Bayaran Persekolahan 2017

bayaran persekolahan 2017

Perhatian kepada bekas pelajar

Assalamualaikum.
Sila tuntut hadiah dan sijil hari kecemerlangan SPM 2013 bagi pelajar2 berikut:
1. Safwan bin Rashidi
2. Pirman bin Chuari
3. Nor Saedah bt Mustapha
4. Shahira bt Mohd Amin

Pesanan
Ustazah Nahariah Omar
PK HEM
SAM Sultan Hisamuddin

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online.

Bilakah tarikh permohonan Sekolah Kawalan 2017? Permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tingkatan 1 yang meliputiSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk sesi 2017 akan dibuka mulai 1 September sehingga 30 September 2016.

  • Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2016 SMKA, SABK, KRK Dan KAA Online dan SMS boleh disemak bermula 20 Disember 2015 bermula jam 1000 pagi AHAD di SEMAKAN SEKOLAH KAWALAN 2016.

Permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online

Untuk panduan, permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA boleh di buat secara Online dengan melayari laman web

  • Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/ (Daftar Masuk > Sekolah Kawalan > Pendaftaran Baru)
  • Tarikh buka : 1 September 2016
  • Tarikh tutup permohonan : 30 September 2016
  • Dibuka kepada pelajar Darjah/ Tahun 6 tahun 2016 (UPSR)

Senarai Sekolah Kawalan 

  1. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ SEkolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  4. Kelas Aliran Agama (KAA)
  5. Kelas Rancangan Khas (KRK)/ Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  6. Kelas Kawalan/ Kelas Premier

Untuk info berkaitan serta panduan memohon, anda boleh melayari link di bawah ini

Sila pastikan maklumat kokurikulum pemohon dikemaskini. Tarikh tutup permohonan adalah pada * akan dikemaskini (tahun lepas pada1 Oktober 2015). Keputusan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2017 pula di jangka diumumkan pada hujung bulan Disember 2016 (Tahun 2016 pada 20 Disember 2015).

Pertanyaan berkaitan syarat dan permohonan ke Sekolah Kawalan boleh merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri di negeri pemohon. Jika terdapat sebarang masalah yang saya tidak dapat saya selesaikan, sila rujuk ke :-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT
No. Tel. : 03-88849443 & 03-88849458
E-mel :apdm.team@moe.gov.my

Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman terkini mengenai permohonan Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK Dan KAA Online di Portal Rasmi KPM dar masa kesemasa.

sumber

Sync

Pihak sekolah menggunakan Sync sebagai sistem e-komunikasi rasmi sekolah. Ibu bapa, guru2 serta murid2 disarankan untuk memuat turun Aplikasi ‘Sync School Messaging’ agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak kami.

Sila klik link berikut untuk download:
http://edu.sync.my/BFT0002

Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah: SAM HISAMUDDIN

Minta tolong share info di atas dengan ibu bapa dan cikgu2 lain.

Sekian, terima kasih.

Untuk rujukan:
Surat Siaran Rasmi
http://edu.sync.my/CL/BFT0002

Brochure Sync (How to install)
http://edu.sync.my/brochure

Penyerahan Pelaporan Tingakatan 3

Assalamualaikum,

Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 3 2015, Pelaporan Tingkatan 3 (PT3, PBS, PAJSK & Psikometrik) akan disampaikan. Oleh demikian, sila hadirkan diri ke sekolah pada

Tarikh: 14 Disember 2015
Pakaian: Sekolah
Lokasi: Dewan Al-Biruni
Bermula jam 10 pagi

*Sila lunaskan hutang dengan pihak sekolah bagi yang belum selesai.

Dari S/U Tingkatan 3

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SAM/SAMT/SABK NEGERI SELANGOR TAHUN 2016

  • SISTEM KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU 2016 SECARA ATAS ONLINE.  IBU BAPA/PENJAGA YANG BERMINAT PERLU MEMOHON MELALUI LAMAN SESAWANG KPM http://www.moe.gov.my BERMULA 01 SEPTEMBER 2015 SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2015
  • KEPUTUSAN PERMOHONAN AKAN DI KELUARKAN PADA 18 DISEMBER 2015
  • SEKIRANYA NAMA ANAK TUAN PUAN TIDAK MENDAPAT TAWARAN BOLEH MEMBUAT RAYUAN SECARA ONLINE DI KPM http://www.moe.gov.my PADA 18 DISEMBER SEHINGGA 30 DISEMBER 2015   
  • KEPUTUSAN RAYUAN PERMOHONAN AKAN DIKELUARKAN PADA 11 & 12 JANUARI 2016 DAN SEBARANG PERTANYAAN TENTANG RAYUAN BOLEH MERUJUK TERUS KE SEK.RENDAH AGAMA ANAK TUAN PUAN MASING-MASING ATAU MERUJUK JAIS, SHAH ALAM (03-55143600) @ PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KLANG BAHAGIAN PENDIDIKAN (03-33726924)
  • SAM SULTAN HISAMUDDIN SG BERTIH HANYA MENERIMA PELAJAR YANG MENERIMA TAWARAN SAHAJA DAN TIDAK AKAN MELAYAN SEBARANG KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) 2016
  • SEKIAN, HARAP MAKLUM