Program Cuti Sekolah SAMSH

a) PROGRAM CUTI-CUTI BELAJAR (Perkampungan Ilmu)

Pelajar yang terlibat: Pelajar PMR & SPM
Tarikh: 26 – 31 Mei 2013
Tempat: Kem Bumi Jati

P/S; Pelajar perlu membawa kelengkapan diri (termasuk cadar, sarung bantal dan selimut) dan buku serta alat tulis.

b) PROGRAM KELAS KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 4
Surat Kelas Kecemerlangan

c) Program Latihan & Kerja Sekolah bagi pelajar Tingkatan 1 & 2🙂

Selamat bercuti cikgu ucapkan,
Buat anak-anak didik sekalian;
Minda dah penat perlu direhatkan,
Namun ilmu jangan dikesampingkan.

Belajarlah terus menghargai masa,
Jangan dibiar berlalu sia-sia;
Ibarat emas begitulah harga,
Sering dikias dalam bahasa.

Ayahbonda hendaklah dihormat,
Usah dilupa walau sesaat;
Seratus persen Allah ditaat,
Supaya hidup kita selamat.

Kerja sekolah yang guru suruh,
Jangan suka ditangguh-tangguh;
Buatlah dengan bersungguh-sungguh,
Jangan tinggalkan separuh-separuh.

Manfaatkan masa dengan berhemah,
Teruskan kebaikan dengan istiqomah;
Walaupun banyak waktu di rumah,
Ilmu pengetahuan boleh ditambah.

Kalau duduk menghadap facebook,
Buatlah status yang elok-elok;
Jangan sampai tersengguk-sengguk,
Pembaziran masa memang dikutuk.

Cubalah berjalan rehatkan minda,
Terperuk di rumah tension kita;
Eratkan ukhuwah sanak saudara,
Handai taulan dikunjung sama.

Bercuti begini peluang keemasan,
Boleh dicari pelbagai kemahiran;
Bekalan hidup masa hadapan,
Bersama keluarga jalin kemesraan.

Kalau berpeluang kaki melangkah,
Dunia luar sesekali diziarah;
Sambil menikmati ciptaan Allah,
Bersyukurlah atas segala anugerah.
Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: