Permohonan PTPTN

Assalamualaikum semua.Cikgu ada sedikit berita nak disampaikan kepada abang dan kakak lepasan SPM 2010 SAMSHSB. Anda perlu mendaftar untuk akaun PTPTN anda. Semak surat tawaran yang anda terima dari pihak universiti (jika sudah terima). Kemudian,anda boleh membeli no.pin PTPTN di BSN dengan harga RM5.00.

Buka laman web ptptn http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk mendaftar masuk. Pastikan anda ‘key-in’ tu ikut nombor yang dikeluarkan pada slip pin yang anda beli di BSN ye. Pastikan juga anda membuka akaun bank mengikut bank mana yang telah ditetapkan oleh pihak universiti anda kerana lain universiti lain banknya.

Ok, sila sebarkan ke teman-teman yang lain. Makluman ini sangat penting ya..Nasihat cikgu, kalau ada peluang untuk mohon biasiswa seperti JPA dan pinjaman pendidikan seperti Yayasan Selangor, mohonlah ya..Good luck dari cikgu dan Unit Kaunseling!Selamat melangkah ke alam kampus! 🙂

Karnival Pendidikan dan Kerjaya SAMSHSB 2011

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh.

Bermula dari 4 April lepas telah bermula Karnival Pendidikan dan Kerjaya peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan untuk para pelajar bersama-sama menyertai dan mendapat manfaat dari karnival ini. Syarat utama jika mahu menyertai sebarang pertandingan karnival ini adalah anda perlulah mempunyai cita-cita! Kerana tema karnival tahun ini ialah ‘Bersama Merealisasikan Cita-Cita’..

Harapan kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling agar warga sekolah dapat sama-sama menjayakan karnival ini yang berlangsung lebih kurang sebulan lamanya. Banyak hadiah yang disediakan. Nak hadiah kenalah masuk bertanding. Poster aktiviti akan disebarkan di kelas-kelas nanti. Viel Gluck! 😀

Hebahan Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Khas

Assalamualaikum Warahmatullah..

Di sini cikgu ada sedikit pengumuman kepada para pelajar lepasan SPM 2010. Ada tawaran untuk kursus perguruan lepasan SPM ambilan khas lulusan SMA.

Dah dibuka pun. Cuba tengok di laman web http://www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut kepada sesiapa yang berminatlah ye.

Tarikh tutup 13 April ni.So, rebut peluang ni cepat-cepat sebab ni ambilan khas!:) Viel Gluck!

Tarikh Keputusan SPM 2010

Ini berita yang terbaru cikgu dapat dari sebuah laman web :

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.

Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.

Kepada ‘Batch’ SPM 2010..Debaran bermula!! 🙂

Sumber di sini :http://eputra.com/tarikh-keputusan-spm-2010/

Karnival Pendidikan Mara

Buat semua pelajar dan bekas pelajar SAMSHSB, ada makluman berkenaan dengan Karnival Pendidikan Tinggi Mara. Butirannya seperti berikut:

Tarikh   : 11 hingga 13 Mac 2011

Tempat : Dewan Merdeka dan Dewan Tun Abdul Razak 4 PWTC, Kuala Lumpur

Masa      : 10 pagi hingga 6 petang

Antara menarik di Karnival Pendidikan MARA:
a) Pameran Pendidikan IPTA/IPTS & Intitusi Pendidikan MARA (IPMa).
b) Yuran Pengajian PERCUMA di IPMa terpilih.
c) Peluang penajaan & pembiyaan pelajaran MARA untuk calon yang layak.
d) Elaun Bulanan untuk calon yang layak.
e) Kaunseling Pendidikan & Kerjaya.
f) Pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak.
g) Permohonan terus & temuduga terbuka.
h) Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
i) Peluang kerjaya & temuduga kerja.

 

Jumpa di sana!! \(^_^)/

Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM 2011

Assalamualaikum W.B.T..Di sini saya ingin mewar-warkan kepada para pengunjung lepasan SPM 2010 SAMSHSB yang ada membuat permohonan ke Matrikulasi KPM, anda boleh menyemak keputusan tersebut bermula hari ini di sini :

http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/kemaskini/

Selamat berjaya!Nantikan ‘update’ dari Unit Bimbingan dan Kaunseling berkaitan program melanjutkan pelajaran, UPU online dan banyak lagi.

TAMRIN QIYADI 2010

Alhamdulillah, Tamrin Qiadi SAM Sultan Hisamuddin bagi tahun 2010 telah berjalan dengan jayanya. Berikut butirannya:

Tarikh             : 29hb-31hb Januari 2010

Hari                 : Jumaat hingga Ahad

Lokasi             : Sekitar Kawasan Sekolah

Anjuran           : Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Disiplin serta Unit Badan Dakwah dan Rohani

Tamrin Qiadi tetap menarik walaupun hanya dijalankan dalam kawasan sekolah. Ucapan setinggi tahniah kepada kepimpinan pelajar yang mengikuti program ini dengan penuh bersemangat.

Program dilengkapkan dengan perasmian penutup oleh Pn Serifah Mahaya bt Syed Dakian Pengetua SAMS Hisamuddin.

Semoga dengan penganjuran kursus kepimpinan Tamrin Qiyadi ini dapat memberikan kesan kepimpinan yang baik dikalangan pemimpin sekolah. Peranan dan sumbangan mereka amat diperlukan dalam merealisasikan harapan dan membantu pihak pentadbiran sekolah. Justeru amatlah perlu mereka diberi latihan dan tunjuk ajar supaya pergerakan kepimpinan mereka menberikan impak yang positif.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama guru yang sanggup hadir dalam waktu cuti dan bersengkang mata hingga ke pagi dalam memastikan kelancaran program ini. Usaha ini membuktikan kesepakatan dan permuafakatan warga sekolah ini.

Semoga kepimpinan sekolah dapat membuktikan kemenjadian seorang pemimpin selepas program ini. Wallahua’lam

Terima kasih kepada Cikgu Aizan & Cikgu Izwan kerana menyumbangkan gambar dan laporan program ini.

Program Cinta & Remaja

Alhamdulillah, Badan Dakwah & Rohani (BADAR) dan Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) telah secara bersama menganjurkan program CINTA & Masa Depan Remaja.

Program tersebut bertujuan bagi memberi kefahaman kepada para pelajar SAMSHSB perihal cinta dan pandangan ISLAM terhadapnya.  Ini disebabkan oleh cinta dan remaja begitu sinonim dikaitkan.  Hasilnya, bagi yang tidak mempunyai kefahaman yang jelas, terdorong dek nafsu semata dan kejahilan, maka ramailah remaja yang terjerumus ke lembah kehinaan yang penuh dosa.

Antara pengisian:

29 OKTOBER 2009 (Khamis) Untuk Pelajar2 Tingkatan 3

  • Ceramah Keperluan & Perkembangan Psikologi Remaja (oleh Cikgu Aizan)
  • Forum:  Cinta & Masa Depan Remaja (Panel:  Cikgu Shah, Cikgu Aizan, Cik Rafidah dan Cik Aeisyah sbg moderator)
  • Bengkel Anda Bijak Jauhi Zina (oleh En. Azri)

12 NOVEMBER 2009 (Khamis) Untuk Pelajar2 Tingkatan 4

  • Cinta:  Fitrah atau Fitnah? (Bhgn 1) (Oleh Cikgu Shah)
  • Forum:  Cinta & Masa Depan Remaja (Panel:  Cikgu Shah & Cikgu Aizan dan Cik Ellyna sbg moderator)
  • Cinta:  Fitrah atau Fitnah? (Bhgn 2) (Oleh Cikgu Shah)

Semoga para pelajar yang terlibat dapat mengambil manfaat dan meletakkan keutamaan cinta kepada ALLAH & Rasul sebagai yang utama.   Juga, tumpukanlah dan fokuskanlah kepada amanah ibubapa serta cita-cita kalian.

Berhati-hatilah, sesungguhnya zaman remaja ini penuh dengan dilema dan fitnah.  Mudah2an ALLAH subhanahu wata’ala memelihara kalian dengan hidayah & taufiqNYA, amin…

Pelancaran Bulan Patriotisme 2009

Tarikh: 17 OGOS 2009

Tempat: Dataran Letak Kereta, SAM Hisamuddin Jln Tepi Sungai Bertih, Klang.

Masa: 0730am – 1030am

Anjuran:

Panitia Sejarah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Sivik & Kewarganegaraan, Persatuan Sejarah dan Kelab Rukun Negara

Objektif:

  1. Menggalakkan penyertaan murid serta warga sekolah dalam kegiatan kemerdekaan secara bersama-sama.
  2. Mewujudkan sikap kecintaan kepada Negara, semangat kenegaraan yang kukuh.
  3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum dengan melihat cara sambutan berbeza di setiap sekolah yang terlibat.
  4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan ini secara bersama-sama dan mewujudkan semangat muhibbah.

Sekolah Yang Terlibat:

  1. SAM Hisamuddin Sg Bertih
  2. SMK (P) Methodist Klang
  3. SMK Methodist ACS Klang

Tentatif Program:

730-750:

  • Pelajar & dan guru berkumpul

8.00:

  • Kehadiran tetamu kehormat
  • Ketibaan tetamu RIMUP

8.15:

  • Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  • Lagu Negaraku
  • Lagu Negeri Selangor
  • Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara

8.50:

  • Ucapan Pengetua SAMHSB dan perasmian
  • Perbarisan & Perarakan Masuk Basikal Berhias
  • Persembahan Koir
    • Lagu Jalur Gemilang
    • Keranamu Malaysia
    • Satu Malaysia
  • Persembahan Silat
  • Upacara Memotong Kek Kemerdekaan

9.30-11.00:

  • Persembahan pelajar SAMHSB (Penerangan Konsep 1 Malaysia)
  • Persembahan pelajar SMK (P) Methodist
  • Persembahan pelajar SMK ACS Klang
  • Persembahan pelajar SAMHSB (Deklamasi Sajak Merdeka)
  • Penyampaian Cenderahati
  • Lawatan ke Khemah Permainan Tradisional
  • Rehat / Jamuan / Bersurai

Kursus Kepimpinan Tamrin Qiyadi

Kursus Kepimpinan Tamrin Qiyadi Untuk Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya dan BADAR

Tarikh:  30 April hingga 2 Mei 2009
Tempat:  Kompleks Rakan Muda Sementa, Klang
Anjuran:  Unit Bimbingan & Kaunseling, SAMHSB

Program kepimpinan buat kumpulan sasar pemimpin sekolah, banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi dari program ini.  Bengkel penyelesaian isu dan konflik PRS, Pengawas dan BADAR yang diadakan diharap dapat dijadikan panduan dan ‘clue’ dalam memperbaiki organisasi masing-masing.  Kembara, ‘mind setting’ dalam ceramah motivasi kepimpinan juga boleh diaplikasi oleh kumpulan sasar ini, disokong dengan sedikit perkongsian ilmu berkaitan etika dan personaliti pemimpin.  Rata-rata komitmen dan kesungguhan latihan dalam kumpulan diberikan dengan baik sekali.  Resolusi yang dibengkelkan dan dibentangkan kesemuanya dipersetujui dan disokong oleh pengetua.  Banyak juga harapan dan hasrat 3 unit ini ketengahkan demi memperbaiki kepimpinan sekolah seterusnya menjaga kebajikan banyak pihak, syabas dan tahniah buat barisan pemimpin semoga semangat dan harapan yg berkobar-kobar dapat diteruskan sampai bila2.

Disediakan oleh Cikgu Aizan.