Selamat Bercuti Pertengahan Penggal 1

Cuti Pertengahan Penggal 1 persekolahan tahun 2014 akan bermula dari 22 Mac 2011 hingga 30 Mac 2014.

Selamat bercuti diucapkan kepada semua guru dan pelajar. Walaupun bercuti diharapkan pelajar akan menjaga kesihatan dan mengulangkaji pelajaran pada waktu terluang selain menyelesaikan kerja sekolah yang dibekalkan. Pelajar juga dinasihatkan agar berbakti kepada ibu bapa seperti yang pernah disarankan (di sini). Semoga kehadiran selepas cuti diiringi dengan azam dan semangat yang membara dalam meneruskan pembelajaran.

Selain itu, dimaklumkan bahawa jadual baru akan berkuatkuasa pada 31 Mac 2014 manakala kelas kecemerlangan akan bermula pada 1 April 2014.