Selamat Menduduki Peperiksaan SMA dan Peperiksaan Akhir Tahun *repost

Assalamualaikum w.b.t.

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi pelajar tingkatan 4 (selaras peringkat JPS) telah pun berlangsung diiringi Peperiksaan Sijil Menengah Agama

Pada Jumaan 21 Okt 2011 pula akan bermulanya Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2, (selaras peringkat JPS).

Semoga berjaya diucapkan kepada semua.

Sedikit pengisian yang menarik untuk dikongsi…..

PERSEDIAAN ROHANI MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3. Minta restu guru. Guru merupakan ibu bapa anda disekolah. Minta halalkan ilmu yang diberi dan minta maaf dengan guru. Berkat doa guru dan restu mereka, ilmu yang pernah disampaikan kepada anda akan lebih terkesan.

4.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, yang

mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.

5.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

6.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa

Wallahualam.. 🙂   (sumber)

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2011

Semua warga SAMHSB mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan PMR buat pelajar Tingkatan 3 2011 dan kami sentiasa mendoakan kalian agar terus mencipta kecemerlangan. All the best!!!!