun ini ialah ‘Bersama Merealisasikan Cita-Cita’..

Harapan kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling agar warga sekolah dapat sama-sama menjayakan karnival ini yang berlangsung lebih kurang sebulan lamanya. Banyak hadiah yang disediakan. Nak hadiah kenalah masuk bertanding. Poster aktiviti akan disebarkan di kelas-kelas nanti. Viel Gluck! 😀

Hebahan Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Khas

Assalamualaikum Warahmatullah..

Di sini cikgu ada sedikit pengumuman kepada para pelajar lepasan SPM 2010. Ada tawaran untuk kursus perguruan lepasan SPM ambilan khas lulusan SMA.

Dah dibuka pun. Cuba tengok di laman web http://www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut kepada sesiapa yang berminatlah ye.

Tarikh tutup 13 April ni.So, rebut peluang ni cepat-cepat sebab ni ambilan khas!:) Viel Gluck!