Keputusan PMR 2011

Alhamdulillah, kita telah pun melepasi fasa menempuh peperiksaan. Sekarang ini pula, kita berdebar-debar menantikan detik keputusan diumumkan. Cepat sungguh masa berlalu kan? Kali ni, saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk kita semua..Sumber -repost 2010🙂

1) Banyakkan berdoa,

Banyakkan doa. Ingat! Bahawa Allah sering berada di samping kita.solat juga jangan diabaikan.apa gunanya kita berdoa kalau solat pun tidak cukup 5 waktu sehari semalam?

2) Berfikiran positif,

Fikirkanlah perkara-perkara yang positif.mungkin kita bimbang keputusan yang bakal kita terima tidaklah seperti yang kita harapkan. Tapi,apa salahnya jika kita mengandaikan kita boleh memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.

3) Lakukan banyak kerja,

Kepada yang bekerja, mungkin hal yang berkaitan dengan result ini boleh dilupakan buat seketika. Bagaimana pula bagi mereka yang hanya duduk di rumah? Sudah pasti selama 24 jam mereka memikirkan mengenai keputusan ini. Apa salahnya jika anda menyibukkan diri anda melakukan apa-apa sahaja.menolong ibu memasak di dapur pun sudah memadai. Apa lagi? jom cuba buat resepi baru..

4) Beri semangat kepada diri sendiri,

Kalau diri kita sendiri pun tak boleh support,siapa lagi? Berikanlah kata-kata semangat kepada diri sendiri. Aku boleh! Mungkin kata-kata tersebut membuatkan minda anda berfikir dengan lebih positif.

5) Ingat wajah-wajah kesayangan anda,

Terbayangkan wajah emak dan ayah mungkin akan menyebabkan kita lebih gementar.betul tak? Tapi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa takut untuk menunggu detik keputusan diumumkan. Kerana merekalah yang sedang berada di depan mata kita sekarang yang selalu memberikan dorongan dan semangat kepada kita.

Perhatian kepada Calon PMR 2011
Tarikh: 22 Disember 2011
Waktu : 2 petang – 4.30 petang
Pakaian : Baju sekolah (wajib- arahan pengetua)
Tempat: PSS
Kehadiran guru: Penyelaras PMR 2011, Guru kelas, K.Pantia
Yuran 2011: Perlu dijelaskan sebelum slip keputusan diambil (rujuk guru kelas 2011)
Buku Teks : Perlu dipulangkan semula sekiranya belum selesai.
Harap maklum

12 Responses

  1. semoga berjaya mendapat keputusan yang terrrrrrrrrrbaik buat diri kalian semua.
    apa yang penting yang berjaya gandakan usaha bantu yang kurang,,,
    yang kurang barjaya percayalah kejayan anda sedang menghampiri diri anda cuma masa dan ketikanya kita tak tahu…
    maka teruskanlah usaha dan tawakkal pada Allah Taala…

  2. ckgu..dewn trbke 2 pon htang gak ke..??

  3. alahai, anak2 muridku..dewan terbuka 2 kalau x de yg menyumbang mana nak tegak..berkorbanla sikit dapat pahala insyaallah. bagi sumbangan lebih pun x pe.

    • xp..2 dkre wjib ke x.??
      kla0 x byr kne gntung x rslt.??

  4. erm..waktu pjbt uh smpai kol bape..??

    • ambil la waktu pagi.. kalau tak boleh, datang la sebelum 4.30 petang..

  5. kpd calon2 pmr.. smga dpt result yg gmpk

  6. berape org yg dapt result straight A?

  7. alhmdllh..dpt gak kptsn nye…
    tahniah kpd 6 org yg dpt 9A…
    tahniah gak..kpd sume cndidte2 pmr2010…

    • Alhamdulillah..terima kasih…

  8. d0a2 la bbnyk….huhuhu…mabruk pada sume yg amik pmr 2011 sbb da brjuang abes2…ushe da lkukan…tnggl hsil je es0k…redha jelaaaa…

  9. salam…
    pertamnya/..tahniah kepada calon PMR 2011 yang telah berjaya menaikkan nama sekolah kita dengan pencapaian PMR yan gmmberangsangkan…
    saya dengar seramai 21 org dapat 9A? Btol ke? jika ya Tahniah saya ucapkan kpd semua……..
    kpda pelajar asrama sam sg bert… taniha juga …kerana ader yang dapat sehingga 8A( kalau ta silap )….truskan lagi usaha adeq2 di masa kan dtg

    kedua…tahniah buat guru2 di SG BERT.terutama penyelaras PMR dan guru 2 PMR…..DAN smua guru2 hisyamuddin…kerana berusaha dengan tungkus lumus dalam menaikkan hisayamuddin di daerah klang ini…
    tahniah…wa mabruk alaikum..
    sekian wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: