Sekolah Agama Perlu Pendekatan Baru

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan diminta mencari pendekatan baru bagi membentuk sifat Islamiah dalam diri pelajar yang berpegang kepada akidah Islam sebenar.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau bimbang dengan kes jenayah yang turut berlaku di sekolah agama ketika ini yang boleh menjejaskan reputasi institusi pendidikan sebegitu.

“Kes pukul, judi dan jenayah lain yang berlaku di sekolah agama tidak sepatutnya berlaku memandangkan pelajar diberi pendidikan agama yang secukupnya dan kita perlu berhati-hati dengan cara pendidikan agama yang disampaikan dan perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pelajaran 2011 peringkat kebangsaan.

Mohd Puad berkata ramai juga pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti di Timur Tengah seperti Al-Azhar tetapi apabila mereka pulang ke tanah air pemikiran Islam mereka tidak wujud ekoran mereka tidak menghayati ilmu Islam yang telah dipelajari.

“Lebih membimbangkan cabaran yang lebih getir kepada generasi muda Islam kini ialah mereka mudah dipengaruhi oleh pemikiran negatif dari teknologi maklumat dan media baru yang boleh menjatuhkan akidah umat Islam itu sendiri,” katanya.

Sumber: Bernama & iluvislam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: