Kisah Saidina Ali menghormati orang tua Nasrani

Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saidina Ali turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ” Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab Rasulullah ” Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal”.

Mendengar jawapan Rasulullah, Saidina Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika’il supaya menahan kelajuan matahari agar Saidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Pengajaran: Jika dengan orang yang bukan beragama Islam pun kita diajar supaya hormat sebegitu rupa, apatah lagi kepada ibu bapa, guru, orang yang lebih tua, rakan-rakan dan adik-adik kita yang seagama dengan kita..

4 Responses

  1. mmg itula salah satu ajaran islam yg cuba disemat kepada semua umat islam..namun,sikap ini semakin hari, semakin hilang..terutama dikalangan remaja..parents sendiri pon dah lupa cara menghormati..!!terlalu segelintir yg masih mengamalkan sika hormat menghormati ini..smoga ALLAH bukakan pintu hati kita semua agar slalu mengikuti segala ajarannya..AMIN..

  2. betul2..mmg ni la ajaran islam yg sebenar.tp klu dilihat ank2 zaman skrg jauh tersimpang.ibubapa dilayan seperti hmba,disruh buat itu dan ini..nauzubillaminzalik..mudah2an kta semua tak tergolong dri klngan sprti itu..^_^

  3. “Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita”

    tertarik dgn ayat tersebut..
    kini,,ble kte lihat&perhatikan,ramaikah insan pd zmn kini yg sanggup berbuat demikian???
    fikir2kanlaa..

  4. cerita ini best lh layan aku dengan cerita ini best sangat9………………………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: